Bab 10 - S.A.S

Romance Series 8959

Sedihlah tengok kau nangis macam ni! Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinga. Masih terbayang wajah budak lelaki yang membantunya satu masa dulu. Lara memandang lelaki di sebelahnya itu.

"Aku tanya sikit boleh?" Lara memulakan bicara.
"Apa?" Tanya Shafiq semula.
"Kau sekolah mana eh dulu?" Shafiq menelan liur. Soalan apa pulak ni.
"Err.. ampang boy,"
"Owh.. nak dengar satu cerita tak?" pancing Lara.
"Boleh jugak," jawab Shafiq ringkas.

"Dulu masa aku sekolah,aku selalu kena buli,orang tak nak kawan dengan aku sebab aku anak Tan Sri. Pelik kan? Ada boyfriend pun masa semua nak kikis duit aku. Last kantoi boyfriend tu curang. Masa sekolah dah bercinta.. hmmm.. aku pulak masa tu memang polos gila,dah kantoi dia mintak maaf,aku maafkan. Sebab masa tu aku takde kawan. Sampai la satu hari,budak perempuan yang kawan dengan dia tu hina aku,pukul aku masa tengah tunggu mommy aku datang ambik balik sekolah,aku menangis masa tu,tiba-tiba kann.."

SKREETTTT!!!! Kereta yang di pandu Shafiq berhenti mengejut. Spontan kepala Lara terhantuk di dashboard.

"Aduhh.. kau kenapa brek mengejut ni," marahnya.
Shafiq terdiam dia cemas kerana hampir melanggar kereta depan.

"Ada accident la,kau tak nampak ke," Shafiq membuka tali pinggang dia terus keluar dari kereta. Lara terjenguk-jenguk melihat. Sungguh ada kemalangan di depan. Lara turut keluar dan melihat. Ngeri saat terlihat lori melanggar motor,penunggang sudah tersepit di bawah lori,darah membuak di jalan raya. Dia terus memeluk Shafiq yang di sebelahnya. Shafiq terkedu. Namun dia juga spontan membalas pelukan Lara.

"Kau kenapa?" tanya Shafiq.

"Seriau, tengok darah tu,orang tu hidup lagi ke?" masih memeluk Shafiq.

"Nampak macam hidup lagi,yang kau keluar kenapa?"

"Nak tengok!"

"Nak tengok tapi peluk aku,"kata-kata Shafiq membuatkan dia tersedar.

"Eh.. sorry-sorry," dia langsung menjarakkan diri. Shafiq sudah tersengih. Suka la tu kene peluk. Ciss.

"Eh,kau nak peluk lama-lama pun boleh," ujarnya mengusik. Lara sudah tersipu. Aduh,malu aku.

"Ah kau,usik aku nombor satu,dah la gerak. Tak ada jalan lain ke," dia mengerling jam di tangan. Shafiq melihat jalan di depan.

"Kene u turn balik la. Tapi lambat la sampai,boleh ke?"
"Jap," Lara kembali ke kereta. Dia mengambil telefon bimbitnya. Nombor seseorang di dail. Kedengaran dia
sedang berbual sesuatu. Lalu mematikan talian.

"Dah,jom," ajaknya. Shafiq menoleh.
"Nak ke mana? Tanya Shafiq.

"Ke dalam hatimu,cia cia cia," gelak tawa Lara sudah meledak. Eh, perempuan ni,aku terkam jugak karang.

"Main-main kau eh,cepatlah,panas ni lapar lagi," bebelnya menuju ke kereta.

"Kita balik restoran la, meeting tu diorang proceed je sebab tak sempat nak sampai dah,"

"Bagus juga,aku lapar,kau masak,"ujarnya selamba. Sudah ketagih dengan air tangan Lara Karlina mungkin.

"Bisa aja dong,cepatan pak supirnya," jawabnya dalam loghat Indonesia. Shafiq ketawa. Senang betul hati perempuan ni.

***************

Selesai makan Shafiq sudah tersandar di kerusi. Sudah kenyang mengantuk pula. Dia melelapkan mata sebentar sementara menanti Lara menyiapkan beberapa kertas kerja. Lara memandang lelaki di depannya. Sedap kau membuta lepas makan. Lara memerhatikan jam tangan yang di pakai Shafiq. Dia seperti pernah melihat jam itu. Perlahan-lahan dia mendekati Shafiq. Jam tangan Shafiq di tenung. Ada perkataan S.A.S di dalam jam tersebut. Tak mungkin. Jangan-jangan... baru mahu berkata-kata di dalam hati. Shafiq membuka mata. Dia terkejut melihat Lara berada dekat dengan mukanya.

"Ish.. kau ni, kalau ye nak cium aku nanti dalam kereta la," usiknya. Padahal dalam dadanya sudah mahu meletup. Lara juga terkejut.

"Jam kau tu,macam pernah tengok,tapi entah lah tak ingat kat mana," jujur terus dia mengaku. Jantungnya juga sudah tidak keruan mengepam darah. Saat bertentang mata dengan lelaki ini. Shafiq melihat jamnya. Dia memang sengaja memakai jam tersebut. Dia tersenyum. Jadi tekaannya sangat tepat. Lara adalah budak perempuan yang di tolong sewaktu di buli masa sekolah dahulu.

"Ni jam lama. Dah lama aku tak pakai,"

"Oo.. " hanya sepatah jawapan Lara. "Jom la balik,aku hantar kau pegi bengkel," dia sedia mengemas kertas kerjanya. Ada sesuatu yang perlu di cari di rumah.

"Kau ok ke?"

"Ok je ni,sorry la buang masa kau sehari ni," Lara sengaja membuat ayat simpati. Shafiq ketawa.

"Kau ni kan aku terkam jugak nanti,tak yah la buat ayat camtu.. ergghhh..," bidasnya sambil ketawa. Lara tersengih.

"Mana la tau menyusahkan kau,"

"Kan aku cakap untuk kau... " belum habis kata-kata.

Mereka di kejutkan dengan bunyi riuh di ruang makan luar. Mereka berpandangan sesama sendiri. Lara bergegas ke arah bunyi bising itu. Shafiq juga turut membuntuti.

"Mama," Shafiq terkedu melihat ibunya. Ibunya juga terperanjat melihat wajah si anak yang tiba-tiba muncul. Lara juga terkedu. Mama? Puan Sri Khadijah ini mama Shafiq. Biar betul. Dia sememangnya mengenali pelanggan tetapnya ini.

"Puan Sri.. " tegur Lara seraya tunduk hormat. PS Khadijah terpana melihat Lara dan Shafiq silih berganti.

Shafiq sudah tidak keruan. Adoi,kantoi pulak. Dia mengusap belakang lehernya. Lara menjeling tajam. You owe me an explanation,Shafiq Anaqi.

**************

ada pengubahsuaian cerita bab ni. kantoi sudah lahh.. Shafiq pun anak Tan Sri jugak.. agak2 Lara marah tak.. hmmm.. Happy reading guys.. sorry lmbt update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience