Bab 11 - Sihir

Romance Series 8984

Luth Zareef memberhentikan keretanya di parkir yang di sediakan di kondo barunya. Dulu kondo itu di beli untuk di hadiahkan kepada Lara semasa wanita itu menjadi tunangnya. Namun segalanya telah berubah,jadi dia berhasrat untuk membuat tempat persinggahan sahaja. Membawa Juwita tinggal di situ tidak mungkin kerana Juwita pasti tidak mahu kondo yang biasa-biasa sahaja. Sesalnya sudah tidak berguna lagi. Dia terasa di pergunakan. Saat melihat kebaikan Juwita rupanya ada satu muslihat yang membuatkan dia jatuh cinta pada wanita itu.

Kata-kata ustaz yang di kunjungi baru-baru ini benar-benar mengejutkannya. Patutlah pada malam pertama mereka bersama dia merasakan Juwita seperti sudah biasa melakukan hubungan intim. Lagi pula wanita itu seperti sudah tiada dara. Pada mulanya dia rasa mungkin itu perkara biasa,namun sejak 2 bulan perkahwinannya Juwita sering mengelak dan panas baran. Kadangkala wanita itu seperti bercakap sendiri. Dia juga seringkali merasa seperti di perhatikan. Kerap seram sejuk dan meremang bulu roma. Rupa-rupanya dia di sihir isteri sendiri.

Namun kerana melihat keadaan Juwita yang kemurungan dia tidak sampai hati meninggalkan wanita itu, walaupun begitu dia mengaku dia juga sayangkan wanita itu,mungkin sahaja dia tersalah langkah.

Dia berjalan menuju ke kondo. Dia perlu menyendiri untuk beberapa hari. Jadi dia singgah di kondo itu untuk berehat. Telefon bimbitnya tidak berhenti berdering. Tahu lah siapa yang menelefon. Malas mahu melayan. Dia langsung ke bilik air dan menunaikan kewajipan. Waktu asar sudah sampai ke hujung waktu.

**************

"Tak dapat la,ma,dia ignored Ita punya call ni," Juwita sudah seperti cacing kepanasan. Kegiatannya telah ketahuan. Mujur sahaja Luth Zareef tidak mentalakkannya. Puan Anis juga sudah bingung.

"Jangan-jangan dia pergi cari bekas tunang dia balik tak?" teka Puan Anis. Juwita terkedu.
"Ish,jangan macam-macam la mama," getusnya.
"Itu le kamu,dulu lagi mama dah pesan,jangan keluar dengan Raees tu, degil. Tengok, dia bunting kan kamu lepas tu tinggal gitu je,kan dah jadi macam ni,susah la," bebel ibunya. Juwita termenung sambil mengusap perutnya yang makin membulat.

"Macam mana ni,ma,kalau dia ceraikan Ita macam mana,hmmmm..."

"Biar dulu,dia tengah panas tu, nanti sejuk dia balik lah tu,kamu tu dah buat apa yang tok dukun tu suruh,ni dah pukul berapa ni," pesan ibunya.

" Ita takut lah,ma. Kalau tak buat tak boleh ke," seram rasanya saat tiba masa untuk memberi 'belaan' itu makan.

"Hilang anak kamu tu nanti,mama tak nak tanggung," ujar Puan Anis lalu beredar.

Juwita menyediakan seekor ayam jantan putih yang sudah di sembelih. bersama 10 biji telur ayam kampung. Dia menyediakan hidangan itu di belakang rumahnya. Saat meletakkan hidangan itu kedengaran suara erangan yang sangat menyeramkan. Hidangan yang di letakkan didalam dulang besar itu di tarik perlahan-lahan. Juwita hanya memerhatikan belaan itu dari jauh. Dia terpaksa supaya dia dapat mengikat Luth Zareef. Beberapa minit kemudian dulang tadi di lempar keluar. Terkejut Juwita. Mencicit dia berlari masuk ke dalam rumah.

***************

Sikit dulu ya.. bz sgt 2 3 hari ni. maaf mana yg menunggu. terima kasih sudi baca. tolong bg rating ya. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience