Bab 16 - Be My Wife

Romance Series 8984

"Mama suka dia,Fiq," jujur PS Khadijah menyatakan hasrat hatinya.
"Ala mama ni,Fiq pun suka tapi dia tu bukan nak tunjuk dia suka ke tak ke. Lagipun dia masih trauma lepas putus tunang tu,bagi lah dia masa," tenang Shafiq memberi jawapan. Dia sedar,Lara bukan mudah untuk di dekati walau di beri hint sekalipun wanita itu seakan tidak mengerti. Atau sengaja tidak mahu mengerti. Dia tidak mahu memaksa.

Lara termenung di balkoni rumahnya. Hari ini adalah hari yang memenatkan. Pertemuan dengan Luth Zareef yang merimaskan,Shafiq dan ibunya juga menyesakkan kepala. Bakal menantu?? Itu lah yang di katakan oleh PS Khadijah tadi. Bersediakah dia untuk menjadi isteri Shafiq yang di layan tak ubah seperti kawan baik. Malu,segan semuanya ada.

Mr Guilty : Kau termenung ape? Teringat aku ke.

Lara gelabah.,Ishh mamat ni macam ahli nujum la. Dia memandang ke bawah. Ternampak silauan flashlight dari telefon bimbit lelaki itu. Haihh..

Miss Clumsy : Kau ni takde keje ke,asik skodeng aku je.

Mr Guilty : Tu la keje aku sekarang,jaga bakal bini. Hehehe

Pipinya merona merah. Amboi beraninya nak masuk line.

Seketika telefonnya berdering.

'Turun lah sayang,' usik Shafiq.

'Sayang melayang la,malas la aku,nak tido,' segan sebenarnya. Hari ini hatinya asyik di usik lelaki itu hingga tidak keruan jadinya.

'Aik,awalnya tido,baru pukul 8 ni,' Shafiq melihat jam di tangan. Malu la tu.

'Nak pegi mana?'

'Pergi ke hatimu. Cia cia cia.. ehh.. cepat lah turun. Aku tunggu.' Talian di matikan. Hanya dengan cara itu sahaja Lara akan turun.

Lara menghentak kaki. Ishh.. dia ni kan. Suka buat aku blushing. Dalam masa yang sama hatinya berbunga bunga.

************

Luth Zareef memandang dari kejauhan. Melihat pasangan bahagia itu membuatkan hatinya menjadi sangat sakit. Namun penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Niatnya cuma mahu bercakap dengan Lara. Namun,dia sendiri hairan tiba-tiba dia bertindak aggresif hingga wanita itu menjadi takut dan marah. Maafkan I,Lara. I tak kuat.

Shafiq membawa Lara ke sebuah restoran mahal. Lara kelihatan pelik.

"Weh,asal kau bawak makan kat sini. Aku selekeh ni,segan lah,"dia menarik tangan Shafiq keluar.

"Eh,takpe lah,bukan kau bogel pun," ulahnya. Lara mencebik. Eih,dia ni ada yang makan penampar kang.

"Cik Shafiq ke?" tanya salah seorang pelayan. Shafiq mengangguk. "Sila ikut saya ya,meja di sebelah dalam." Lara terpinga-pinga. Siap tempah meja bagai. Ada acara apa ni. Lara di persilakan duduk bagai seorang puteri.

Shafiq tersengih melihat riak Lara yang seperti tercengang.

"Rilek la.. Kau ni,"
"Maunya tak rilek,mana pernah bawak aku makan tempat mahal ni,selalu lepak warung je,aku dengan selebetnya....," belum sempat bebelannya berakhir,suasana menjadi gelap. Dia gugup.

Hanya terdapat cahaya lilin di sekeliling restoran tersebut. Terdengar alunan piano memainkan rentak yang sangat tidak asing baginya. Dia mengambil telefon bimbitnya melihat tarikh. Omg. Dia menekup mulut.

"Happy birthday to you,happy birthday to you, Happy birthday to Lara,happy birthday to you.." terdengar gema nyanyian keramat itu bergema di dalam restoran. Dia terpaku,terharu,terkejut perasaannya bercampur baur.

Lampu di pasang kembali. Sorakan dan tepukan gemuruh berserta ucapan tahniah dan selamat untuk seorang Lara Karlina. Dia memandang Shafiq.

"Kau ni kan,malu la aku.. eihhh," dia menutup muka. Segan dengan lelaki itu. Dia sendiri hampir terlupa akan tarikh keramat itu.

"Eleh,malu pulak,ke suka. Sorry la,aku korek rahsia kau dari staff kat cafe,baru perasan hari opening cafe baru hari besday kau," ucapnya memujuk.

"By the way,thank you,kau belanja ke ni?"
"Eh,kau la bayar,aku celebrate je,"
"Kau ni," dia memukul lelaki itu menggunakan sudu. Shafiq sudah terbahak-bahak ketawa.
"Sakit lah,kau ni kasar sangat lah,gurau pun marah,aku belanja lah,ingat aku tak berduit ke,aku anak Tan Sri jugak macam kau," ujar Shafiq bersahaja.
"Amboi,anak Tan Sri ye,berlagak betul eh,baru nak mengaku ke. Mereka sama-sama ketawa. Dua insan yang merupakan darah daging orang berpangkat tetapi tetap bersederhana kerana bagi mereka pangkat dan darjat itu hanyalah pinjaman.

**************

"Thanks,Fiq for the birthday party,i really appreciate it,"
ucapnya malu-malu.

"Ra,aku ada benda nak cakap ni" Shafiq memulakan bicara. Dia perlu beritahu Lara.

"Aku tahu aku ni tak romantik tak manja tak hensem tak menepati citarasa kau,tapi aku tak mampu nak tahan dan simpan perasaan aku,sebab makin aku tahan,makin sakit dalam ni," ujarnya sambil menepuk di dada.

"Kau jangan buat aku seram,boleh?" tegah Lara. Dia suka melihat Shafiq yang gugup. Comel. Shafiq meraup rambutnya. Dia mengeluarkan sesautu dari poketnya. Sebuah kotak baldu di keluarkan. Lara tersengih suka. Dia sudah tahu agenda lelaki itu dan sudah tentu dia menantikan saat itu kerana hatinya juga sudah terpaut pada Shafiq Anaqi.

"Kau nak tak jadi bini aku?" ayat yang di lontarkan oleh Shafiq membuatkan Lara tergelak besar.

"Astaga,kau ni ayat tu biarlah elok sikit,betul tak romantik laaa..." usiknya. Shafiq sudah tersipu malu. Dia menyambut kotak baldu itu lalu mengeluarkan isi di dalamnya. Tapi senyumannya mati saat melihat tiada apa-apa di dalam kotak itu. Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu mengenakannya lagi.

"Kau ni... serius lah,main-main pulak," muncungnya. Dia berpaling mahu pergi. Rasa ingin menangis di perlakukan begitu. Namun,pantas tangannya di tarik semula, jarinya di ambil,sebentuk cincin emas bertakhtakan berlian di sarung di jari manis. Lara sudah menangis sambil tersengih. Geram dengan kelakuan Shafiq yang kuat mengusik.

" be my wife, Lara Karlina," ucapan Shafiq itu membuat Lara terdiam. Namun,dalam hati berbunga bahagia.

"Kau nangis sebab ape? Ajak kawin pun nangis," ejeknya. Tak habis-habis mengusik. Lara memukulnya berkali-kali di bahu. Malu di perlakukan begitu. Shafiq memegang tangannya.

"Aku sayang kau tau,Ra,"
"Yelah,aku tahu,kau ni lambat bertindak,tapi okay lah dari takde tindakan langsung," omelnya.

"Dah boleh la panggil baby kan," usik Shafiq lagi.
"Eh kau ni,dah la aku nak naik, menjadi pulak dia ni," Lara melangkah pergi sambil memegang dada. Degup jantungnya terasa tidak teratur. Laju namun bahagia. Dia menoleh ke belakang,Shafiq melambai dari keretanya. Ahh.. bahagianya.

Omg.. bersemut.. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience