BAB 19

Romance Completed 8583

24 jam berlalu. Tiada apa-apa perubahan pada Soffea. Affan kelihatan berulang alik dari bilik yang menempatkan Soffea. Ibu dan abah tidak sanggup bertanya apa-apa lagi. Tidak bersedia mendengar sebarang kemungkinan. Ketika dibenarkan masuk melawat, ibu tidak banyak bercakap. Yang dilakukannya hanyalah membaca Surah Yassin berulang kali. Sebak hati Affan melihatnya. Kasih seorang ibu, tidak akan pernah surut.

“Bersyukurlah mak cik, denyutan nadi dan jantungnya normal. Tekanan darahnya juga tiada masalah. Bersabarlah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa seorang ibu.” Katanya memujuk sambil berlalu keluar.

Ibu merenung wajah lesu Soffea. Sungguh ibu merindukan telatah Soffea.

“Bangunlah sayang. Semua orang sedang menanti kakak. Bangunlah.. abah tak sabar nak jumpa kakak..” bisiknya perlahan di telinga Soffea. Dia merenung sayu wajah Soffea. Tiada tanda-tanda anaknya akan membuka mata dan mengukir senyum keapdanya. Hatinya luluh. Ya Tuhan..apakah yang sedang Kau rencanakan?

Ibu keluar dari bilik. Dia mahu menuju ke surau. Azan Zuhur sudah lama kedengaran. Abah masuk ke bilik Soffea. Kakinya lemah mahu mendekati, namun digagahkannya juga. Dia merenung Soffea. Lama. Setitis, air matanya jatuh tanpa dapat ditahan. Terjatuh di pipi Soffea, dan mengalir turun dari pipinya jatuh ke bantal. Abah cepat-cepat mengesat air matanya. Dia berpaling, tidak sanggup lagi melihat Soffea yang kaku begitu.

Hatinya tiba-tiba tidak kuat. Baru dia tersedar. Soffea adalah anak yang sangat disayanginya. Soffea anak yang baik, bijak, dan selalu mendengar kata. Cuma, dia menjadi buta dan kejam sejak peristiwa hitam itu. Betapa dia telah termasuk jerat syaitan yang hanya mahu meneyesatkan. Soffea..baru kini dia sedar, anaknya ini sudah membesar menjadi seorang gadis yang sangat manis dipandang. Selama ini hatinya ego dan selalu menidakkan.

“Abah…” Satu suara yang lemah menyapa telinganya. Dia sepantas kilat berpaling. Mencari kepastian. Ye.. Soffea sedang merenungnya dengan renungan yang sangat syahdu. Tanpa menunggu walau sesaat, dia mendekati Soffea dan tubuh anaknya itu dipeluk penuh kasih. Suara tangisan lelakinya kedengaran juga akhirnya. Soffea diam dalam pelukannya. Dia masih lemah. Pintu terbuka dari luar. Affan melangkah masuk, kemudian ibu juga tiba. Ada air mata di kelopak mata ibu melihat Soffea dalam pelukan abah.

Affan meminta izin untuk memeriksa. Abah dan ibu menanti di luar. Lega dan bersyukur doa mereka dikabulkan tuhan. Affan keluar semula selepas lima belas minit. Ada senyuman di bibirnya.

“Alhamdulillah. Dia dah sedar sepenuhnya. Cuma tubuhnya masih lemah kesan daripada pembedahan semalam. Harap dia tidak diganggu sangat.” Ujarnya sambil senyum. Ibu membalas senyuman itu. Betapa dia bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience