Bab 5 - Misi 1

Romance Series 8959

Lara memberhentikan skuternya di depan bengkel Shafiq. Dia terus menuju ke arah keretanya. Mencari-cari di mana tuan bengkel.

"Hoi,"
"Oh mak kau hijau," latahnya. Dia menoleh ke arah suara yang menyergah.

"Kau ni memang setan la,nasib baik tak mati," Marahnya. Shafiq sudah ketawa tidak berhenti. Faizal yang ada di bengkel itu juga turut ketawa.

"Jangan la marah,aku gurau ok,sorry la," apabila melihat wajah Lara terus mencuka.

"Wah,ada awek baru ni," tegur Faizal.

" Eh,bukan lah,ni kawan aku,ni kereta yang aku repair ni kereta dia la," jawab Shafiq. " Kenalkan ni Lara,Lara ni Faizal kawan, pekerja merangkap partner aku," sambungnya lagi. Faizal mengangguk sambil mengangkat tangan. Tanda hormat. Lara tersengih. Dia mengambil kerusi dan duduk di sebelah keretanya.

"Apa lagi yang belum settle ni,"

"Dah siap tinggal nak tukar oil seal,pastu pasang oil filter,service minyak ngam sap sap sui,settle dua ribu setengah,"

"Dua ribu? Kepala otak kau,kau tukar enjin aku ke?" Lara terus bangun melihat enjinnya. Masih sama. Dia mencerlung mata ke arah Shafiq. Shafiq sudah meledak ketawa. Kurang asam. Penipu.

"Takde lah,aku service je enjin kau ni,kau bayar bateri je,lain-lain tak yah,FOC,elok lagi enjin kau ni tapi kena selalu la tengok. Lara mengangguk sambil membulatkan mulut berbentuk O.

"Tak bankrap ke kau tak amik cas servis kereta aku ni," tanyanya polos.

"Bankrap jugak la,tapi takpe dia tak bayar aku pasung dia kat depan tu," sampuk Faizal sambil ketawa besar.

Shafiq menjeling "Wah,kau kemain eh,nampak rachet ni,terbang kat kepala kau nanti," pura-pura marah. Dia tahu kawannya itu sekadar bergurau.

***************

"Dia datang sini?" tanya Lara saat Shafiq menceritakan kisah Luth Zareef yang datang sebentar tadi.
"Yeke dia yang datang,kau ni saja je kan," kata Lara menafikan.

"Buat apa la aku nak tipu,ni ha kad dia,aku rasa dia macam biasa la area sini,sini port lepak korang ke?"

"Aah, kitorang selalu makan kat kedai hujung tu,sebab tu aku tahu bengkel kau ni," Shafiq mengangguk tanda faham.

"Kau nak teruskan tak misi kita?" Lara termenung.

"Kalau tak berhasil macam mana?"

"Kita cuba je, kalau tak jadi tak pelah,aku cuma nak ajar je diorang tu,selebihnya terpulanglah kat kau," ujarnya meyakinkan Lara.

"Ok,nak start kat mana dulu?" nampaknya Lara setuju. Shafiq mengangguk. Shafiq memberitahu satu persatu langkah dan siapa yang bakal terlibat.

***************
MISI SABOTAJ BAJU NIKAH.

Lara mengajak sepupunya Rania untuk bergabung dalam misi ini kerana sepupunya seorang wedding planner merangkap tukang jahit baju pengantin dan mempunyai butik pengantin. Dia juga tahu Juwita dan Luth Zareef menempah pakaian pengantin di butik Rania. Jadi tiada masalah untuk mereka menyelesaikan misi ini.

"Kau nak buat apa,dah la customer aku tu,baju mahal tau dia tempah," bebel Rania.

"Patut aku yang pakai baju pengantin tu bukan Juwita,tolong la Nia, please.. " Lara mengangkat kedua tangannya merayu. Rania sebal. Kalau bukan sebab sepupu tidak ingin dia mengikut rancangan gila ini. Rania memandang Shafiq di sebelah.

"Habis,apa kena mengena dengan mamat ni,"

"Dia ni patut kawin dengan Juwita,ni Shafiq boyfriend Juwita,lupa pulak nak kenalkan," Shafiq mengangguk tanda hormat. Dia tidak mahu mengganggu perbualan dua gadis bersaudara itu.

Rania menarik Lara ke suatu sudut. Mahu berbincang barangkali. Sambil-sambil menjeling Shafiq yang sedang membuat tour ride di dalam butiknya.

"Boleh percaya ke mamat ni,Ra. Aku tengok semacam je," tegur Rania separuh berbisik. Lara tersengih.

"Nia,aku tau apa yang aku buat,kau cuma tolong sikit je,please. Tolong la aku,aku sayang Zareef," rayunya. Rania terharu melihat kesungguhan seketul Lara Karlina. Dia mengeluh perlahan.

"Hmmm... yela aku tolong,tapi kau tanggung semua eh,kalau aku jadi kau baik aku amik je Shafiq tu pun helok jugak," kata Rania lantas berlalu. Lara terkesima. Tiba-tiba jantungnya berdegup irama yang bukan-bukan. Aih,jangan macam-macam la.

"Ni baju Juwita,dah siap fitting,next week diorang ambik,kau nak buat apa dengan baju ni," kata Rania sambil menunjukkan baju nikah Juwita. Lara membisikkan sesuatu ke telinga Rania. Demi melihat sepupunya itu bahagia dia langsung setuju. Haih,yang helok depan mata tu kau tak nak,yang sengal Zareef tu jugak kau hadap,getus hatinya saat melihat Shafiq gelak ketawa dengan Lara.

***************

Jam 5 petang,kelihatan Juwita bersama Luth Zareef menuju ke butik Rania untuk mencuba tempahan baju nikah. Juwita begitu teruja dengan baju nikah yang di tempah.

"Cantiknya yang," Rania tersipu-sipu malu.
"Saya follow je design Cik Juwita," jawabnya penuh makna. Luth Zareef juga terpegun dengan hasil yang di buat oleh Rania.
"Boleh I cuba" tanya Juwita. Rania mengangguk.
"Boleh, fitting room kat belakang," Juwita terus menuju ke bahagian belakang butik. Luth Zareef segera mendekati Rania. Nak tanya pasal Lara la tu. Apa lagi.

"Nia,U ada jumpa Lara?" tanya Luth Zareef.
"Ada,dua tiga hari lepas,kenapa?"
"I need to see her,"
"Nak buat apa lagi jumpa dia,kau dah nak kawin dah,tak guna la nak jumpa lagi," datar suara Rania.
"No,bukan macam tu,I nak jumpa dia nak minta maaf,I tak patut buat macam tu,now I rasa bersalah sangat," rayunya. Rania menyinis.
"Kau nak apa sebenarnya,jangan tamak Zareef,kau lukakan hati dia pastu kau nak dia maafkan kau,tak boleh fikir aku dengan perangai kau ni," bebel Rania.

"B,cantik tak," Juwita keluar dari fitting room sambil memperagakan baju yang di pakai. Luth Zareef tersenyum. "Cantik,u pakai apa pun cantik sayang."
"Rania,I dah boleh bawak balik ke baju ni," tanya Juwita teruja.
"Dah boleh darl," ujar Rania tersenyum manis. Seusai pembayaran di buat,mereka pun berlalu pulang. Rania pantas menghantar pesanan ringkas kepada Lara.

****************

Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience