Bab 4 - Pomen

Romance Series 8959

Sudah empat hari dia bersantai di situ. Tiba masanya untuk pulang ke sarang. Lara mengemas segala barang-barang keperluan sebelum berangkat. Sesudah memastikan semuanya cukup,dia mengambil telefon bimbitnya. Mesej-mesej yang tidak berjawab perlu di balas satu persatu. Dia mengambil masa setengah jam untuk menjawab segala mesej. Mesej yang terakhir di baca adalah dari Luth Zareef.

"Baby,I tau apa yang I buat sangat melukakan hati U,I ingin berdamai supaya perkahwinan I dan keputusan yang I ambil untuk berpisah dengan U berbaloi,I betul-betul mintak maaf,I hope U will find somebody suit for you,and he is good enough to care about U,I am Sorry dear."

I am sorry dear. Dia mengejek bait ayat terakhir mesej itu. Kepala otak kau kat lutut. Getus hatinya. Geram. Dia tidak membalas mesej itu. Hanya di beri bluetick. Dia memeriksa segalanya apabila yakin sudah siap,dia berangkat ke pintu. Sebaik pintu di buka,pintu di bilik sebelah juga terbuka. Shafiq juga kebetulan baru keluar.

"Eh,same pulak,ke kau follow aku ni," tegur Lara sekadar menghilangkan rasa kekok. Shafiq tersengih menampakkan barisan gigi yang putih. Macam iklan Colgate pulak.

"Takde lah,kalau ikut aku nak sambung lagi,tapi tu lah,bengkel tak bukak,kang makan pasir aku," bilangnya sambil tertawa.

"Oo.. ada bengkel? Tuan bengkel ke mekanik ke tuan bengkel dan mekanik ni?" Lara sengaja membolak balikkan soalan.

"Haah,tuan bengkel dan pomen sekaligus bos dan kuli," mereka beriringan ke kaunter reception.

Selesai menyerahkan kunci dan check out,Lara terus menuju ke kereta. Dia mula menghidupkan enjin namun keretanya tidak mahu hidup. Aduh,time macam ni kau nak buat hal la. Bentaknya dalam hati. Shafiq yang perasan Lara tiba-tiba membuka but depan memberhentikan keretanya di belakang kereta Lara. Dia turun dari kereta tanpa mematikan enjin keretanya.

************

"Apahal," tanyanya.

"Entah lah,tak nak hidup, biasa lah kereta lama,hmm.." Lara memuncungkan bibir. Entah apa lah nasibnya. Dulu Luth Zareef menawarkan diri untuk membelikan kereta baru,dia menolak kerana kereta yang sedia ada ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Shafiq cuba menghidupkan enjin. Tapi bunyi yang datang dari starter adalah kerana bateri sudah lemah. Dia bercekak pinggang.

"Kau ada jumper," tanyanya lagi. Lara mengangguk. Lalu membuka but belakang. Satu kabel panjang di keluarkan diberi pada Shafiq. Shafiq memarkir keretanya di sebelah kereta Lara. Kabel jumper disambung pada bateri keretanya. 10 minit berlalu.

"Cuba start," arahnya. Saat kunci di pulas keretanya serta merta hidup. Lara tersenyum gembira. Mujur ada Shafiq ketika ini. Jika tidak,mati kutu dia di situ.

"Thank, Fiq," ucapnya segan.
"Kereta kau ni dah lama tak tukar bateri,apa kata kau bawak balik kereta aku,aku bawak balik kereta kau ke bengkel,nanti aku share location bengkel,kau datang sana," tawarnya.

"Takpe ke,segan lah aku," Lara tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Shafiq tersengih.

"Kau ni nampak kasar tapi sweet jugak ye," tegur Shafiq. Lara tersipu-sipu malu.

"Takde lah,kita kan baru kenal,kau tak takut ke aku bawak lari kereta kau ni,dah la kereta baru," ujarnya sambil mengusap bumbung kereta Shafiq.

"Ke kau risau aku rembat kereta kesayangan kau yang hot ni," duga Shafiq. Ya,dia sememangnya susah memberi jika ada orang yang mahu memandu keretanya.

"Lara,aku ni pomen,kereta kau ni ada masalah,kalau mati tengah jalan macam mana,larat ke kau nak tolak, paling tak pun kau kena towing,mahu beratus kene pijak,dah la jangan banyak bunyi,tukar je kau bawak kereta aku,nanti kereta kau dah okay kau datang ambik,tapi barang aku tu bagi dulu,barang kau ni nak ambik ke," bebelnya sambil mengambil barang-barang nya. Lara seperti terpukau. Dia cuma menurut. Betul juga cakap si pomen ni. Dia mengambil barang-barang nya dari keretanya. Lalu memindahkan ke kereta Shafiq.

"Fiq," panggilnya. Shafiq menoleh.
"Terima kasih," ucapnya sambil tersenyum. Shafiq at mengangguk sambil menghabiskan hisapan rokok terakhir. Lara menukar gear ke D. Agak kekok walaupun dia mempunyai lesen namun dia lebih menggemari kereta bergear manual. Tapi tiada masalah untuk membawa kereta bergear auto. Dia terus berlalu meninggalkan keretanya dan Shafiq di situ.

**************

Luth Zareef memerhatikan skrin telefon bimbitnya. Wassap yang di hantar kepada Lara Karlina sudah di baca namun wanita itu hanya memberi bluetick tanpa ada apa-apa balasan. Dia mula memikirkan apakah benar keputusan yang di buat. Dalam erti kata lainnya dia tamak untuk memiliki keduanya. Arghhh.. dia meraup kasar wajahnya. Telefon bimbitnya berdering. Tertera nama bakal isteri di skrin telefon.

"Yes,honey,"
"B, jangan lupa tau,esok kita ada fitting baju kat butik,U datang ambil I kat rumah ya," manja suara Juwita. Manalah tidak cair si lelaki tamak ini.
"Ok sayang," jawabnya sepatah. Talian di matikan. Dia melihat jam di tangan. Sudah menginjak ke pukul 7 petang. Dia bergegas bangun. Mengemas mejanya. Menutup suis laptop dan keluar dari ruangan pejabat.

Waktu begini jika pulang pasti lah jalan sesak. Dia berfikir mungkin dia boleh pergi ke satu tempat. Sudah lama tempat itu tidak di datanginya. Kedai makan yang sering dia dan Lara datang tika menanti jalan sesak reda. Dia mencapai kunci dan briefcase. Langsung ke parkir kereta. Enjin di hidupkan. Dia menatal telefon bimbit. Nombor Lara di dail. Walaupun dia tau wanita itu tidak akan menjawab panggilannya namun dia harus mencuba nasib. Dia mesti bercakap dengan Lara. Seperti yang di jangka. Lara gagal di hubungi. Dia mengeluh kesal.

Keretanya meluncur laju menuju ke destinasi. Sedikit lagi destinasinya,matanya tertancap pada satu objek. Kereta Lara di sebuah bengkel. Cepat-cepat dia membuat pusingan U dan berpatah balik. Dengan harapan dapat berjumpa Lara. Dia bergegas ke bengkel tersebut.

"Assalamualaikum," sapanya kepada pekerja di situ.
"Waalaikummussalam,ye bang,kereta rosak ke," jawab lelaki itu tanpa memandang wajahnya.

"Eh,tak. Saya nak tanya,tuan kereta ni mana ya," pekerja itu menoleh. Pandangan mata mereka bertaut. Shafiq terdiam memandang Luth Zareef yang sedang melihat-lihat kereta Lara.

"Oo.. owner dia kat rumah la agaknya,kereta ni rosak,saya repair,kenapa cik,boleh saya tolong?" tanya Shafiq. Luth Zareef mengangguk.

" Kalau macam tu,nak mintak tolong kalau owner dia datang bagitau saya cari dia ya,ni kad saya,Luth Zareef," tangannya pantas mengambil kad nama dari dompet. Lalu di hulurkan pada Shafiq. Shafiq menyambut sambil tersenyum. Luth Zareef menghulur tangan tanda mahu berjabat. Namun,di tolak. "Tangan saya kotor,cik," sambil tersengih menunjukkan tangannya yang hitam dengan minyak.

Luth Zareef ketawa. "Saya gerak dulu lah,cik... ?
"Shafiq," jawab Shafiq sambil mengangguk.

Sebaik Luth Zareef berlalu dia segera mendapatkan telefon bimbitnya. Niat mahu menelefon Lara. Namun telefonnya terlebih dahulu berdering. Tertera nama Miss Clumsy di skrin. Dia tersenyum. Macam tahu je aku nak call.

"Woi,kereta aku bila nak siap," bingit telinga Shafiq. Terkejut dengan sergahan Lara di talian.

"Kalau iya pun bagi salam la,nak bernanah telinga aku ni,adoi," jawab Shafiq geram. Lara ketawa di sebelah sana.

"Ada lagi kena buat ni,tapi kalau kau nak datang tengok,boleh la,"

"Ok,cik pomen,japgi aku sampai," Lara terus mematikan talian. Shafiq geleng kepala. Belum sempat cakap apa dia sudah letak.

***********

Kene tukar tajuk ke ye. Mr Pomen Miss Clumsy.. hmm.. Happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience