Bab 9 - Jatuh Cinta

Romance Series 8984

Lara menghantar ayahnya ke kereta. Dia memaut manja lengan tua sang bapa.

" Bila Lara nak balik,"
" Ala,daddy... Lara bukan tak nak balik, nanti mommy tu asik nak suruh Lara kawin je,hmmm," cebikan bibir Lara membuat TS Baharom geli hati. Shafiq hanya memerhati dua beranak itu berbual. Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah orang tuanya sejak ibu dan bapanya bercerai. Tiba-tiba hatinya terasa rindu pula. Dia mengambil telefon bimbitnya.

"Hello, assalamualaikum papa," Shafiq memulakan bicara. Dia berbual-bual seketika di selang seli tawa kecil. Dia melihat Lara sudah kembali menghampirinya. Lalu pantas mematikan talian.

"Amboi,seronok nampak,"
"Mana ada,biasa je. Dah balik daddy kau?"
"Dah. Kau call siapa tadi?" Lara mula penasaran.
"Awek baru," ringkas jawapannya. Lara tersentak. Tiba-tiba dia rasa sesuatu yang tidak senang. Shafiq perasan perubahan wajah wanita itu. Dia lalu ketawa berdekah. Lara terkejut. Gila apa dia ni.

"Kau kenapa? Dengar aku cakap awek baru terus berubah muka,kau suka aku ke?" sengaja dia menguji.
"Eh,ma..mana ada..," tiba-tiba tergagap.
"Eleh,kalau suka cakap je lah," usik Shafiq lagi.
"Kau pilih la nak kena rembat pakai apa,kasut ke senduk?" mukanya sudah merah menahan malu. Shafiq ketawa lagi. "Aku gurau je lah,adoi kau ni,tu pun nak marah,aku call bapak aku tadi, tengok daddy kau teringat pulak kat dia," Lara mengangguk.
"Eh,kau dah nak balik ke,nak dessert tak?" pelawanya tanpa segan silu.
"Kau buat ke?"
"Tak,daddy aku buat tadi,ehh kau ni,aku la buat tapi semalam," jawab Lara selamba.
" Tak basi ke?" seloroh Shafiq. Lara menjeling.
"Tanya pun marah,ok boleh la makan sikit,"

***************

Luth Zareef menanggalkan kot lalu di gantung di dalam almari. Majlis perkahwinannya berjalan lancar. Namun dia gusar mengapa hatinya tidak tenteram. Pintu bilik di kuak dari luar. Kelihatan Juwita memasuki bilik hotel mereka dengan wajah yang sangat manis. Dia bahagia saat sudah sah bergelar isteri kepada lelaki idamannya.

"B,kenapa u naik tak tunggu i," ujarnya manja.
"I penat lah,sorry I tinggalkan u,i bukan biasa bergambar bagai,sesi photoshoot tu je dah dekat sejam," bebelnya sambil memejam mata. Entah kenapa dia rasa tidak gembira seperti sebelum ini,sepertinya ada sesuatu yang mengganggu perasaannya. Dia mulai sedar hatinya tiada pada Juwita. Serta merta ingatannya kembali kepada Lara Karlina. Namun,seperti ada kuasa yang memaksanya supaya Lara di tinggalkan. Dia memicit kepala.

Juwita memandang suaminya sudah seperti orang kemurungan. Dia merasakan ubat guna-guna yang di pakai mula menunjukkan kesan. Dia mendekati Luth Zareef. Dia mengusap lembut wajah suaminya yang sudah keletihan tidur. Dia membaca jampi yang di beri oleh dukun tempoh hari. Lalu di hembus ke arah kening Luth Zareef. Luth Zareef seperti kerasukan membuka mata lalu terus menerkam isterinya.

****************

"Macam mana?" tanya Puan Anis. Juwita tersenyum lebar. Lalu menunjukkan kesan gigitan cinta di lehernya.
"Harap dia tak perasan la,ma, Ita takut juga kalau dia perasan Ita..." belum sempat menghabiskan kata-kata Luth Zareef menghampiri mereka sambil tersenyum. Mereka anak beranak diam dan membalas senyuman Luth Zareef.
"Morning,honey," ucapnya sambil mengucup dahi Juwita. Juwita membalas kucupan untuk suaminya di pipi lelaki itu. Luth Zareef kelihatan bahagia tidak seperti semalam. Dia seperti sudah angau dengan Juwita. Juwita tersenyum puas. Anak dalam perut ini perlukan ayah seperti Luth Zareef, aku tak kan biarkan kau jatuh ke tangan orang lain.

**************

Lara berjalan menuju ke keretanya. Ya,kereta sudah di ambil dari bengkel Shafiq dua minggu lepas. Kereta itu juga sudah di ubahsuai. Sesuai dengan keadaan kereta itu sendiri. Saat memasuki kereta,telefonnya berdering. Dia menutup pintu dan menjawab panggilan sambil menghidupkan enjin.

"Hello,"
"Assalamualaikum,Lara," terdengar suara perempuan di talian sebelah sana. Lara melihat skrin. Mommy. Lain benar suara ibunya.
"Waalaikummussalam,ya mommy,mommy sihat ke,kenapa lain macam suara mommy ni," katanya cemas.
"Mommy rindu Lara,bila nak balik," ujar Puan Sri Latifah.
" Ermm.. rindu ke? Yeke ni? " usiknya. Ibunya mula kedengaran ketawa.
" Rindu la,kot iye tak jadi kawin pun balik la jenguk mommy,daddy pegi sana siap makan tak bagitau mommy sampai hati," rajuk PS Latifah. Lara ketawa manja.
"Ye lah,nanti Lara cari masa balik sana,Lara busy sikit,restoran Lara nak bukak branch baru lagi 2 3 hari,mommy sabar jap eh,ermm.. mommy,Lara nak drive ni,nanti Lara call mommy balik,"
"Ok sayang,take care. Balik tau," ujar Puan Sri Latifah.
"Ye,ye... bye mommy, love you," dia memutuskan talian. Saat mahu memasang tali pinggang matanya tertangkap seseorang pada cermin tingkap. Shafiq membuat muka menakutkan. Lara menjerit kerana terkejut. Dia menekan butang power window. Menurunkan tingkapnya.
"Setan la kau ni, terkejut aku. Apahal tiba-tiba muncul sini,kau stalk aku ke," katanya sambil mengetuk kepala lelaki nakal itu. Tak habis-habis menyakat. Shafiq melihat penampilan Lara yang comel dengan rambut di ikat ala pony tail.
"Aku saja lalu sini nampak pulak girlfriend baru,tu yang datang sergah kau," Lara membuat muka. "Girlfriend, girlfriend. Ntah siapa girlfriend dia ntah," gumamnya. Shafiq mencebik. "Bukan kau lah,ni kereta kau ni, girlfriend aku, kan aku yang modified dia," tanpa segan silu dia mengaku. Pada dasarnya dia mahu meluahkan isi hatinya. Entah kenapa lain pula yang di cakapnya. Lara kurang mengerti. Eleh,nak ngorat aku cakap je lah. Dia mempamir senyum manis.
"Aah,iye la tu," jawab nya ringkas. Dia melihat jam. Seperti sudah lewat.
" Kau nak pergi mana?" tanya Shafiq.
" Aku ada meeting opening branch baru kat Bangi,macam dah lewat,aku gerak dulu la eh," katanya sambil menekan clutch lalu gear di ubah ke gear undur.
" Eh,aku ikut lah boleh?" tawar Shafiq.
" Kau tak sibuk ke? " Lara masih berbasa basi.
" Untuk kau,aku free je," Lara langsung meneutralkan gear, lalu melepaskan clutch. " Kau bawak," katanya lalu mengalih tempat duduk ke sebelah. Shafiq sudah tersengih suka. Dia meloloskan diri ke dalam tempat duduk pemandu. Lalu bergerak ke destinasi. Lara tampak senang dengan lelaki ini, adakah dia suda jatuh cinta. Dia juga belum pasti. Enggan di gelar perigi cari timba,tetapi dia juga tidak mahu berharap lebih,namun kehadiran Shafiq sangat menyenangkan.

**************

terkena guna-guna rupanya Luth Zareef. Happy reading guys. jangan lupa bg rating ya. tengok Lara dengan Shafiq ni macam dah start bibit2 cinta. tapi msg2 ego.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience