Bab 8 - Kuali Dan Senduk

Romance Series 8984

"Assalamualaikum,daddy," sapa Lara kepada bapanya. Tan Sri Baharom tersenyum manis melihat anak gadis yang sudah meningkat dewasa. Dia terpandang lelaki di sebelah anak gadisnya itu. Shafiq menunduk sambil menghulur tangan tanda berjabat.

"Tan Sri," Tan Sri Baharom menyambut huluran tangan Shafiq. Lara terdiam. Macam mana dia tahu bapak aku Tan Sri.
"Kau kenal daddy aku," tanya Lara. Shafiq sengih-sengih.

"Tan Sri Baharom kot,semua orang kenal la," Shafiq hanya memberi jawapan ringkas. Ya,daddynya seorang ahli perniagaan yang terkenal. Sesiapa pun pasti mengenali Tan Sri Baharom dengan sikapnya yang bersahaja dan tidak memilih kasta. Walaupun dirinya bergelar jutawan namun dia tidak pernah bangga kerana itu hanya pinjaman yang maha Esa.

"Daddy buat apa kat sini,sorang je? Mommy mana?" matanya melingas ke kiri kanan mencari sang ibu.

"Daddy sorang je,baru habis meeting dengan Tan Sri Sulaiman.. " matanya TS Baharom memandang Shafiq. Shafiq menggeleng. TS Baharom memahami. Lara mengangguk perlahan tanda faham.

" Anak tan sri rupanya kau ni,tapi tak nak mengaku,kau boleh je saman si Zareef tu sebab batalkan perkahwinan korang,"

"Ishh,kau ni,dia tak tau la aku anak tan sri. Kalau tau confirm dia tak tinggalkan aku,biarlah dia,"

TS Baharom hanya melihat kedua mereka berbual. Dia tahu Shafiq adalah anak kawannya. Dan Shafiq jugak tahu tentang kawan ayahnya itu. Cuma dia tidak tahu Lara Karlina adalah anak mereka. Jadi dia sedikit gusar.

"Tan Sri dah makan ke,Lara nak masakkan saya sebab kalah lumba tadi, boleh la join sekali," ajak Shafiq tanpa segan silu. Lara menumbuk bahu Shafiq.

"Sakit lah,kau ape hal" marahnya.
"Ah,kau nak kena mentioned aku kalah pulak,cakap aku masak je dah la, ishhh." Lara mencebik.

Tan Sri Baharom geli hati dengan gelagat kedua anak muda ini. Terhibur hatinya tatkala melihat Lara yang sudah boleh move on dari perkahwinan tak jadinya.

"Panggil uncle je, Shafiq. Segan pulak ber tan sri bagai," ujarnya rendah diri. Shafiq tunduk segan.

"Baik uncle,oi kau cepat la masak,aku ngan uncle nak makan," berlagak betul kata-kata jantan sorang ni. Lara mencerlung mata. Lantas berlalu menuju ke dapur utama.

******************

Lara mengambil apron,di sarungkan ke badannya. Api dapur di pasang,dia mahu memasak siakap tiga rasa kegemaran ayahnya. Bahan-bahan sudah di siapkan pekerjanya tinggal campak je dalam kuali besar itu. Dia memakai dua dapur supaya kerjanya menjadi mudah dan cepat. Rata-rata pekerjanya akan keluar dari dapur sekiranya bos mereka sudah menguasai kuali dan senduk di situ.

Kuali besar di tuang minyak penuh. Di biarkan panas. Kuali sebelah lagi siap sedia untuk menumis bahan tiga rasa. Gaya professional seorang tukang masak mengendali dua kuali dalam satu masa sangat mengagumkan pekerjanya. Mereka begitu teruja melihat Lara bermain api dengan kuali di dapur yang mana hanya mampu di buat oleh chef-chef terkenal di hotel-hotel terkemuka.

Bahan tumis seperti bawang besar,putih,cili kering,serai,halia di masukkan ke dalam kuali minyak yang sudah panas,manakala siakap tadi sudah selamat di rendam ke dalam minyak panas. Lara kemudian memasukkan sedikit sos cili,tomato,tiram,dan nampla ke dalam tumisan tadi,di ceraikan daun limau purut dan akhir sekali hirisan nenas dan lada benggala. Gaulan terakhir bersama perasa dan dia merasa sedikit di hujung Senduk. Perghhhhh.. mengancam. Comfirm Shafiq buat bini. Ehh.. perasan pulak.

Dia memanggil pekerjanya untuk menyiapkan hidangan untuk di sajikan kepada ayah dan kawannya itu.

*************

Sebaik makanan tiba di meja, Shafiq terbeliak biji mata.

"Serius lah kau masak ni,"
"Kenapa? Tak percaya?"
"Tak," Shafiq menggeleng. Lalu pekerja yang menghantar makanan itu di panggil semula.
"Siapa masak semua ni," tanyanya lagi. Pekerja itu tergaru-garu kepala. Segan menjawab. Lara hanya memeluk tubuh sambil tersenyum. Pekerja itu yakin bahawa bosnya mahu dia menjawab.

"Err.. bos Lara yang masak,biasa kalau dia masak kami tak di benarkan untuk berada atau tengok dia masak masa dalam kitchen," jawabnya jujur. Shafiq memandang Lara.

"Try it," ujarnya kepada Shafiq. TS Baharom sudah menyenduk nasi,dia malas mahu membahas dengan anak muda berdua itu. Makanan kegemaran di depan mata,ngap sajalah. Suapan pertama membuat di ayah memejam mata menikmati hidangan masakan sang anak.

"Lara balik duduk rumah lah, masak untuk daddy,lama dah daddy tak makan Lara masak macam ni,"

"Daddy jangan nak mula ya," Shafiq sudah diam tidak berbunyi. Lara dan Tan Sri Baharom melihat lelaki itu makan tidak menoleh lagi. Sedap sangat mungkin.

"Lapar ke sedap? " sengaja dia menguji. Shafiq mengangguk sambil menunjuk jari Thumb up! Sedap lah tu. Lara tersenyum kecil. Itu lah kuasa Kuali dan Senduk Lara. Tiada siapa boleh menafikan.

Pandai masak,baik hati,anak tansri tapi humble,pakej buat bini ni.. ehh.. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience