Bab 14 - Sayang

Romance Series 8959

"Ala mommy ni, ni la yang Lara malas balik ni," rungutnya. Ibunya sudah sibuk mengatur blind date membuatkan Lara menjadi rimas.

"U jumpa la dulu, nanti baru decide. Mommy dah tengok,elok budaknya, baru habis study kat oversea, sekarang kerja dengan papa dia as CEO company,senang hidup U nanti," ujar ibunya.

"Daddy,tengok mommy ni,eihhh," rengeknya pada TS Baharom pula. TS Baharom hanya tersenyum.

"Dah la,Pah. Jangan di paksa budak ni,ntah dah ada buah hati ke apa,"

"Ye tu kalau betul ada, masalah nya tak ada. Tu la dulu konon nak low profile tak nak bagitau diri tu anak Tan Sri,ha si Zareef pun layan sambil lewa je. Kalau dia tahu Lara ni anak Tan Sri takdenya dia nak tinggalkan anak mommy ni kan," PS Latifah terus membebel.

"Mommy,jodoh tu di tangan tuhan,mungkin yang Lara jumpa macam si Zareef tu bodoh,bukan jodoh,mana tau jodoh Lara dengan pomen kereta ke,kan," Lara menepuk bahu ayahnya sambil mengenyit mata.

"Apa? Pomen kereta?! Jangan nak macam-macam Lara Karlina,esok dah kawin dia nak bagi u makan apa? Minyak hitam? Minyak gearbox? Adui bang.. parah anak awak ni dengan pomen kereta pun dia nak," PS Latifah memicit pelipis kepala.

"Mommy,mommy dengar sini,kalau Lara dah ready nak kawin,Lara bagitau,lagipun sekarang Lara busy la, mommy. Dua lagi restoran Lara bakal launching opening lagi 2 minggu, mana sempat nak fikir pasal kawin ni, boleh ye mommy,please,"

"U satu-satunya anak perempuan mommy,abang-abang u semua dok oversea,jangan lah u cari jodoh oversea jugak sudah lah," sayu luahan PS Latifah.

"I cari yang overall best menantu untuk mommy nanti,now i got to go,someone is waiting," dia mengerling jam di tangan.

"Tengok tu,balik sekejap je,ishhh budak ni...

*************

Shafiq termenung. Tawaran ayahnya itu agak berat untuk di tunaikan. Dia memandang wajah lelaki tua di depannya. Serba salah di buatnya.

"Papa cuma ada Fiq kat sini,abang kakak kamu semua dah bawa haluan masing-masing. Takkan lah sampai mati papa nak teraju syarikat tu. Dah sampai masa papa berehat dengan mama baru," Tan Sri Sulaiman berdehem kecil. Shafiq tergamam. Mama baru? Sakan bapak aku ni. Tua-tua merenyam. Dia termenung kembali. Kalau aku terima susahlah aku nak jumpa Lara. Getus hatinya.

"Papa ni,dah tua pun gatal lagi. Tu lah dulu ada mama sibuk nak bercerai,hah sekarang nak nikah pulak," bebelnya. TS Sulaiman ketawa. Serentak pintu di buka. Seseorang masuk. Shafiq tidak menoleh namun dia sempat mencium harum minyak wangi. Macam kenal. Tak mungkin. Papanya sudah tersengih. Dia menoleh ke belakang. Matanya terbeliak.

"Mama?"
"Ye,Fiq,mama la mama baru kamu," PS Khadijah terkekeh ketawa. Shafiq bingung. Hingga ternganga mulutnya.
"Haihh... kalau iya pun terkejut,tutup mulut tu,masuk lalat nanti" gurau TS Sulaiman. Shafiq turut ketawa.
"Ok kalau ni mama baru, Fiq setuju,hehehe," bahagia benar lelaki ini. Ibu dan ayah mahu bersatu kembali. Alhamdulillah. Dalam hatinya gembira benar.

"Korang nikah dulu baru Fiq bagi jawapan,"
"Eh,budak ni,macam macam songeh dia," marah PS Khadijah. Shafiq terkekeh.
"Kami dah nikah Fiq,saja je tak nak bagitau kamu," ujar papanya.
"Eh,korang berdua ni tua-tua pun gatal,"
"Hah,sebut pasal gatal,mama nak tanya,mana bakal menantu mama," dahi Shafiq berkerut.
"Dia dah kawin la dengan orang lain,"jawabnya perlahan.
"Bukan yang tu,mama pun tak berkenan,mama suka owner Kuali dan Senduk tu,apa nama dia?" PS Khadijah cuba mengingati nama si gadis. Shafiq tersenyum.

"Lara. Lara Karlina anak Tan Sri Baharom," TS Sulaiman seakan terkejut.
"Tan Sri Baharom kawan papa tu ke,"
"Iya,takkan kawan Fiq pulak,"
"Cantik budaknya bang,pandai masak,budi bahasa tinggi,molek sangat buat menantu,tapi tu lah, anak bertuah ni sibuk dengan bengkel dia," puji PS Khadijah terus. Shafiq tersipu malu. Jujur dia sudah terjatuh cinta dengan gadis itu,jatuh cinta kerana keperibadian Lara Karlina yang sangat sederhana. Walaupun dia berbapakan Tan Sri namun statusnya tidak langsung di banggakan. Shafiq tenggelam dalam dunianya sendiri. Sesekali terdengar gelak tawa orang tuanya. Hatinya gelisah. Dia menanti panggilan dari si buah hati. Dia memandang skrin telefon. Baru mahu menggeser nombor,skrin telefonnya berkelip.

"Hah, baru ingat nak call.
"Sorry la,aku lupa sekarang aku ingat sebab kau kena tolong aku," rengek suara di sebelah sana.
"Apahal? Kereta rosak lagi?" Shafiq terus bangun. Kedua orang tuanya juga turut senyap memerhatikan anak lelaki mereka yang kacak itu.
"Bukanlah,benda lain," Shafiq mendengar butir bicara Lara dengan teliti. Agak lama dia berdiam diri sesekali terdengar hilai tawa.

"Ok,aku setuju tapi aku pun ada syarat,"
"Ala kau ni main syarat pulak,apa syaratnya,"bebel Lara. Shafiq tersengih. "Takpe,lepas settle kes kau,baru aku bagitau, aku lapar laa.. teringin makan kau masak," tanpa segan silu dia meminta di masakkan makanan dari gadis itu.
"Kau ni memang la,kau pegi cafe terus,aku lambat sikit dari Bangi ni,"
"Ok,hati-hati drive ye sayang," sengaja perkataan sayang itu di tekankan. Lara sudah tersimpul senyum. Sayang ke?
"Siapa sayang kau? Eihhhh.. perasan. Ok bye," dia mengakhiri perbualan. Tangannya di letak di dada. Laju. Degupan jantungnya yang tidak pernah berirama seperti itu semasa dia masih tunangnya Luth Zareef. Dia rasa sudah sampai masanya.

lama ke tggu. cik Pia bz gila skrg. thanks yg support. and please komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience