Bab 18 - Gangguan

Romance Series 8984

Mikael memerhatikan gerak geri Lara. Hari ini dia sudah terpacak di kawasan kondo Lara. Apa yang di mahukan oleh lelaki itu? Ya,dia mahu memiliki Lara seperti dahulu. Sekurang-kurangnya hidupnya senang sedikit. Walau dia tahu Lara itu tunangan orang. Sedangkan yang kahwin pun boleh bercerai. Dia nekad. Perkahwinannya dengan Tania juga bukan atas dasar cinta. Bila mengetahui Tania bukanlah dari golongan berada dia malah menyeksa gadis itu hingga keguguran.

Lara melihat kelibat Mikael yang sedang bersandar di keretanya. Dia lalu menatal telefon.bimbitnya.

"Hello,sayang," terdengar gemersik suara lelaki kesayangan. Lara tersengih. Dia suka di panggil sayang. Memerah pipinya.

"Fiq,boleh amik aku tak?" ucapnya. Sambil menyembunyikan diri di sebalik tiang kondo.

"Kenapa,kereta rosak ke?"
"Tak,saja nak manja," dia tidak mahu lelaki itu risau.
"Elelele.. comelnye, boleh. Bagi aku 10 minit,japgi aku sampai," ujarnya sambil tergelak.
"Kau amik aku kat dalam tau, aku tak nak keluar,kat lobi boleh eh?" pinta si tunang.
"Aik,betul punya manja ni,ok lah,tunggu situ," Shafiq mematikan talian. Dia berasa pelik. Namun di biarkan perasaan itu,mungkin benar wanita itu mahu bermanja kerana sejak dia bekerja di pejabat jarang masa di luangkan bersama.

*************

Setengah jam menanti namun kelibat Lara tidak muncul. Mikael sudah gelisah. Sedangkan kereta Shafiq sudah melintasinya setengah jam yang lalu tanpa dia sedari. Dia berasa gagal. Takpe Lara. Esok ada lagi. Aku akan pastikan kau dalam tangan aku. Getus hatinya.

Di cafe, Lara sedang bersarapan dengan si bakal suami. Nampak pasangan itu sedang bahagia. Melihat Shafiq mengelap kesan comot di mulut Lara. Ada yang berasa cemburu. Dari jauh mereka di perhatikan. Alia Danisha,setiausaha Shafiq di pejabat menyimpan perasaan terhadap CEO baru itu,namun kelakuan Alia langsung tidak di pandang. Berbulan dia cuba mendekati namun sikap serius Shafiq dalam bekerja tidak dapat menembusi naluri lelaki itu melainkan dengan wanita bernama Lara Karlina.

"Rindu aku tak," Shafiq sengaja menguji
"Mana Ada,perasan," merah padam mukanya menahan malu. Shafiq tergelak. Eleh,rindu tak nak mengaku. Tiba-tiba ada yang menyadung kaki Shafiq.

"Eh,awak ok?" tanya Shafiq cemas sambil membantu orang yang tersadung. Lara juga turut terkejut. Saat melihat wajah yang menyadung kakinya dia tercengang.

"Alia,awak buat apa kat sini,"
"Eh,Fiq,u kat sini jugak, kebetulan I breakfast kat sini,ni siapa? Kawan u ke?" Shafiq tercengang apabila Alia memanggilnya dengan panggilan nama sedangkan wanita itu sering di tegaskan supaya memanggilnya dengan panggilan Tuan. Namun di usirkan rasa canggung itu dengan memegang tangan Lara.

"Ni bakal isteri saya,ni cafe dia," langsung berubah wajah Alia. Namun di paksa wajahnya tersenyum.
"Oo.. owner cafe cantik,cafe pun cantik jugak,maaf saya gerak dulu lah." Alia terus berlalu. Lara masih terdiam. Seperti ada sesuatu dengan wanita itu.

"Siapa dia tu?" tanyanya. Ada nada tidak puas hati. Shafiq tersenyum.
"Secretary aku," jawabnya pendek.
" Patutlah susah nak jumpa ada secretary cantik kat office,hmmm... "
" Sayang,please. Cemburu kau tu tak laku tau. Aku tak nak orang lain la,aku nak kau je,kan aku dah kenalkan kau bini aku," laju lengan sasanya di cubit.
"Bakal eh bakal," ulang Lara. Namun hatinya sedikit lega bila Shafiq bukan jenis kaki perempuan. Shafiq tergelak kuat. Suka mengusik bakal isterinya yang comel itu.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni,tapi kau dengar dulu jangan buat apa-apa spekulasi," ujar Lara tiba-tiba. Shafiq memandang wajah gusar wanita kesayangan ini. Menanti apa yang bakal di khabarkan.

"Jap,sebelum tu apa kata kita tukar panggilan tak sweet la cakap aku kau," Shafiq mengangkat keningnya sambil mengusik.

"Alaaa.. kena tukar ke?"
"Kena,nanti kan nak jadi suami isteri takkan nak beraku kau dengan suami,kan.."
"Hmm.. nak panggil apa? Hubby je lah aku malas la nak fikir," cebirnya.
"Ok,aku panggil kau baby,boleh?" Lara menggeleng.
"Tak nak,tukar la,kan dulu ada yang pernah panggil macam tu,macam budak kecik pulak,baby baby," ejeknya sambil membuat muka.
"Ya Allah,comel gila buat muka macam tu.." berdekah Shafiq ketawa.
"Cepatlah orang nak cerita ni," marahnya.
"Ha, okay - okay sayang,ceritalah," memerah mukanya mendengar perkataan itu. Kembang hatinya.

Shafiq mendengar dengan teliti. Setiap bait kisah wanita ini tidak di tinggalkan satu patah pun. Hatinya mula geram. Tak guna punya jantan.

"Takpelah,jangan nangis nanti hubby uruskan budak tu," Dia menghulurkan tisu buat lap air mata kekasih itu.
"Ni balik macam mana,hubby hantar?"
"Boleh ke?
"Boleh la sayang,tapi lepas office hour la,"
"Okay,boleh je,orang tunggu,"
"Orang mana?"
"Ishh.. orang la.."
"Ye la,orang mana?"
"Ye lah, Lara tunggu abang datang,ehh.. "
Kedua-duanya berdekah ketawa. Saling bergurau senda.
"Abang gerak dulu ye sayang,"usiknya lagi.
"Eh eh kau ni,gerak lah aku lempang kang haa.. " malu-malu Lara di usik. Sebelum berlalu dia mengacak rambut wanita itu hingga berserabut dan terus melarikan diri bimbang di belasah.
"Oi,kurang asam,nanti kau balik,aku kejekan kau," jeritnya. Namun dia mula tersenyum kembali. Shafiq benar-benar mengubat lukanya saat dia di tolak Luth Zareef dulu.

Gurau gurauan makin terasa dalam bayangan. ehh ternyanyi pulak. Enjoy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience