Bab 3 - Misi dan Visi

Romance Series 8984

Lara meneguk titisan terakhir air jus oren. Dia perlu bertenang. Kerana lelaki di depannya ini juga sudah tidak keruan. Shafiq memandang Lara. Mata mereka bertentang. Nasib mereka sama.

"So,whats your plan?" tanya Shafiq.
" Tido la,dah kenyang kan," Lara menjawab. Hatinya sebal. Shafiq mengangguk. Dia tahu benar wanita di hadapannya ini sedang sakit hati.

"Jom la naik,kang lagi lama ada pulak yang kena makan pakai straw nanti," selorohnya. Lara spontan memukul lengan Shafiq. Meringis muka lelaki itu menahan sakit.

"Mungkin sebab ni jugak kau kena tinggal,kaki pukul rupanya," usiknya lagi. Lara ketawa. Sedikit sebanyak lelaki ini menghiburkan. Walaupun kata-kata nya agak celupar.

"U know what? Walaupun kau ni annoying tapi at least kau berterus terang, sekurang-kurangnya aku tak sakit hati lama sangat," jujur pengakuan Lara membuatkan dia tersipu malu. Shafiq tersenyum. Lega bila Lara tidak lagi melenting. Dia menyerabutkan rambut Lara. Lara menjerit marah. Kurang asam. Rosak rambut aku.

**************

Lara menghempas diri ke katil. Telefon bimbitnya yang di buat flight mode di letak ke mode biasa. Bertalu-talu mesej dan wassap masuk. Hingga hanged telefonnya. Dia membiarkan telefon itu siap memuat naik semua mesej. Baru lah dia akan baca satu persatu. Tiba-tiba telefonnya berdering. Di ambil dan di amati nombor yang memanggil. Tak pernah tengok nombor ni. Siapa pulak. Getus hatinya. Baru ingin menjawab. Panggilan itu mati sendiri. Tetapi terdapat mesej yang masuk melalui nombor tersebut.

"Hi,clumsy,sorry aku curi no phone kau dekat reception"- Shafiq.

"Lain kali nak mintak la sampai mencuri pulak" - Lara

"Aku tengok kau tak bawak phone tadi,jadi aku tak nak la nampak desperate"-

"Kau nak apa ni." -

"Kau sayang Luth Zareef lagi?"

Lara terdiam. Soalan apa dia tanya ni.

"Tipu la kalau aku cakap aku tak sayang,ambik masa la untuk move on,apesal?"

"Aku pun sama,but i got a plan,"

"Plan apa pulak, malam-malam ni,tido la oi,"

"Ye,esok kita jumpa,aku bagitau plan tu, aku harap kau setuju la,"

"Hmm.. okay.. Nite.

"Nite.. clumsy.. (dengan emoji smile)

Huhh.. tak habis-habis panggil aku clumsy. Dia tu guilty tak tau. Haihh..

*******************

Shafiq tersenyum lebar saat melihat balasan mesej dari Lara. Dia sudah merancang satu misi untuk mengenakan Luth Zareef dan Juwita. Tapi dia perlu menjayakannya bersama Lara. Dia turut melelapkan mata setelah mesej terakhir dari Lara di balas. Miss Clumsy.

Selesai subuh pagi itu,Lara keluar mengambil angin sekaligus berjogging. Cutinya seminggu jadi dia mahu rehat dan santai sepuas-puasnya. Selesai sejam dia melepak di cafe sambil menatal telefon bimbitnya. Earphone di pakai dan lagu mp3 di mainkan. Sambil dia menikmati hidangan sarapan dari cafe hotel tersebut. Sambil kepala di goyang mengikut irama lagu. Sesekali terlihat dia meliuk liukkan tangan menari. Tanpa di sedari perbuatannya di rakam dan di hantar ke talian wassapnya.

Dia membuka mesej dari kawan barunya itu. Di lihat video dia sedang bersendirian sedang menari di cafe itu. Lara tergamam tangan tertolak air kopi yang berada di sebelah kanan,kerana terlalu malu dan terkejut,habis kopi tertumpah di baju. Mujur sahaja kopi itu sudah kurang panasnya. Dia melompat mencapai cawan supaya tidak jatuh. Namun,gagal.

PRANGGG.. pecah berderai cawan kopi hotel. Aduhh..

Lara terkesima. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Mencari gerangan si gila yang membuat onar dengannya. Dia ternampak kelibat Shafiq yang cuba melarikan diri. Dia mengejar lelaki itu tanpa menghiraukan orang sekeliling

"Shafiqqqqqq..." dia sudah menjerit berlari mengejar Shafiq yang sudah terbahak-bahak ketawa melihat gelagat aksinya. Shafiq berlari sekuatnya ke arah pantai. Mereka berkejaran seolah sedang bercinta padahal Lara pada ketika itu sedang menahan amarah,mahu di belasah lelaki itu kerana memalukannya.

Shafiq memperlahankan larian. Lelah rasanya lari tanpa sempat mengambil nafas. Di biar sahaja Lara menghampirinya. Sebaik sampai Lara memukul badannya bertalu-talu.

" Sakit lah,hoi.. kau ni nak bagi aku mati ke," bebel Shafiq.

"Elok la,senang mati lagi bagus.. ei kau ni saja kan,buli aku,benci la,aku tak nak kawan dengan kau," katanya sambil berpeluk tubuh. Mulutnya di muncungkan. Alah alah.. comel pulak budak clumsy ni.

"Sorry la,Lara. Aku gurau je,saja nak ceriakan hari kita yang sudah bermuram durja ni," katanya bermadah.

"Kepala otak kau," betul marah Lara di buatnya. Dia mengambil tempat di sebelah Shafiq. Dia merenung ke gigi pantai. Cuaca pagi itu sangat baik. Tidak panas,tidak sejuk sangat. Masing-masing diam melayan perasaan.

" Semalam kau cakap ada plan,plan apa?," tanya Lara. Lama benar mereka membisu. Kekok pula rasanya.

"Oh,ha.. aku pun lupa nasib kau ingatkan,kau tahu diorang nak kawin bila?" tanya Shafiq.

"Of course la aku tahu, sepatutnya aku yang jadi pengantin tu," ujarnya muram. Shafiq sedikit terkesan. Namun di abaikan perasaan emosi mereka.

"Aku plan nak rosakkan majlis diorang,"

"Kau gila ke?" Lara terkejut. Walaupun dia marah pada Luth Zareef namun dia tidak tergamak hingga sanggup merosakkan majlis orang lain.

"Aku sayang Juwita, Kau pun sayang Luth Zareef, kita buat ni untuk dapatkan hak kita balik,kau faham tak maksud aku," terangnya panjang lebar.

"Jadi,macam mana," tanya Lara.

" Misi kita sekarang adalah lepas diorang tak jadi kawin,aku boleh pujuk Juwita kawin dengan aku, kau pujuk Zareef untuk kawin balik dengan kau,setuju?"

Lara masih berkira-kira mahu setuju atau tidak.
"Kalau tak berhasil macam mana?" soalan cepumas untuk Shafiq. Dia juga tidak terfikir tentang itu.

" Kalau tak berhasil tak pe lah,pasrah je lah," ujar Shafiq.

"Aku tak nampak kat mana kejayaan misi ni,tapi tak pe lah demi Luth Zareef,aku setuju,deal." Dia menghulur tangan tanda berjabat. Shafiq menyambut dengan senang hati. Namun,saat tangan mereka bersentuhan seperti ada sesuatu perasaan yang sukar di ungkapkan. Namun keduanya hanya berdiam diri. Menahan hati masing-masing.

"Tapi,kau kene bayar ganti rugi cawan pecah tadi," Lara terus berlari meninggalkan Shafiq di pantai. Sambil ketawa berdekah.

Shafiq tepuk kepala sambil menggeleng. Aduh,kena lagi aku. Nasib kau la Shafiq,siapa suruh kau usik dia. Dia bingkas bangun menuju ke perkarangan hotel.

*******************

Alamak,diorang nak rosakkan majlis Zareef dengan Juwita.Tapi nampak macam ada bibit2 dah si Shafiq tu. Hmmm... happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience