Bab 13 - Tackle

Romance Series 8959

Lara memarkir kereta di kawasan yang di janjikan. Kelibat Shafiq masih belum nampak. Dia memasuki kedai makan itu sambil mencari tempat yang sesuai. Saat dia melabuhkan punggung dia terpandang satu figura yang sangat di kenalinya. Luth Zareef. Dia buat apa kat sini. Tapi lelaki itu membelakanginya. Jadi Luth Zareef tidak perasan akan kehadirannya.

Dari kejauhan dia nampak Shafiq,lantas melambai. Shafiq yang nampak lalu menuju ke arah wanita itu.

"Dah lama sampai," tanya Shafiq.
"Tak lama jugak baru 5 minit," sambil menutup mukanya. Shafiq hairan.

"Kau kenapa?"
"Tu," dia memuncungkan mulutnya. Shafiq menoleh ke belakang. Figura berhampirannya di tenung. Dia lalu memandang Lara.

"Kau ajak dia ke," soalan Shafiq seolah-olah merajuk. Lara membuntangkan mata.

"Kau pernah makan selipar tak,atau pun tumit kasut? Jangan tanya soalan bodoh,boleh? Gila apa aku nak ajak dia laki orang. Shafiq ketawa. Dekahannya agak kuat. Hingga menarik perhatian pelanggan lain.

" Apahal nak jumpa aku ni?"
" Saja,nak tengok muka kau,rindu...." Lara mencebik.
" Habis hari-hari yang kau bersapau kat cafe aku tu tak puas- puas ke tengok aku? " duganya. Shafiq menggeleng. Lara terasa pipinya membahang. Jantung berdegup. Panahan mata Shafiq itu betul-betul menyentap tangkai hatinya.
" Err... kau ok ke,jangan la buat seram," tegur Lara.
" Ra.. kau memang tak ingat aku ke? Cuba kau tengok betul-betul." Lara memandang lelaki di depannya. Dia tahu apa yang cuba di sampaikan. Bahkan dia sendiri mahu merungkainya. Sengaja dia membelek wajah Shafiq,pipi lelaki itu di tepuk di cubit hingga meringis kesakitan. Lara ketawa.

"Aku cuma ingat ada sorang laki annoying yang langgar aku kat resort,tanpa rasa bersalah,then kami jadi kawan,selebihnya aku tak ingat," sengaja dia mahu menguji. " Ke kau nak tackle aku ni?" Shafiq tunduk. Dia betul tak ingat ke?

"Tackle kau? Huh,sorry sikit,kau bukan taste aku la," cebiknya.
"Beraninya,jangan sampai merayu kat aku nanti," ujar Lara sambil ketawa kecil.

*************

Luth Zareef hanya memerhatikan pasangan itu dari jauh. Baru dia perasan lelaki yang bersama bekas tunangnya itu salah seorang anak kenamaan juga. Hatinya pedih melihat kemesraan mereka. Dalam masa yang sama telefonnya asyik berdering. Siapa lagi kalau bukan Juwita yang memanggil. Dia terus berlalu meninggalkan restoran selepas membuat bayaran.

Terdengar dua merpati sejoli itu sedang bergelak ketawa. Lara menekup mulut saat tawanya meletus kuat. Entah apa lah lawak yang di buat oleh Shafiq hingga wanita itu gembira benar kelakunya.

"Aku ingat kau dah lupa aku," ujar Shafiq. Lara mencebik.

"Aku dah syak masa tengok jam kau tu,pastu kan kau ingat tak kita pergi Bangi yang ada eksiden tu,kan aku tengah bercerita kat kau,tapi tak habis,"

"Ha ah ye,tapi lepas tu balik cafe terus lupa kan,"

" Kau la,dapat makan terus hilang ingatan," marah Lara manja. Shafiq tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.

" Ex kau yang kau jumpa tu..

" Hah.. Si Mikha tu.. dah jadi duda dah. The best part kau tau,dia kawin jugak dengan Tania budak yang belasah aku tu,tapi tu lah Tania miscarriage,so diorang gaduh and separated,dah jangan nak tanya lebih,aku malas nak cerita," dia menyedut habis minumannya. Jam di tangan di kerling. Sudah menginjak 10 malam.

" Jom ah balik,aku ada meeting esok pagi ni,takut lambat bangun," ujar Lara lantas mengambil beg silangnya. Shafiq masih tercegat melihat Lara di depannya. Dia seperti orang angau. Lara melambai tangan di depan matanya. Namun masih tiada respon. Mamat ni dah kenapa. Biol dah. Kesian muda hensem tapi biol. Dia tersenyum sendiri. Dia mendapat satu akal.

"Woi," Shafiq tersentak lantas melatah.

"Kawin ngan aku,Ra? Ehh.. Lara terkedu. Spontan tangannya mencubit lengan Shafiq. "Er.. aduhh.. aduhh sakit Ra,ishh...," marahnya meringis sambil menggosok kawasan cubitan. Lara ketawa. Geli hati. Dalam masa yang sama dia malu.

"Kau ni kalau suka kat aku cakap je lah, berangan dah macam apa dah,dah jom balik, lewat dah ni,esok aku ada meeting lagi," ulang benda sama juga si Lara ini.

"Kau meeting? Aku ikut boleh?"
"Kau memang tak de keje lain ke selain mengekor aku?" Shafiq menggeleng. Padahal kereta di bengkel berderet perlu di siapkan. Mampus mengamuk lah Faizal kalau semua dia kena buat sorang. Getus hatinya.

"Hmm.. kau jangan tipu,aku tengok berderet kereta kat bengkel,sian Jai nanti, next time eh,aku meeting jauh sikit aku ajak kau,janji" ujar Lara. Shafiq mencebik.

"Hmm,ok lah,so kita ni declare la ye," tanya Shafiq tanpa bertapis. Lara sengih angkat bahu.

"Kau kena mintak maaf dulu sebab langgar aku masa kt resort tu,"

"Woi,kau yang cuai,aku pulak salah,"

"Yes, because u're Mr Guilty," kata Lara sambil berlalu memasuki keretanya sambil menjelir lidah.

"And u're Miss Clumsy,aku tak nak mintak maaf,werkkk.." Lara sudah ketawa besar. Macam budak-budak.

"Dah la aku balik dulu,pape roger," dia menekan clutch lalu menukar gear undur. Shafiq melambai hingga kereta wanita itu hilang dari pandangan. Haihh.. susah betul nak tackle dia ni. Namun dia sedar harapannya tidak lah terlalu tipis. I love you,Miss Clumsy!!!!! Argghhhh.. aku jatuh cinta pada Lara Karlina.

***************

omg.. dah sebulan tak update. Pia mintak maaf ye,bz sgt sejak akhir2 ini. This chapter will be more santai. Next chapter will undergo. Please komen ye. Komen anda sgt membantu penulisan sy. Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience