Bab 12 - Cemburu

Romance Series 8959

Flashback

Lina berjalan ke perhentian bas untuk menunggu ibunya datang mengambil pulang dari sekolah. Tiba-tiba bahunya di tolak. Pantas dia menoleh. Gadis yang merampas teman lelakinya tersenyum sinis.

"Kau nak apa"
"Aku nak kau tinggalkan Mika, kau tu tak layak la dengan dia,dah la nerd, pakai spect besar macam tu ingat comel ke," Tania menolak kepala Lina hingga terteleng gadis itu. Kemudian salah seorang kawan Tania menarik beg Lina. Habis bertaburan isi perut beg tersebut.

"Eh,bodoh la.. korang ni apahal,kau Tania,nak sangat Mika tu amik lah,dasar pisau cukur,tak heran la aku, bagi balik beg aku," Lina menepis tangan Tania yang sedang melayang-layangkan begnya.

"Kau nak? Ambik la,ambik sebelum kau ambik kau cium dulu kaki aku ni," Tania memijak beg tersebut. Lina merengus marah.

" Memang tak lah celaka," Tania naik berang apabila perkataan celaka keluar dari mulut Lina. Spontan tangan menampar muka Lara. Dan geng Tania yang lain mula menumbuk dan menghentam Lina. Tiba-tiba..

"Woi,belasah orang dah Gila ke," terdengar suara seorang budak lelaki. Tania terkejut lalu semua beredar. Lina sudah terduduk menahan sakit pukulan dari mereka. Budak lelaki itu mendekati Lina membantu gadis itu bangun.

"Kau ok?" Lina menggeleng. Gila apa ok. Nak riuk aku kena pukul. Dia buta ke apa. Getus hatinya. Dia masih tidak memandang wajah budak itu. Hanya jam tangan yang sempat di kerling entah apa jenama. Tapi ada bertanda huruf S.A.S. Lina lalu menangis.

"Eh,kau ok tak ni,cakap la. Kesian la aku tengok ko nangis macam ni," Lina hanya mengongoi. Sebenarnya sakit di pukul tidak sama dengan sakit di dalam hatinya tika ini.

"Siapa nama kau?
"Lina," jawabnya ringkas. Budak lelaki itu mengangguk kepala. Dia membantu Lina bangun dan duduk di tempat duduk perhentian bas itu.

"Apesal diorang pukul kau? Kau pulak biarkan je diri kau kene buli," bebel budak lelaki itu.

"Tak berbaloi bergaduh sebab rebutkan seorang lelaki,ye lah masih sekolah dah gatal nak bercinta ini la jadinya," Lina pula meleter. Geramnya pada Mikael teman lelaki bodoh itu tidak dapat di bendung lagi. Nanti kau Mika.

Seketika sebuah kereta berhenti. Lina memanggung kepala. Ya,ibunya sudah sampai.

"Mama aku dah sampai, thanks tolong tadi,nama kau siapa?

"Shafiq," jawabnya sepatah. Shafiq senyum lalu melambai tangan saat gadis itu masuk ke dalam kereta.

******************

Lara menapak menuju ke restorannya selepas memarkir kereta di perkarangan parkir. Terpaksa berjalan jauh sedikit kerana parkir di kawasan restoran penuh. Mungkin orang sudah gaji. Jadi restorannya penuh. Sedang berjalan tiba-tiba tangannya di tarik. Dia terperanjat lalu spontan menumbuk gerangan yang memegang tangannya itu.

"Aduh," bunyi satu suara. Lara terpempan. Macam kenal suara itu. Dia menarik tangan di wajah figura itu.

"Mika?" jeritnya. Mikael tersengih. Ternyata Lara masih mengingati buaya darat si pisau cukur itu. Mana mungkin dia lupa. Gara-gara lelaki itu dia di belasah Tania and the Gang.

"U masih ingat i?"

"Gila tak ingat,u buat apa kat sini?" tanya Lara. Dia sedikit kurang senang. Tetapi masih mahu mempositifkan diri.

"Oo.. i nak ke restoran tu,nampak u kat sini,u pun nak ke sana ke?"

"Aah,jom lah jalan sekali," pelawa Lara sambil tersenyum manis. Mikael sedikit terpana. Melihat senyuman wanita ini. Dahulunya dia di lihat selekeh dengan cermin mata besar. Kini wanita itu lebih anggun tanpa cermin mata dengan rambut di ikat ponytail. Mereka bergerak ke restoran bersama-sama.

Tanpa di sedari ada sepasang mata yang sedang di marak api cemburu. Siapa pulak laki tu? Takkan dia dah jumpa pengganti Zareef tapi kenapa bukan aku? ishh.. Shafiq mengepal penumbuk.

******************

Shafiq sudah mula tidak senang duduk. Pemandangan matanya hari ini tadi begitu membuatkan hatinya tidak senang. Faizal membaling kain buruk ke muka Shafiq.

"Oi,kau apehal,nak cari gaduh ke?" marahnya.

"Kau tu yang kenapa. Tadi cakap nak jumpa Lara. Tapi kan takkan kejap sangat. Kau tak jadi ke?" Tanya Faizal.

"Dah pegi tadi,tapi aku patah balik,nampak dia jalan dengan mamat mana tah,macam mesra je.. hmmm" Shafiq meraup wajahnya kesal. Kesal kerana lambat berterus terang. Faizal ketawa. Makin lama makin kuat.

"Sah la kau ni angau ngan Lara tu,tu dah nyesal la tu.. kihkihkih.. " Faizal membakar api cemburu di dalam hati Shafiq.

"Kau memang babi kan,bukan nak support aku,"

"Kau lembab sangat padan muka," Faizal menyambung ketawa. Shafiq mula menekup muka. Terasa bersalah pula bila lihat kawan baiknya jadi begitu. Dia berjalan ke arah Shafiq lalu menepuk bahu kawannya itu.

"Rilek la bro,mungkin tu kawan lama dia,kau tak tau. Kau ade tanya dia,takde kan?" Faham benar situasi kali ini.

"Entah lah,aku malas la nak pikir,aku nak balik nanti kau kunci bengkel," Shafiq mengangkat punggung.

"Eh,jap. Lupa nak cakap, bapak kau cari tadi,"

"Bapak aku cari?" Faizal mengangguk.

"Ok lah aku gerak lu,pape roger," lantas berlalu.

*****************

Lara memandang telefonnya. Senyap je hari ni. Selalu pagi-pagi dah macam burung berkicau. Resah kerana tiada panggilan atau mesej dari Shafiq. Ermm.. dia sibuk kot. Biarlah. Pujuk hatinya. Dia teringat pertemuan dengan Mikael pagi tadi.

"U dah kawin?" tanya Mika. Lara menggeleng.

"Hampir kawin tapi tak jadi," jawabnya ringkas.

"U dah kawin? Sibuk tanya orang," sengihnya.

"Dah,tapi jodoh tak panjang," Mika menunduk kepala. Malu mungkin. Lara menjungkit kening.

"Duda hot la ni,ada anak tak?" guraunya. Namun,dia perasan wajah Mika sedikit berubah.

"Eh,I salah cakap ke?"

"No,its not. Tania miscarriage and we lose our baby," katanya perlahan. Sebak suaranya.

"Oh,sorry to hear that,so how is she?" Tanya Lara.

"Postpartum traumatic,dia tak nak jumpa I and dia minta cerai," Lara ternganga. Pasti lelaki ini melalui kehidupan yang sukar.

Dia terkejut saat terdengar deringan telefon. Tertera nama yang di tunggu. Dia tersenyum lebar.

"Aku nak jumpa kau," dingin suara Shafiq.
"Waalaikummussalam,nak jumpa kat mana," sindirnya bila Shafiq terus sahaja menyuarakan hasrat untuk berjumpa. Terdengar suara tawa kecil di hujung talian. Kenapa lah aku tak boleh nak marah lama dengan kau ni,Lara. Aku cemburu kau tak tau ke?? Tetapi kata-kata itu cuma di dalam hati sahaja.

"Tempat biasa lah,"dingin lagi jawapannya.

"Wait,kau kenapa? Tiba-tiba macam sentap dengan aku,aku ada buat salah ke?" bebelnya.

"Mana ada,seronok la dah jumpa pengganti Zareef kan?" tanpa segan silu lagi dia menerjah. Lara ketawa.

"Ooo.. kau nampak la eh pagi tadi,patut la senyap,jeles la teww.. kau gila apa ingat aku takde taste ke,tu ex aku dah jadi duda tak nak lah,baik aku amik kau je,bujang trang tang tang," Lara menekup mulut. Alamak dah terlepas cakap.

"Apa kau cakap?" Shafiq mula melebar senyum.
"Jumpa nanti,ok bye." Lara pantas mematikan talian. Bodoh. Malu aku. Shafiq sudah berbunga hatinya.

*****************

lama dah dok dlm ni lupa nk publish. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience