Bab 6 - Baju Koyak

Romance Series 8959

Juwita begitu teruja dengan baju nikah yang baru di ambil. Selepas Luth Zareef menghantarnya pulang,dia segera mencari ibunya.

"Ma,tengok baju ni cantik tak ma," ibunya tersenyum simpul. "Cantik,anak mama pakai apa pun cantik," lagi lah kembang kuncup hidungnya. Dia memperagakan baju sambil berpusing ke kiri kanan. Namun,entah bagaimana. Prakkk.. Tretttt...

"Mamaaaaaaa..." dia panik saat melihat bajunya sudah tertetas di bahagian belakang dan ketiak. "Koyak baju nikah ni,macam mana ni,ma?" dia sudah menangis menghentak kaki persis kanak- kanak. Puan Anis juga cemas. Juwita mengambil telefon bimbitnya lantas menelefon Rania.

Sementara di butik,Rania dan Lara berserta Shafiq menanti panggilan panik. Saat lagu "Know me too well" berkumandang di telefon Rania. Rania sudah siap sedia. Pembesar suara di hidupkan.

"Hello,Raniaa.. Macam mana U buat baju I ni, belum apa- apa dah koyak,lagi 2 hari I nak nikah tau," jeritnya.

"Macam mana boleh koyak masa u cuba hari tu kan ok je," bidas Rania menahan tawa bersama Lara.

"I tak kira I nak baju I siap dalam masa 2 hari," tegasnya.

" Sorry cik Juwita,tak cukup masa saya nak alter balik,kalau pakai yang sedia ada ni tak boleh ke,"

"Aduhh.. habis macam mana ni,u ada ke baju yang nak sama kaler dengan yang ni," suara cemas semakin menggila.

"I cuba tengok yang sama betul memang tak ada,tapi seakan-akan sama mungkin boleh usahakan,i kena cari dulu sebab banyak baju kat sini," Rania memberi alasan supaya Juwita bertambah bengang.

"Oklah,once dah jumpa bagitau I,bye" talian di matikan. Rania dan Lara melompat kegirangan. Shafiq di sebelah tersenyum sungging. Entah kenapa dia berasa senang dengan kehadiran Lara,walaupun hatinya sayang pada Juwita. Namun cepat-cepat di tepis perasaan itu. Dia perlu tahu sejauh mana misi ini berjaya. Lara memandang Shafiq yang sedang merenungnya. Dia terdiam. Mata mereka bertaut.

"Hoi,kenapa tengok macam nak makan orang," kata Lara sambil ketawa. Shafiq juga ketawa.

"Ye lah, aku terfikir tergamak orang cantik macam kau kena tinggal,bodoh betul orang tu," jujur saja pengakuan Shafiq. Lara tertunduk malu.

"Dia nak orang yang sama level dengan dia,aku ni apa lah,tapi kalo menjadi plan ni,kita akan kawin dengan ex ex kita kan," jawab Lara girang. Namun,serta merta wajah Shafiq berubah.

"Aku pegi toilet jap,tak sedap perut la," dia lantas bangun. Berpura-pura ke tandas. Asalnya rancangan mahu gagalkan pernikahan Luth Zareef dengan Juwita supaya mereka boleh bersatu dengan pasangan masing-masing. Tapi kali ni perasaannya berbelah bagi. Sejak berkawan dengan gadis polos si Lara Karlina. Tangan memegang dada merasa degup jantung yang sudah tidak seiring dengan kelakuannya. Aku jatuh cinta dengan dia ke. Ish,tak mungkin lah.

*****************

"Kau pasti ke apa yang kau buat ni,Lara," tanya Rania sebaik Shafiq ke tandas. Lara memandang sepupunya dengan wajah tanda tanya.

"Kenapa pulak kau ni,"
"Aku rasa Shafiq tu macam suka kat kau lah,tapi entah lah,susah aku described,sebab cara dia pandang kau tu lain,"

"Ish,tak mungkin lah,dia sayang Juwita,aku ni sayang Zareef,kalau tak kami tak plan la benda ni semua," Lara menafikan. Namun,jauh di sudut hati dia juga merasakan kata-kata sepupunya itu ada benarnya. Kerana sejak bertemu dengan Shafiq,kelakuan lelaki itu yang sangat santai dan bersahaja menarik hatinya. Walaupun terkadang lelaki sangat menyakitkan hati.

"Kau dah kenapa,senyum sorang-sorang,berangan la tu," kepala Lara di luku Rania.

"Sakit la bongok,ish dia ni main kepala pulak," marah Lara. Rania ketawa.

"Dah,jom cari baju untuk minah tu," ajak Rania.

"Ahh.. kau la cari,aku nak balik lah," Lara bangun dan saat dia menoleh ke belakang tanpa sengaja melanggar Shafiq dan hampir terjatuh,bibirnya tersentuh bibir Shafiq. Keduanya membuntangkan mata. Lara menolak Shafiq. Shafiq pula menahan diri dari terjatuh.

"Kau dah kenapa cium aku,"

"Kau tu mata kat mana," keduanya sudah memerah muka menahan malu. Lara merentap tangannya yang di pegang kemas oleh Shafiq. Lara menjarakkan sedikit dirinya. Dia mengesat mulut. Selama dengan Luth Zareef,lelaki itu tidak pernah menciumnya. Ini adalah kali pertama. Jantungnya berdegup laju.

"Aku nak balik," pintasnya. Shafiq yang serba salah melihat Lara seperti tidak keruan. Dia mengikuti Lara.

Rania yang memerhatikan hal itu hanya menggeleng kepala. Ego sangat korang ni. Menyampah aku.

Lara tiba-tiba berasa marah. Perasaannya berkecamuk. Dia merasakan Shafiq cuba menciumnya padahal dia sendiri tahu lelaki tidak sengaja.

"Lara,weh kau marah aku ke," Shafiq mengejar dari belakang. Lara menoleh dia cepat-cepat menuju ke skuternya. Lalu mencapai helmet. Di sarungkan ke kepala. Shafiq menahan skuter Lara dari bergerak.

"Sorry la,aku tak sengaja la,kau pun aku kan,kau nak balik jalan kaki ke," ujar Lara sambil ketawa. Shafiq menyambut helmet dari tangan Lara.

Masing-masing ketawa. Dia senang melihat wanita itu gembira. Mereka meninggalkan kawasan butik itu lalu bergegas pulang.

Sorry lmbt update,lupa nk published. Cik pia bz ckit lately. Tapi manage to settle this chapter. Cik Pia happy sgt sbb kereta cik pia yg hilang sebelum puasa hari tu dah jumpa. So,smlm settlekan urusan kereta. Pagi ni br sempat published. Mereka mcm dah jatuh cinta ni.. hmmm.. happy reading guys.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience