BAB 7

Romance Completed 8579

Berjalan dari satu pasar ke satu pasar, sambil tangan tidak lepas memeluk lengan ibu, dan sesekali memuncungkan wajah bila ibu mengusik, sangat-sangat menghibur jiwa. Sehingga dia terlupa, dia kini adalah seorang pesakit kanser! Lenguhnya tangan membimbit semua barang-barang dapur ini.

“Bu..jomlah minum kat gerai tu kejap sebelum balik.. Haus la..” Usulnya setelah selesai membeli semua barangan yang dieprlukan untuk tempoh seminggu. Ibu mengangguk dan mereka beriringan ke gerai berdekatan. Air cendol! Itu sasaran utamanya. Air cendol beli pakai duit ibu, terasa lemaknya sampai ke hati. Dia senyum sorang-sorang.

“Mak cik, anak dara mak cik tu, sihat ke, senyum sorang-sorang?” Satu suara menerpa pendengarannya membuat dia berpaling. Ibu membuntangkan mata memandang lelaki itu. Tidak puas hati dengan soalan kurang ajar tadi. Namun melihat soffea tiba-tiba tergelak, membuat dia faham, semua itu gurauan.

“Doktor buat apa kat sini?” Soalan budak sekolah tadika terluncur dari bibir Soffea. Dah tau ni pasar, tanya lagi buat apa. Adoiyai..Soffea, Soffea, kalau pun terkejut dengan kehadiran mamat handsome ni, tanyalah soalan lain yang lebih ‘dewasa’ sikit..

“Cari calon menantu untuk mama saya. Kat pasar ni biasanya banyak..” jawabnya dalam gurauan. Sama-sama tergelak.

“Ni siapa ni, kakak? Kawan ke?” Soalan ibu membuat dia tersedar dia belum memperkenalkan Affan kepada ibu.

“Ni, Doktor Affan.. Err… A’ah.. Kawan kakak..” Dia memperkenalkan. Affan tunduk bersalam dengan ibu. Mereka duduk di satu meja sambil memesan air cendol dan air batu campur.

“Eh..Kenapa tiga air cendol? Siapa punya lagi satu ni? Doktor nak telan dua-dua ke?” Soalnya selamba. Ibunya sedikit hairan. Jika kawan, kenapa harus ‘berdoktor-doktor’ bagai ni..?

“Ye, dua-dua nak telan masuk dalam perut saya..dan mama saya.. Dia ke tandas sekejap. Ni kenapa nak berdoktor-doktor pulak ni. Buat lawak ye?”

Affan bersuara sambil menyempitkan matanya sedikit dan melirik ke arah ibu Soffea. Dia sedar ada riak hairan di wajah wanita seusia mamanya itu bila mendengar Soffea memanggilnya doktor. Soffea berdehem seketika. Menyedari kesilapan yang boleh membuatkan ibu curiga dan tertanya-tanya. Nasib baik Affan menyedarnya dan membantunya. Dulu dia pernah memberitahu Affan, dia tidak mahu memberitahu tentang penyakitnya kepada sesiapa termasuk ibu. Dia tidak mahu ibu sedih. Dan Affan terpaksa mengikut kehendaknya.

“Haha.. Sorry.. Kata tadi nak cari calon menantu untuk mama awak, so, saya sengaja la panggil awak doktor, nanti sure senang dapat calonnya, sebab kat sini ramai mak cik-mak cik. Jadi kalau dia tau awak doktor, sah diorang akan offer anak diorang untuk jadi menantu mama awak.. Hahahaha” Balasnya selamba. Senyum lagi. Affan tergelak sambil meggeleng-geleng.

“Maaflah Affan. Anak mak cik memang macam ni. Suka benar mengusik orang..” Ibu mencelah. Soffea senyum manja pada ibunya. Hehe.. Anak mata Affan yang sedang ralit merenungnya tidak disedari langsung. Hati Affan yang bergolak melihat tingkahnya sejak tadi langsung dia tidak tahu. Affan tersenyum kecil. Entah kenapa dia suka melihat Soffea. Tidak sangka bertemu Soffea di sini. Dari tadi dia melihat Soffea. Tingkah laku Soffea diperhati dari tadi. Dari situ dia tahu, pasti ini anak manja.. Dan hatinya terusik tiba-tiba.. Hah.. sudah.. Doktor, come on. Dia pesakit awak!

“Assalamualaikum.. Fan. Maaf lambat. Ramai jugak orang kat tandas tadi.”

Seorang perempuan sebaya ibunya datang mendekat. Mereka bersalaman. Affan memperkenalkan mamanya kepada Soffea dan ibu. Mereka berbual-bual, dalam suasana yang mesra. Sesekali Soffea bagai tidak percaya, Doktor Affan ini tersangat mesra hari ini. Pandai pula lelaki ini mengambil hati ibunya. Hmm… silap-silap, dia boleh jatuh cinta ni melihat diri Affan yang santai ini. Hohoho.. Betapa indah ciptaan Ilahi yang seorang ini..

“Mengelamun dah kakak? Dah penat ke? Marilah kita balik.” Suara ibunya kedengaran. Dia terpinga. Senyum lagi. Cuba menutup kelemahan diri yang mudah berangan dan mengelamun. Mama Affan senyum melihatnya. Wanita ini sangat baik. Patutlah anaknya juga baik.

“Muka kamu pucat saja ni. Penat dah tu agaknya. Nanti ada masa, Affan ajaklah Soffea datang rumah. Boleh kita borak-borak..”

Mama Affan menyentuh tangannya. Dia memandang Affan yang selamba memerhatinya. Erk..hehe..rasa macam tangan mak mentua la pula. Dia tiba-tiba tertunduk malu. Apa lagi Affan sedang tersenyyum memandangnya.

“InsyaAllah mama. Nanti Fan ajak la.. Tu pun kalau tuan punya badan nak ikut.. Kalau tak, mana boleh paksa, kan mak cik?” jawab Affan. Ibu senyum sambil melirik Soffea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience