Bab 20 - Cinta vs RM

Romance Series 8959

Lara berjalan menuju ke keretanya tanpa menyedari dia sedang di ekori. Punat penggera kereta di tekan saat dia sudah berada dalam jarak satu meter dari kenderaan. Namun, sebaik sahaja mahu membuka pintu tangannya di rentap seseorang. Dia hampir menjerit. Tetapi mulutnya di tekup. Matanya membuntang saat melihat gerangan yang mengganggu dirinya ketika ini. Dia menepis tangan Mikhail.

" Kau nak apa ni,Mika?" jeritnya.
" Aku nak kau lah sayang," dengan muka temboknya dia mengusap pipi mulus Lara.
" Kau gila ke?"
" Yes,aku gila. Gilakan kau Lara. Ops.. Lina. Kau suka kan aku panggil nama tu."
" Tak,aku tak suka,sekarang kau berambus sebelum aku jerit."
" Jeritlah takde sesiapa kat sini,kalau aku bunuh kau pun takde orang tahu," kata-kata Mikhail yang seakan mengancam itu membuatkan Lara sedikit ketakutan. Dia perlahan-lahan menekan nombor Telefon Syafiq. Di biarkan sahaja Syafiq mendengar dari sana.

"Apa masalah kau ni?"
"Masalah aku,aku nak kau Lara,aku sayangkan kau lagi macam dulu," rayuan Mikhail seperti orang kurang siuman. Lara tersenyum senget. Tahu benar dia dengan di lelaki pisau cukur ni.

" Kau ingat aku bodoh? Hah? Kau ingat aku bodoh macam Tania ke? Kau cari perempuan yang boleh tanggung hidup kau yang dah macam biawak hidup ni? Hei, sorry la Mika. Aku dah tau dah kau ni siapa. Dasar lelaki pisau cukur tak sedar di untung. Berambus sebelum aku call polis," ugutnya walaupun takut-takut.

Dia tahu Syafiq sudah dalam perjalanan. Kerana dia telah mengaktifkan akses gps di telefon bimbit yang membolehkan lelaki itu mengesan keberadaannya.

Lara menolak Mikhail ke tepi dan cuba untuk memasuki kereta. Namun,Mikhail lebih cepat memegang tangannya. Lara tidak mampu lagi menepis. Mikhail telah mengunci pergerakannya.

Bukkk!!! Satu tumbukan padu mengenai tepat ke muka Mikhail. Tersungkur pemuda itu. Lara di tarik ke belakang.

"Kau apa masalah?" Mikhail bengang lalu meludah ke tepi.
"Kau tu ada masalah apa? Yang kau kacau ni bakal bini aku,dari dulu kau tak sudah menyusahkan dia,kenapa? Kau dah memang tak de keje lain ke? Dasar lelaki bacul," berapi kemarahan Syafiq. Tanpa sempat mengelak Mikhail menyerang hendap Syafiq lalu menikam lelaki itu.
"Syafiq," jerit Lara. Mikhail sudah cemas. Dia tidak berniat untuk bertindak sejauh itu. Entah mengapa hatinya sakit apabila dia di gelar lelaki bacul oleh Syafiq. Dia lalu melarikan diri. Lara di biarkan mengongoi di situ.
"Fiq,bangun,jangan la mati dulu.,"
"Dia dah berambus ke?" Suara Syafiq yang tertahan itu kedengaran lemah. Lara memandangnya terkejut.
"Kau okay tak?"
"Tak okay, tapi okay,,"
"Mana satu ni,ishh. Buat takut orang je lah," katanya sambil menumbuk perut Syafiq. Syafiq meringis sakit.
"Sakit lah sayang,pisau tu kene sikit ni kat pinggang i ni," ujarnya sambil membuka tekupan di bahagian yang luka itu. Ternampak buakan darah. Namun,Syafiq masih tenang. Padahal sakit nak mampus. Nak tunjuk macho la tu. Cisss..
"Ok,ok,aku bawak kau g hospital sekarang,boleh bangun tak," Lara tetap menunjukkan sisi cemasnya membuatkan Syafiq geli hati.
"Tak bolehhh.. Nak dukung," usiknya. Pipi Lara memerah. Jantan ni kalau tak mengada tak sah. Kutuknya dalam hati.
"Ehh... mengada ehh.. aku lempang kang,kau bangun la,dah la berat cemana aku nak dukung eihhh," omelnya sambil tangannya memaut bahu Syafiq. Syafiq memandang wajah putih merah wanita ini. Lara berpura-pura sibuk dan tidak menghiraukan pandangan Syafiq. Dalam dadanya jantung sudah mahu meletus bunga-bunga bahagia. Daddy,Lara nak kawin!!! Eh, tiberr..

***************

Mikhail tiba di rumah dengan keadaan tangannya yang berlumuran darah. Dia sudah ketakutan. Mungkinkah Syafiq sudah mati. Bagaimana jika Lara melaporkan ke pihak polis. Dia seperti orang gila. Histeria meraung di bilik mandi di bawah pancuran air.

"Aku tak bunuh dia,aku tak bunuh dia.. " ulangnya berkali-kali. Perkataan itu di ulang-ulang hingga kedengaran satu rumah.

Tania yang kebetulan pulang ke rumah dudanya itu mahu mengambil barang miliknya terkejut. Siapa bunuh siapa? Bisik hatinya. Dia menuju ke bilik air setelah mendengar bunyi pancuran air. Dia yakin Mikhail di situ.

"Mika,are you okay?" tanyanya. Senyap. Dia mula cemas lalu merempuh pintu bilik air tersebut. Mujur tidak berkunci betul senang sahaja pintunya terbuka. Dia melihat Mikhail sudah kebasahan di bawah pancuran air. Sambil menangis.

"Hey,kenapa ni?"
"I tak bunuh dia,Nia. I tak sengaja,"
"Bunuh siapa? Dia siapa? I tak paham," Tania kebingungan. Mikhail memeluk bekas isterinya itu. Tania terkedu namun dia hanya membiarkan kerana dia mahu lelaki itu tenang. Dan berfikiran waras.
"Dah lah,bangun. Basah ni." Ujarnya sambil menolak tubuh lelaki lalu memegang bahu dan mengangkatnya supaya berdiri. Mikhail baru tersedar akan kehadiran bekas isterinya itu.
"U buat apa kat sini," tanyanya.
"Oo..err i nak ambil barang. Sorry i tekan loceng tapi u tak bukak jadi i pakai duplicate key," jawabnya jujur.
"Hmm.. " keluhnya perlahan.
" I ambil barang dulu,nanti i terus balik,u rehat lah," Tania tidak mahu berlama risau lain pula yang jadi nanti. Dia lantas bangun. Namun tangannya di rentap lembut.
" Nia,u teman i,boleh?"
" Err..
" I janji tak buat apa-apa" jujur dia hanya mahukan Tania sebagai peneman ketika ini.
"Hmm.. ok lah,u dah makan? Kalo belum i masakkan," tawar Tania sekadar menghilangkan rasa kekok. Mikhail menggeleng. Tania lalu menghilang ke dapur. Dia gugup. Kenapa setiap kali berdepan dengan lelaki ini dia kalah. Air matanya menitis. Dia rasa sedih mengapa sehingga kini Lara Karlina masih menjadi buruan Mikhail. Sedangkan dia juga punya hati dan perasaan. Cuma dia tidak punya harta dan kekayaan untuk menambat hati lelaki itu. Adakah cinta perlu di beli dengan wang ringgit?

**********

"Sakit lagi ke?" tanya Lara. Terasa bodoh pula soalan yang di tanya.
"Sakit,tapi bukan kat sini," ucap Syafiq membuatkan Lara cemas.
"Habis tu kat mana? Aku panggil dok..."
"Tak payah,aku sakit kat sini," Syafiq menarik tangan Lara lalu di letakkan di dadanya. Lara dapat merasakan degupan jantung lelaki itu yang laju. Seiring degupan jantungnya silih berganti. Mata mereka bertaut.
"Kau ni mengada-ngada lahhh.. " ujarnya malu-malu.
"Aku sayang kau Ra. Kalau aku lambat tadi entah apa jadi kat kau," jujur Syafiq tidak mahu apa-apa terjadi kepada wanita kesayangannya. Lara tersengih.

"Hmm.. kene kawinkan cepat mereka ni,bang. Risau saya ni," kedua mereka terkejut. Melihat susuk tubuh orang tua keduanya. Masing-masing ketawa melihat keletah dua anak muda itu yang sudah tidak keruan.

"Ha.. tau takut,haih budak - budak ni, pegang-pegang tangan sabar dulu,nikah baru boleh pegang," usik Puan Sri Latifah. Lara sudah memerah mukanya. Syafiq juga sudah menutup muka dengan selimut. Malu oi..

Haihh.. sabar je lah budak berdua ni. Happy reading guys ☺️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience