Bab 19 - Kemaafan

Romance Series 8984

Kawasan perubatan islam di Bangi itu agak suram di waktu malam. Namun,walaupun sudah menjelang tengh malam,masih ramai pesakit yang menanti untuk di ubati. Ada yang ulangan untuk menerima rawatn lanjut,ada yang baru dan ada juga yang sudah berkali datang namun belum bertemu kesembuhan.

Juwita melangkah perlahan. Semakin di hampiri pusat rawatan itu dirinya semakin panas.

'Berani kau nak singkirkan aku dari hidup kau?' satu suara muncul di ruang minda Juwita. Juwita mula berpeluh. Pegangan tangannya mula mengerat. Hingga Luth Zareef terkesan.

"Kenapa ni?" tanyanya. Juwita memandangnya tajam. Luth Zareef mula meringis sakit kerana tangannya di genggam terlalu erat.

"Aku nak balik," bentaknya. Tahu lah kini semangat jahat telah merasuk tubuh isterinya.

"Kalau aku tak nak?" ujinya.
"Aku akan bunuh isteri dan anak kau," ugutnya. Suara Juwita juga sudah berubah menjadi parau. Sesekali kepalanya meliuk-liuk sambil memandang tajam wajah suaminya. Tiba-tiba dia mengilai. Luth Zareef sudah hilang kawalan. Mujur ada juga pelawat yang sudi membantu. Ustaz Bakri perawat yang merawat pesakit di situ berlari keluar apabila mendengar kekecohan di ruang menunggu.

Ustaz Bakri mula mengalunkan ayat suci al-quran. Sebaik sahaja mendengar Juwita mula mengeliat.

"Panas la bodoh,hentikan bacaan tu," dia mula meronta dan menendang orang-orang yang memegangnya. Namun tiba-tiba dia duduk seperti orang sedang bertapa. Tetapi matanya menatap tajam wajah Ustaz Bakri. Ustaz Bakri mula melakukan sesi soal jawab.

"Siapa nama kau?"
"Kratik Patcha Narawitma," jawabnya.
"Dari mana asal kau?"
"Golok,"
"Kenapa kau kacau perempuan ni?"
"Dia milik aku,anak dalam perut itu milik aku,kami dah buat perjanjian,"

Luth Zareef terkedu. Apakah perjanjian yang di buat oleh Juwita dan iblis itu. Ustaz Bakri membaca ayat suci al quran lalu menghembus ke ubun-ubun rambut Juwita.

"Sakit lahhhh... "jeritnya. Tanpa menghiraukan jeritan Juwita Ustaz Bakri meneruskan bacaan di bantu beberapa pembantu yang lain. Lama Juwita meronta akhirnya dia diam. Kelihatan lemah dan menangis tersedu-sedu sambil menyebut sakit,panas. Luth Zareef hanya memerhati dari jauh kerana tidak sanggup melihat isterinya seperti orang tidak waras.

"Aku arahkan kau keluar dan pulang ke tempat asal kau,batalkan perjanjian kau atau aku akan sembelih dan kau menjadi penghuni neraka buat selamanya," tegas Ustaz Bakri memberi amaran.

"Hahahaha,kau ingat semudah itu? Setiap penjuru rumah aku ada penjaga dan bila-bila masa aku boleh masuk,hahahhahaha," hilainya amat menakutkan. Uztaz Bakri memandang Luth Zareef.

"Lepas ni cik kena bawak saya ke rumah encik kita cari apa yang di maksudkan tu," Luth Zareef mengangguk. Ustaz Bakri beralih kepada Juwita yang sudah tidak keruan. Dia meletak sejadah di belakang tengkok wanita itu sambil berkata.

"Dengan nama Allah yang maha Besar,pulang la kau ke tempat asalmu di neraka" dia membuat ritual seolah sedang menyembelih dan Juwita kelihatan seperti tercekik dan bunyi sangat menyeramkan seperti seekor binatang sedang di sembelih. Akhirnya dia terkulai tidak sedarkan diri.

************

Luth Zareef membawa Juwita pulang ke rumah di ikuti Ustaz Bakri dari belakang. Kata Ustaz Bakri mereka harus menyelesaikan perkara itu malam itu juga kerana bimbang keselamatan bayi di dalam kandungan Juwita.

Sebaik tiba di rumah, Juwita yang masih lemah di biarkan di dalam kereta di kawal oleh beberapa pembantu pengamal perubatan islam wanita. Menurut Juwita semasa di dalam perjalanan pulang tadi, sesuatu itu berada di belukar belakang rumah mereka. Di situ terdapat satu pondok atau rumah kecil yang menempatkan sesuatu itu di situ.

Hanya Luth Zareef dan Ustaz Bakri sahaja yang menuju ke tempat tersebut. Kerana bimbang jika beramai-ramai tiada pendamaian dapat di lakukan. Mereka tiba di sebuah pondok yang di sebutkan Juwita tadi. Sebaik membaca ayat suci al-quran Ustaz Bakri menabur garam di sekeliling pondok tersebut. Saat garam di tabur. Pintu hadapan bergegas seakan ada yang menggoncang samada mahu menyelamatkan diri atau ada penghuni yang sedang marah. Tiada suara kedengaran. Cuma suasana tiba-tiba menjadi sangat dingin dan angin bertiup kencang hingga menerbangkan sedikit zink yang menutupi pondok. Tiba-tiba pintu terbuka. Serta merta angin yang bertiup berhenti. Terdengar suara hilaian di selangi tangisan.

"Siapa kau?" ustaz Bakri memulakan sesi soal jawab. Tiada jawapan namun hanya terdengar dengusan suara seperti orang sedang marah.
"Siapa kau,jawab sebelum aku hapuskan semua ini?"
"Zareef, tolong mama Zareef.. tolong sakittt.. " suara yang sangat di kenali. Suara ibu mertuanya. Tapi kenapa? Dia bingung. Dia seperti di pukau ingin mengikut suara tersebut namun sempat di halang. Kakinya di sadung dan dia tersungkur menyebabkan ingatannya tersedar. Ustaz Bakri mengangguk menandakan dia mahu Luth Zareef berkomunikasi dengan makhluk tersebut.
"Mama,kenapa buat macam ni kat Juwita," tanyanya.
"Juwita tu bodoh,aku cuma nak anak dalam perut tu untuk mantapkan ilmu aku,tak sangka pulak dia dah langgar pantang,dia tak bagi belaan aku makan,sekarang benda ni makan aku.. hahaha.. huuu.. huuu..." sekejap ketawa sekejap menangis. Luth Zareef makin bingung.
"Dengan siapa aku bercakap ni? Mana mak mertua aku?" Satu makhluk berbulu berbadan besar sedang membelit erat Puan Anis. Puan Anis sudah tidak serupa orang lagi. Wajahnya yang cengkung matanya terbeliak seakan sudah lama di seksa oleh makhluk itu. Ustaz Bakri meneruskan pembacaan ayat suci hingga tiba-tiba beberapa sudut di dalam pondok terbakar. Makhluk tersebut juga sudah tidak betah dan meronta hingga Puan Anis terlepas dari pegangannya. Luth Zareef menyambut tubuh Puan Anis yang sudah terkulai. Patutlah sudah beberapa bulan dia tidak nampak susuk tubuh wanita tua itu. Rupanya dia telah menjadi nyawa taruhan kerana Juwita sudah tidak mahu memberi belaan itu makan. Lama kelamaan pondok itu terbakar dan terdengar suara hilaian nyaring garau bercampur aduk. Sangat menyeramkan.

"Mama..." Juwita tiba-tiba menerpa ke arah ibunya.
"Ita,mama minta maaf. Mama salah,mama jadikan Ita mangsa untuk mantapkan ilmu mama,sekarang mama dah sedar, mama silap percaturan.

"Mama jangan tinggalkan Ita,ma. Ustaz,tolong mama saya ustaz. Tolong laa...,"

" Ustaz,tak ada cara lain ke nak bantu," Luth Zareef mula bersuara. Ustaz Bakri mengangguk.

" Ada, tetapi ada risikonya,
" Apa dia, "
" Seluruh organ dalaman ibu awak ni sudah tidak berfungsi dan sebenarnya dia lebih tua dari usianya," Ustaz Bakri memandang Juwita. Juwita mengangguk.

"Iya,mama sudah berumur lebih dari 80 tahun, sebenarnya I bukan anak kandung mama,I cuma anak angkat," Luth Zareef menjadi bingung. Dia sudah pening dengan cerita karut ini. Juwita sudah mengongoi di situ. Segala rahsia telah terungkai. Dalam keadaan Puan Anis yang sudah nyawa-nyawa ikan itu.

"Ita,mama dah tak larat lagi,mama dah tak sanggup," tersekat-sekat suara Puan Anis menuturkan kata. Ustaz Bakri merenung wajah wanita tua itu silih berganti. Dia juga bingung.

"Ustaz,kalau dah tak ada jalan lain, buatlah apa yang patut," ujar Juwita setelah lama mendiamkan diri. Luth Zareef memandang isterinya. Puan Anis sudah nyawa-nyawa ikan. Anak mata hitamnya sudah tenggelam timbul. Ustaz Bakri mengerti apa yang di maksudkan.

"Ita maafkan mama,dan maafkan Ita juga. Ita kena buat macam ni kat mama,Ita tak sanggup tengok mama macam ni,"

"Maaf...kan mama nak," Puan Anis lalu mengangguk ke arah Ustaz Bakri. Ustaz Bakri mengambil sejadah dan menutup wajah wanita itu sambil mengalunkan ayat al Quran. Dan di tangannya memegang sebilah keris dia mengacukan keris itu di leher Puan Anis seolah-olah proses penyembelihan. Akhirnya terdengar suara erangan seperti menahan kesakitan akhirnya diam. Lama kelamaan wajah Puan Anis bertukar sangat tua dan menyeramkan. Dan dia disahkan meninggal dunia kerana sudah tidak dapat di selamatkan lagi.

happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience