Bab 2 - Kawan

Romance Series 8959

Lara hanya merehatkan diri di balkoni bilik hotel. Sambil mendengar lagu Reckless nyanyian Madison Beer. Bait-bait lirik lagu itu sedikit sebanyak terkena pada dirinya.

Each day goes by,
Each night I cry,
Somebody saw you with her last night,
You give your words,
Don't worry about her,
You might love her now,
But you love me first,
Said you never hurt me,
Here we are,
oh,you swore on every star,
How could you be,
So reckless with my heart..

Airmatanya mengalir deras. Masih teringat saat-saat Luth Zareef melamarnya setahun lalu. Saat bahagia yang sukar di ungkapkan.

"Lara baby,dalam hati I ni dah penuh dengan nama U,sampai I rasa I dah tak boleh hidup tanpa U,setiap saat setiap nafas I sentiasa menyebut nama U,Lara Karlina i'll propose U,would U be my wife and stand next to me together forever?" Luth Zareef melutut di hadapan khalayak ramai ketika dia sedang menyambut hari lahirnya yang ke 23. Dengan linangan air mata gembira. Dia hanya mengangguk tanda terharu. Semua orang yang memerhatikan mereka bersorak gembira. Luth Zareef memeluknya dan mereka berpusing bahagia.

" Tq b,this is the best birthday present ever, I love U, Luth Zareef," kata-kata keramat pada masa itu. Tapi kini. "I hate U,Luth Zareef, tak boleh tanpa aku konon,diam-diam kau main cinta dengan orang lain,ei.. jantan tak guna," bebelnya marah,geram.

*************

Shafiq di balkoni sebelah yang sudah lama memerhatikan gelagat wanita itu ketawa. Patutlah putus cinta rupanya. Lara menoleh apabila mendengar suara seperti orang ketawa. Dia menjenguk sedikit kepalanya ke luar. Terpandang akannya susuk tubuh seorang lelaki di balkoni sebelah. Dia menekup mulut. Alamak,dia dengar ke aku bebel tadi. Mukanya yang gebu sudah berubah pucat,merah,biru,hijau berbagai warna. Malu mungkin.

"Kadang-kadang apa yang kita suka kita tak dapat miliki,macam tu jugak lah cinta,kau putus cinta ke," tanya Shafiq. Dia tidak mahu lagi bergaduh dengan wanita itu. Tiada gunanya. Lara terdiam. Dia cakap dengan aku ke. Lara menjenguk lagi.

" Kau cakap dengan aku ke?" tanyanya. Mana lah tahu jika ada orang lain yang sedang berborak dengan lelaki itu. Tak ke malu kalau jawab.

" Tak lah,aku cakap dengan besi balkoni ni,pandai dia berborak,tadi aku dengar dia menangis bebel-bebel," ucap Shafiq mengusik.

" Hmm.. tak payah lah sindir," Lara membentak.

" Hoi, dekat la sikit,borak dengan aku,aku pun bosan ni," ajak Shafiq. Lara mendekati hujung balkoni itu. Dia memandang lelaki itu. Wajah yang tampan. Lebih terserlah dengan lesung pipit di kedua belah pipi.

"Hoi,hoi.. orang ada nama lahh," marahnya.

" Oo.. ingat nama kau hoi,sebab tadi pun kau panggil aku hoi," ungkit Shafiq semakin galak mengusik.

" Kau ni ajak borak ke ajak gaduh,buang masa la layan kau," Lara mula mengangkat punggung.

"Eh,kejap lah.. Gurau pun tak boleh lah dia ni,garang sangat," Lara menjeling. Kembali duduk.

"Nama aku Shafiq Anaqi,panggil Shafiq ke Fiq ke ikut kau lah," Shafiq memperkenalkan diri.

"Lara Karlina,call me Lara," dia tersenyum manis.
"Sedap nama,macam tuan dia,cantik tapi Clumsy," pecah ketawa Shafiq. Lara mencerlung matanya. Eh,kecik besar kecik besar aku tengok dia ni.

"Woi,kau ni teringin nak makan pakai straw ke," marahnya. Shafiq mengangkat tangan tanya menyerah.

"Adoi,yelah sorry,aku salah,jangan lah marah-marah,orang nak kawan dengan dia,tapi garang macam makan tebuan," galak lagi dia mengusik. Lara terdiam. Melampau betul mamat ni. Shafiq perasan perubahan wajah Lara. Dia menghulur tangan. Lara memandang tangan itu dengan tanda tanya.

" Kita kawan?" pelawanya. Lara menjungkit senyum lalu menyambut huluran tangan Shafiq.

" Eh.. kau jangan buli aku?" Lara memberi amaran.

" Aku tak janji," gelak Shafiq. Lara menarik kembali tangannya. Namun di genggam kemas oleh Shafiq.

" Kau cantik, bodoh dia tinggalkan kau," pujinya ikhlas.
Lara menyinis. " Lelaki memang selalu macam ni ke,asal belum dapat kemain puji,bila dah dapat apa pun tak boleh,useless," ujarnya. Shafiq terkedu. Terlalu dalam Luka wanita ini.

" Kau dah makan ke,jom makan,aku belum dinner lagi ni," ajak Shafiq. Lara berfikir. Elok juga. Dia juga lapar.

" Aku siap kejap,jom lah lapar jugak ni," ujarnya lantas bangun masuk ke dalam. Shafiq juga melakukan perkara yang sama.

**************

Luth Zareef melempar telefon bimbitnya. Sudah seminggu dia cuba menghubungi Lara. Namun wanita itu gagal di kesan. Dia tahu Lara marah,kecewa dengannya. Namun,dia mahu meminta maaf sekurang-kurangnya dia boleh berkahwin dengan aman damai tanpa bermusuh dengan bekas tunangnya itu. Sejenak interkom di depannya berbunyi.

"Tuan, Cik Juwita nak jumpa,boleh I suruh dia masuk?" suara setiausahanya bergema di talian.

"Yes, let her come in," jawabnya.

Seketika pintu pejabatnya dikuak dari luar. Dia lantas tersenyum melihat bakal isterinya itu.

" Hai,honey," sapanya sambil melaga pipi di pipi wanita itu. Juwita tersenyum menggoda.

" U busy ke,b?" tanya Juwita. Sambil melabuh punggung di riba Luth Zareef. Tubuh badan Juwita yang gebu,dan wangi itu bisa menggetarkan jiwa lelakinya. Namun dia masih mampu menahan diri.

"Busy tak busy la sayang,lagi berapa minggu kita nak kawin,banyak juga kerja nak kena settlekan," jawabnya santai. "U dah habis shooting ke."

Juwita mengangguk lemah. "Dah habis,tu I mintak PA i drop I kat sini,saja nak jenguk U," Luth Zareef mengangguk.

Pertama kali mengenali Juwita dia pada mulanya tidak berminat memandangkan Juwita adalah public figure yang sentiasa di kelilingi peminat.

Namun,sikap Juwita yang sangat menyenangkan menambat hati lelakinya walaupun ketika itu dia sudah pun bertunang dengan Lara Karlina,wanita biasa yang jarang menonjolkan diri. Berpakaian santai,dan biasa-biasa sahaja. Namun,ada kelebihan Lara Karlina yang tiada pada orang lain. Mungkin kerana itu dia lebih memilih Juwita yang lebih sepadan dengannya hingga tega meninggalkan wanita sebaik Lara.

Ahh.. lelaki. Macam tu lah. Masa belum dapat macam-macam tabur gula,sampai bersemut. Dah dapat sedap pulak cari gula-gula yang lain. Ingat perempuan chewing gum ke. Ehh...

"B,u hantar i balik boleh?" Pinta Juwita. Luth Zareef tersenyum.
"Boleh sayang, tapi U tunggu la kerja I siap,nanti kita balik," ujarnya. Dulu semasa dengan Lara,wanita itu tidak pernah menyuruh atau meminta dia menghantar ke mana-mana. Kerana wanita itu lebih gemar berdikari. Pergi ke mana sahaja bersendiri,tidak mahu mengganggu tunangnya,bimbang kerjanya terganggu.

Namun,kerana sikap terlalu berdikari itu lah Luth Zareef sering terlupa dia mempunyai seorang tunang hingga dia terpikat pada Juwita yang manja dan manis. Sentiasa memerlukannya meminta pertolongan jika dia mahu.

****************

Shafiq memesan makanan di cafe hotel di ikuti Lara. Shafiq memesan tomyam kung yang di dalamnya terdapat udang harimau yang besar. Terbeliak mata Lara. Ya Allah,udang. Sedapnya. Tapi dia alergic udang. Shafiq melihat Lara yang sudah terkecap-kecap melihat makanannya.

"Kau apesal," tanyanya. Lara mengalih pandangan ke arah lain.
"Sedap nampak tomyam kau tu,tapi aku alergic udang," katanya. Seketika makanannya tiba. Dia memesan lamb chop bersama sos lada hitam. Shafiq juga teruja melihat makanan Lara. Namun dia juga alergic kambing.
"Aduh,kau punya lagi sedap,tapi aku alergic kambing," ucapnya. Lalu keduanya ketawa. Geli hati.
"Macam berjodoh pulak,dah la makan,nanti kang tak kenyang," ajak Lara. Masing-masing menjamu selera tanpa membualkan apa-apa. Mungkin sudah terlalu lapar.

Sedang asyik menjamu selera. Lara memandang ke arah tv lcd di cafe. Terpampang wajah bekas tunangnya bersama seorang wanita. Mereka bakal mendirikan rumahtangga. Pasangan itu tersenyum bahagia. Lara diam. Airmatanya mengalir tanpa di tahan lagi. Shafiq yang sedang enak menikmati makanannya berhenti saat melihat Lara yang tiba-tiba menangis.

"Eh,kau kenapa,pedas sangat ke kambing tu," tanya Shafiq sambil mengambil tisu. Lara menunjuk ke arah tv. Shafiq juga terkedu. Wajah Juwita bersama pasangan lelaki yang sepadan dan kacak. Hatinya juga bagai di hiris. Dia tunduk.
"Kenapa kau nangis?"
"Laki tu bekas tunang aku,dia decide nak kawin dengan perempuan tu sebab tu dia tinggalkan aku," ujarnya sedih. Shafiq terpempan.
"So,maknanya Juwita kawin dengan bekas tunang kau? Juwita tu bekas kekasih aku," Lara mengangkat kepala. Juga mempamir wajah terkejut.
"Jadi ex kau nak kawin dengan ex aku?"Ujar mereka serentak.

***************

Hah,elok la tu. Ex kau kawin dengan ex aku. Kita tunggu apa jadi lepas ni. eheh.. sabarrr... happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience