Bab 1 - Broken

Romance Series 8959

Wanita tinggi lampai itu berjalan menuju ke lokasi yang telah di kongsikan tunangnya. Ya,dia sudah bertunang,lagi dua bulan dia akan memegang title sebagai isteri kepada lelaki yang bukan calang-calang orangnya. Ahli perniagaan terkemuka bernama Luth Zareef. Namun dia bukan wanita yang bertaraf VIP. Dia cuma wanita biasa yang menjalani kehidupan seperti manusia biasa yang lainnya.

"Hai,b. Sorry lambat. Jalan jammed," dia menghempas punggung di hadapan tunangnya itu. Luth Zareef tersenyum tawar. Lara Karlina merenung wajah lelaki depannya ini.

"Hey,babe. Whats wrong?" tanyanya lagi.

"Baby,i have something to say," Zareef menggenggam erat jari jemari nya. Wajahnya muram.
Lara Karlina menanti dengan seribu tanda tanya.

"We need to break out engagement, cancel our wedding," Ucap Zareef satu persatu.

"What?" Lara terkesima. Suaranya yang sedikit kuat itu menarik perhatian pelanggan yang ada di situ.

"Baby, listen first, I suppose bagitau u lama dulu,tapi I takut,but now I terpaksa sebab I tak cintakan U,I cintakan orang lain," Zareef terus terang tanpa rasa apa yang wanita ini sedang rasakan. Lara terdiam. Darahnya menyerbu ke muka. Wajahnya merah menahan amarah. Dia bangun lantas menyimbah air yang ada di depannya ke muka Zareef.

"Laki tak guna,sampai hati kau buat aku macam ni,good bye Zareef," Lara terus berlalu. Zareef yang kebasahan sudah terkedu. Serba salah menghurung diri.

Lara berjalan ke kereta sambil menangis. Seiring hujan membasahi bumi. Hatinya sakit. Lelaki yang di cintai di sayangi sepenuh hati meninggalkan nya untuk bahagia bersama orang lain. Saat masuk ke dalam kereta dia sudah tidak mampu lagi menahan sakit hati. Dia meraung hingga hilang suaranya.

Telefon bimbitnya yang membingit di biarkan. Dia tahu siapa yang memanggil. Buat apa nak call lagi. Kau dah tak nak aku. Dia mengesat air matanya. Mula menghidupkan enjin. Dia perlu cari ketenangan. Ya,dia perlu bercuti.

*****************

Shafiq Anaqi merenung wajah wanita di depannya. Dia cuba mencerna dan menghadam apa yang baru di sampaikan oleh kekasih hatinya ini.

"Are you serious,but why," tanyanya. Matanya berkaca.
"Fiq,I tahu I tak patut buat U macam ni,tapi I terpaksa,I know U love me,care about me,but trust me,maybe u are not my destiny," ujar Juwita. "U terlalu baik,Fiq, U will find a good partner better than me," sambungnya lagi. Shafiq sudah terkelu. Juwita menggenggam jari Shafiq. "Im sorry," ucapnya sambil terus berlalu.

Shafiq terduduk. Dia menangis teresak-esak persis budak lelaki kecil yang kehilangan ibu. Dia sayangkan Juwita,setiap permintaan wanita itu jarang dia abaikan. Hatinya sakit. Dia tahu perkahwinan Juwita yang telah di aturkan. Namun,dia tidak berdaya menghalang memandangkan dia cuma pemilik bengkel dan mekanik biasa sahaja.

Sedang dia termenung,bahunya di tepuk. Dia menoleh. Kawannya Faizal merangkap pekerjanya di bengkel tersengih.

"Bro,aku dah cakap dah hari tu,tapi kau tak nak dengar,dah dah lah nangis tu,ramai lagi perempuan dalam dunia ni,aku pun tak berkenan sangat dengan Juwita tu," ucapnya mendatar walau dalam keadaan begitu langsung tidak membantu meredakan perasaan sedih Shafiq. Shafiq diam. Benar. Dia beberapa kali mendengar Juwita keluar dengan lelaki lain,selalu sahaja khabar itu menjadi halwa telinga. Namun,dia nafikan atas perasaan sayangnya pada wanita itu. Tapi kini wanita itu sendiri tekad meninggalkannya.

***************

Lara memberhentikan kereta di kawasan lapangan yang di sediakan. Dia membuka bonet kereta dan mengambil barang-barang keperluan sebelum masuk check in ke hotel yang telah di tempah seminggu lalu. Dia mahu bercuti menenangkan diri. Sedang dia kalut mencari telefon bimbitnya di dalam beg,tubuhnya di rempuh. Dia terduduk. Orang yang melanggarnya juga terduduk. Lara memandang lelaki yang melanggarnya tadi.

"Jalan tu memang tak boleh elok sikit ke,harap muka je cantik,tapi clumsy," Shafiq membetulkan baju dan barang-barang nya.

"Hoi,kau yang tak nampak orang,dah terlanggar,bukan nak mintak maaf,buat muka tak bersalah," Lara menghambur kemarahannya. Sudah hati sakit tak jadi kahwin. Jumpa pula lelaki spesis acah hensem. Tapi memang hensem pun.

Shafiq menjegil mata ke arah Lara. Lara menjeling lalu menjelir lidah. Mereka berlalu ke arah yang sama. Ke kaunter pendaftaran. Keduanya kelihatan berebut.

"Ish,aku sampai dulu lah," jerit Lara. Dia menolak Shafiq.
"Eh,aku dulu,cik tolong cek reservation saya,under nama Shafiq Anaqi," laju sahaja Shafiq memberi arahan. Lara diam. Malas melayan. Selesai urusan Shafiq mengambil kunci dia terus berlalu ke biliknya.
Lara juga melakukan hal yang sama. Sewaktu berjalan mencari bilik dia memerhatikan Shafiq mengekori dari belakang. Mungkin aras bilik yang sama. Saat memasukkan kad,dia memandang ke bilik sebelah. Keduanya terkejut.

"Awas kau kalau masuk bilik aku," ugut Lara.
"Eihh . tak kuasa la. Kau ingat kau hot sangat ke," balas Shafiq. Shafiq terus masuk ke dalam begitu juga dengan Lara.

********************

Hi,guys. New novel. Based on true story, dan adaptasi sikit dari sebuah movie dan drama bersiri. Hope korang enjoy ya. Romantik Komedi Santai. Kemelut Di Muara Kasih,pia stop kejap sbb dah hanged. Kita layan dulu yang ni ya. Happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience