Bab 7 - Misi Gagal

Romance Series 8959

Shafiq mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Memikirkan sesuatu. Dalam pada itu mulutnya terkumat kamit.

"Ish,takkan kot,"
"Tak mungkin lah,tapi kenapa aku rasa macam betul,dia lupa ke atau dia memang tak ingat,"
"Kena tanya tak,kalau salah macam mana,malu aku nanti," kata-kata yang bermain di bibir dia seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Faizal yang sedang bermain game itu mula merasa rimas.

"Hoi,kau dah kenapa ni," sergahnya. Shafiq nampak agak terkejut. Dia memandang Faizal. Faizal buat bodoh pula.

"Jai,aku rasa aku macam kenal la Lara tu,dia tu macam seseorang dalam masa silam aku," kata Shafiq. Faizal menekan butang pause. Dia mula tertarik dengan cerita berkaitan Lara.

"Masa silam kau? Zaman kegelapan kau ke apa?"

"Bukan,aku rasa dia ni macam budak sekolah perempuan sebelah sekolah aku dulu,tapi aku tak pasti la dia ke tak," jawabnya kurang yakin.

"Kau bercinta ke dengan dia dulu," tanya Faizal penuh minat. Shafiq melihat kesungguhan Faizal mendengar ceritanya. " Excited ye kau kalau pasal Lara," cebiknya. Faizal ketawa.

"Aku ni bukan apa,tengok Lara tu budak baik,kalau aku jadi kau,takde dah nak kejar si Juwita tu,baik aku sapu je Lara tu,baik,polos,cantik,comel,bla bla bla..." sambung Faizal yang akhirnya di baling bantal kecil sofa oleh Shafiq.

"Kau ni,jangan macam-macam ye," ugutnya.

"Sementara depan mata ni hargai lah,bro. Mana tau tiba-tiba hilang,kau yang menganga,dah la aku nak sambung main game,tepi jangan menyemak sini," Faizal menolak badan Shafiq ke tepi. Shafiq membuat muka jelik. Faizal menyambung permainan game yang tergendala tadi. Tidak di hiraukan wajah Shafiq yang menyakitkan mata itu.

**************

Deringan telefon bimbit milik Lara bergema kuat di ruang rumah. Lara berlari mendapatkan panggilan itu. Ternyata Luth Zareef yang menghubunginya.

" Hello,baby,"

" Hello, waalaikummussalam," jawabnya bersama sindiran. Luth Zareef terkesima di hujung talian.

" I nak jumpa u,boleh?"

" Untuk apa? Esok kan dah nak nikah," bidasnya.

" For last time, before I nikah,I nak jumpa U,boleh?" rayu Luth Zareef. Lara menghela nafas. Dia sememangnya lemah jika Luth Zareef memujuk dan merayunya.

"Hmm,okay. Kat mana?"

"Nanti i send location,thank you baby,"

"Stop calling me ,baby. Send location sekarang,I tak boleh lama,banyak keje nak buat,bye," Lara mematikan talian. Dia sebenarnya sudah tersasar jauh dari perasaannya pada Luth Zareef. Baginya jika Luth Zareef mahu menikah sekalipun dia sudah tidak peduli,kerana hatinya seperti sudah terisi dengan orang lain,namun cinta pada Luth Zareef tetap ada kerana lelaki itu lelaki pertama yang menyentuh hatinya. Mesej dari wassap masuk. Lokasi yang di beri Luth Zareef di lihat. Tempat biasa. Hmm.. boleh lepak dengan Shafiq lepas tu. Dia membalas Ok,lalu bersiap.

***************

Flashback 3 hari sebelum akad nikah....

Shafiq memandang Lara yang sedang termenung.
"Kau menung apa?"
"Aku rasa tak berbaloi la kita buat benda ni," luah Lara. Dia jadi seperti melukut di tepi gantang. Terasa seperti terdesak pula. Shafiq tersentak. Dia juga rasa benda yang sama.
"Habis tu,kau nak buat apa?" tanya Shafiq. Lara jungkit bahu. Dia mula terfikir tentang kata-kata Rania. Mungkin ada betulnya kata sepupunya itu. Dia memandang Shafiq. Pandangan mata mereka bertaut. Shafiq seperti tidak keruan. Jantungnya berdetak laju. Lain macam pandangan mata wanita itu kali ini.

Luth Zareef sampai dahulu di tempat yang di tuju. Seketika kemudian kelihatan Lara sampai bersama skuternya. Sebaik di tongkat skuternya,kelihatan sebuah kereta berhenti betul di sebelah kereta Luth Zareef. Lara terpaku. Dia memandang siapakah gerangan tuan empunya kereta. Dia menanti dan akhirnya. Luth Zareef terkesima. Juwita keluar dengan angkuhnya menuju ke arahnya. Lara terdiam.

"B,U buat apa kat sini,jumpa bekas kekasih?" sindirnya sambil melihat Lara yang masih berdiri di skuternya.
"Kau ni tak malu ke,dah nak jadi laki aku dah Zareef ni, kau menggatal jugak kan," Juwita mengata tepat ke muka Lara. Tiba-tiba dia rasa terhina.

"Cik Juwita,saya ni tak teringin nak jumpa bakal suami cik Juwita ni,tapi tu lah demi menunaikan permintaan bekas tunang yang tak kesampaian. Tapi elok juga la U sampai, boleh tengok perangai sebenar Luth Zareef yang tamak ni,by the way Selamat Pengantin Baru in advance lah,semoga bahagia korang atas derita orang lain ni membuahkan cinta,good bye," puas hatinya. Dasar pasangan gila. Empangan airmatanya pecah tanpa di duga. Luth Zareef di pandang sepi. Dia lalu mengangkat semula tongkat skuter dan memusingkan semula menghala ke jalan besar. "Luth Zareef,mulai hari ini aku lepaskan kau dari hati aku," dia terus menghidupkan enjin dan berlalu pergi. Juwita terus menghampiri Luth Zareef yang sudah beku.

"What actually you are trying to do? You nak batalkan perkahwinan kita sama you batalkan perkahwinan dengan dia ke,you jangan macam-macam Zareef,dah lama I perhatikan U ni," bebel Juwita.

"I just nak jumpa dia buat kali terakhir je,mana you tahu I kat sini," tanya Luth Zareef tiba-tiba. Juwita terdiam,dia juga sebenarnya datang ingin berjumpa Shafiq namun matanya terpandang kelibat Luth Zareef langsung di batalkan niat terus menuju ke arah kereta Luth Zareef. Juwita mula berpeluh. Luth Zareef perasan wajah Juwita berubah. Namun dia malas mengambil pusing. Dia langsung memesan makanan memandangkan dia belum lagi menjamah apa-apa. Hilang terus moodnya mahu bercakap. Menyesal sudah tidak berguna. Kerana ketamakannya dia melepaskan Lara Karlina cinta pertamanya.

***************

Lara mematikan enjin dan duduk di tepi bukit. Dia meraung semahu-mahunya. Tanpa dia sedari,seseorang sedang memerhatikan dari jauh. Dia mengekori wanita itu dari belakang sejak dia melihat wanita itu di bahu jalan. Bersama linangan air mata. Dia mematikan enjin kereta. Lalu menghampiri wanita itu. Bahu wanita itu di usap.

"Lain kali,kalau nak nangis ajak la aku, boleh la kita nangis berjemaah," Lara memandang lelaki di sebelahnya ini. Dia mengesat kasar air matanya. Lalu mengukir senyum. Shafiq ketawa senang.

"Kau tau je aku kat sini,kau stalk aku ke apa?"

"Aku tak stalk kau,tapi aku nampak kau menangis tadi,drama airmata tadi pun aku nampak,aku rasa kita batalkan je lah misi tu,kesian la tengok kau menangis macam ni," katanya perlahan sambil mengutip batu lantas di baling ke bawah bukit. Lara terdiam. Ayat yang pernah terngiang-ngiang di telinganya. Kesian lah tengok kau menangis macam ni. Lara merenung wajah Shafiq. Dia mencari sesuatu di wajah itu. Tak mungkin,takkan kot. Shafiq hanya membisu.

"Jom lah,makan. Aku lapar la. Apa kata kau masakkan aku. Kita makan kat restoran kau,nak?" Ajak Shafiq.
Ya,Lara mempunyai sebuah restoran sendiri. Dia bos,dialah kuli,masak dan hidang untuk pelanggan. Mereka bergerak perlahan menuju ke kenderaan masing-masing.

"Lumba jom,siapa lambat dia masak dan belanja," ajak Lara. Shafiq menjungkit kening. Biar betul minah ni.
"Aku layankan je lah walaupun aku tahu kau akan kalah sebab naik skuter cabuk kau tu,mana boleh lawan lancer turbo aku ni," dia ketawa. Kurang asam punya pomen. Nanti kau. Mereka bergerak seiringan. Masing-masing menunjukkan kelajuan. Ternyata Lara terlambat sedikit dan dia kalah. Dia mencebik bibir.

"Hmm.. yelah,memang aku nak masak untuk kau kan,takpe lah,hmmmm.... "

"Huhu.. ala bukan selalu," pintas Shafiq.

"Cik Lara,daddy u datang," kata pekerja nya cemas.
"Hah...!!!!

****************

Happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience