Bab 21 - Tania

Romance Series 8984

FLASHBACK

Seorang gadis yang baru berpindah sekolah kelihatan anggun berjalan ala diva. Di perhatikan beberapa pelajar lelaki yang terpegun dengan kecantikannya. Tidak terkecuali si buaya darat pisau cukur. Mikhael Iskandar.

"Mika,awek baru lah," Mikhael hanya memandang sinis. Baginya tika ini hatinya sudah terisi dengan seorang gadis. Lara Karlina. Di samping wajah yang cantik dia juga punya poket yang tebal. Cukup untuk dia meneruskan hidup tanpa perlu bersusah payah di masa depan. Dasar pisau cukur.

"Hai,awak. Awak budak baru ke?" tanya salah seorang dari kumpulan Mikhael. Tania yang terkejut tersipu-sipu malu. Matanya sudah memanah pada suatu manusia di depannya. Namun,manusia itu hanya memandangnya tanpa perasaan.

"Haah,ye." Jawabnya separuh ayu.
"Siapa nama?"
"Tania. Tania Antasya."
"Sedap nama macam tuan dia," suara nakal Alvin.
"Terima kasih," balasnya namun matanya tidak lepas memandang Mikhael yang sedang sibuk bermain permainan di telefon pintar. Hatinya sudah terpaut saat melihat budak lelaki itu beberapa hari ini. Mamat ni boleh tahan hensem jugak. Tapi macam sombong pulak. Dia memberanikan diri mendekati Mikhael.

"Hai,saya Tania,"seraya menghulur tangan tanda berjabat. Mikhael mengangkat muka. Namun di balas ucapan ramah itu dengan senyuman sinis. Tania terpempan. Sakit hatinya.

"Mika,sorry lambat,saya ada hal kat library tadi,jom makan," kelihatan seorang gadis berkaca mata besar. Sangat hodoh di pandangan mata Tania. Namun tidak bagi Mikhael. Semuanya indah tentang Lara Karlina selagi poket gadis itu tebal.
" Its okay,baby. Jom la i dah lapar," Mikhael sengaja menayang perangai mengada-ngada di depan Tania.
" Eh awak budak baru kan,saya Lina," Lara Karlina menghulur tangan. Huluran tangan Lina di sambut dingin namun Tania tetap memaniskan wajah. Tiba-tiba dia mendapat satu akal. Ya,akal jahat yang mahu mengenakan Lina. Dalam erti kata lain merampas Mikhael. Dia hanya memandang sepi saat mereka berdua berlalu. Dengan hati yang sebal.

*************
POV TANIA

Mikhael berjalan sendirian tanpa hala tuju. Hatinya runsing. Lara Karlina sudah tidak mahu lagi menampung perbelanjaannya saat ini. Ini kerana kedua orang tua gadis itu telah dapat menghidu niatnya mendekati anak gadis mereka.

Dari kejauhan Tania melihat lelaki idamannya itu lantas mengekori gerak geri hingga di satu bangku di taman. Saat Mikhael melabuhkan punggung, Tania cepat-cepat menghampiri.

"Hai,"
"Hmm,'
"Kenapa ni? Awak macam ada masalah je?"
"Kau buat ape kat sini?" dingin sambutannya. Tania terkedu. Sedikit terasa hati. Mengapa lelaki ini tidak mahu memandang sedikit pun padanya.
"Saya kebetulan lalu,nampak awak. Jadi saya datang, kenapa tak boleh ye. Kalau tak boleh tak apa,saya mintak diri dulu ya," Tania bangun. Namun langkahnya terhenti saat tangan Mikhael memegang tangannya.
"Duduklah,kerusi ni bukan ada nama aku pun," betapa girang lah hati seketul Tania Antasya. Jeratnya seakan mengena.
"Awak kenapa?" tanyanya setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Kau pernah tak rasa kau sayang seseorang tapi hubungan kau tak di restui?" soalan Mikhael seakan menebak akal fikirannya. Mungkin dia ada masalah dengan perempuan hodoh tu.
"Maksudnya?"

POV MIKHAEL

Saat memandang Tania yang berusaha mendekatinya,akal liciknya sudah memasang perangkap. Mungkin sahaja gadis ini bisa menjadi gunung emasnya.

"Aku sayang Lina tu,tapi tu lah mak bapak dia tak restu,"
Tania terlihat terangguk-angguk.
"Saya kan ada?" ujarnya bersahaja. Mikhael memandang serius. Dalam hatinya sudah menjerit riang. Namun di kawal rasa hatinya itu.
" Maksud kau apa? Kau nak ganti Lina jadi girlfriend aku? Tania mengangguk tetapi malu. Mikhael berpura-pura diam dan berfikir. Mudah sungguh menjinakkan gadis dengan hanya menjual wajah yang kacak.
"Buktikanlah sesuatu supaya aku terima kau," ujarnya selepas agak lama mendiamkan diri.

*********************

Tania hanya memandang wajah bekas suaminya itu makan. Dia tidak berselera untuk menjamah apa-apa makanan sejak keguguran sebulan yang lalu. Mikael yang berselera makan seperti tidak menyedari sepasang mata sedang memandangnya.

"Sedap ke lapar?" Tania bertanya sekadar mengusir rasa canggung. Mikael memanggung kepala sambil memberi simbol thumb up. Tania tersenyum tipis.

"Ermm.. Mika,i tanya sikit,boleh?"
Mikael mengangguk. Namun matanya masih menghadap makanan yang masih bersisa.
" U cakap tadi u tak bunuh dia. Dia tu siapa?"
Terhenti kunyahan makanannya. Patutkah dia menceritakan semua kepada Tania.

"its okay if u tak nak cerita. I gerak dulu,ada kerja nak buat," Tania mula membuka langkah. Kakinya menuju ke pintu.

"Tania," Tania menoleh.
" Thanks," Tania mengangguk lantas berlalu. Di luar rumah air matanya menitis. Dia sayangkan Mikael. Walaupun dia mendapatkan lelaki itu dengan cara yang salah. Rasa bersalahnya terhadap Lara Karlina makin menebal. Hingga kini dia masih tidak mampu mendapatkan cinta Mikael. Ah,biarlah mungkin jodohnya tidak panjang. Pujuk hatinya.

Hi readers, maaf lama menyepi. Silakan lah baca chapter hambar ni. Hope korang tak bosan. Happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience