Bab 17 - Move On

Romance Series 8959

Luth Zareef menanggalkan kotnya. Tali leher di longgarkan. Dia memandang susuk tubuh yang membelakanginya. Wanita itu sedang nyenyak tidur. Kata-kata ustaz petang tadi di hadam dalam-dalam.

"Kalau encik masih sayang isteri encik belum terlambat lagi untuk berubat. " Dia diam. Hatinya masih sakit di permainkan wanita itu namun dalam masa yang sama dia harus menerima kenyataan dan takdir. Dia mahu berdamai dengan hatinya. Dia mahu hilangkan segala gundah gelisah. Dia tidak mahu mengharapkan kasih pada insan yang bukan miliknya. Dia perlu move on. Demi keselamatan anak dalam kandungan Juwita. Biar benih siapa sekali pun dia juga harus bertanggungjawab. Luth Zareef memegang pinggul isterinya. Wanita itu terjaga mungkin terkejut kerana suaminya yang telah lama 'hilang' itu kembali semula.

"Bie,u balik?" sapanya sambil memisat mata.
"Hmm..
"Bie,i minta maaf,i dah buat salah,berdosa dengan u,i minta ampun i taubat,Bie," langsung memeluk suaminya erat. Sarat bersama tangisan. Luth Zareef mengusap rambut isterinya yang sudah tidak terurus.
"U ikut i esok,kita berubat ya,kita buang semua yang u dah buat,i nak kita bersihkan semua ni," ujar Luth Zareef lalu memandang Juwita sayu. Wajah Juwita yang sudah cengkung dan tidak bermaya.
"U dah tahu?" Anggukan dari Luth Zareef sekali lagi mengejutkannya. Pelik lelaki itu tidak memarahinya seperti sebelum ini. Juwita memeluk lelaki itu sambil meraung teresak-esak. Sangkanya dia akan kehilangan lelaki itu. Ternyata Luth Zareef bukanlah seperti yang di sangkanya.

"Bibik cakap u belum makan,why?"
"I tak ada selera"
"Sian baby nanti dia lapar,mama tak makan," ucap Luth Zareef sambil mengusap buncitan perut yang semakin membesar.
"Mama baby rindu papa dia," jawabnya sayu. Luth Zareef menunduk. Terasa bersalah kerana membiarkan Juwita hanyut dalam dunianya. Dia sedar dia tidak patut menghukum manusia lain dengan egonya. Biarlah Tuhan yang menilainya.

****************

"Lara,tunggu lah,u jalan laju sangat kenapa?"
"U nak apa ni Mika,omg. Tolonglah,kita tak ada apa apa urusan jadi tolong balik. U dah buat i malu depan staff i tau?" Lara menekan punat kunci kereta. Lelaki ini harus di jauhi. Dia cepat-cepat meloloskan diri ke dalam kereta. Lalu menghidupkan enjin. Mujur sahaja dia membawa kereta bertransmisi auto. Laju sahaja minyaknya di tekan. Mengaum sekejap enjin kereta mewah itu. Mikael hanya melihat kepergian wanita itu. Tunggu lah kau. Aku akan dapatkan kau.

Lara memaki Mikael dalam hatinya. Celaka. Aku ingat kau dah berubah. Keretanya di pandu terus ke bengkel buah hatinya. Selesai memarkir dia terus ke dalam.

"Assalamualaikum,Jai," sapanya saat melihat Faizal yang berada di bawah sebuah kereta. Faizal menolak leret beroda itu melihat gerangan siapakah yang menyapa.

"Waalaikummussalam,ha Lara,awal datang kereta rosak ke,"
"Eh tak,aku cari Shafiq,dia ada?"
"Dia tak bagitau kau ke?"
"Bagitau apa?"
"Dia dah tak keje sini,dia balik keje dengan bapak dia,"
"oh I see.. habis tu kau sorang la handle bengkel ni,"
"Tak lah,ada je budak aku keje tu haa..
"Oh.. ok lah kalau gitu,sorry kacau,aku gerak dulu lah,thanks for info," Lara melangkah pergi. Telefon bimbit di ambil lalu nombor tunangnya itu di dail.

"Ye,sayang, aku busy ni," jawab Shafiq sebaik sahaja panggilan di sambung. Lara berdecit.

"Kau dah tak keje kat bengkel tak bagitau aku pun," suaranya seakan merajuk.

"Ala,papa suruh balik mengejut,sorry lah,kenapa ni?"

"Hmm.. takpe lah, nanti dah free datang cafe boleh?"

"Ok,lambat sikit lah lepas waktu keje pukul 5 6 camtu?"

"Baik lahh..ok see u then bye,"

"Ok,bye sayang take care, love you,"

"Love you too," Lara mematikan talian. Dia sudah mati kutu. Hatinya sudah bertambah gusar saat memikirkan Mikael tadi.

****************

Lama tak update. Hambar sikit. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience