Bab 15 - Jatuh Cinta ke?

Romance Series 8959

Shafiq memandu perlahan menuju destinasi yang telah di berikan. Dari kejauhan dia sudah nampak figura Lara Karlina. Tidak dengan kereta 'kegemaran' tetapi dengan kereta lain yang lebih layak untuk dirinya. Dia memarkir keretanya di belakang kereta Lara.

"Kau dah pikir habis ke mintak tolong aku ni," Lara memuncungkan mulut persis mulut itik.

"Ala,Fiq kau dah janji kan,"
"Tapi aku ada syarat tau," duganya.
" Yelah,syaratnya apa? Semua benda bersyarat. eihhh... ," bebel si Lara buat Shafiq tergelak besar.
"Lepas semua settle baru aku bagitau," Lara menjeling. "Apa-apa je lah,kau jangan lebih sudah,aku pukul kau nanti," penumbuk di layang di muka Shafiq.

Majlis pelancaran pembukaan restoran Lara di Bangi berlangsung dengan meriah sekali. Rata-rata tetamu mengucapkan tahniah kepada usahawan wanita muda itu. Ramai juga yang tidak mengetahui bahawa seorang Lara Karlina adalah anak kenamaan yang sangat menjaga imejnya dan sentiasa berprofil rendah.

Lara berdiri di satu sudut sambil cuba mendail nombor si Mr Guilty. Mana pulak dia ni pergi. Janji nak datang. Erghhh... Pesanan ringkas di WhatsApp di hantar.

'Where are you?' . Hanya bluetick di beri. Hati Lara mula panas.
'Lagi 2 minit kau tak muncul,kau siap.' Ugutnya lagi. Dia berlalu berjumpa tetamu yang masih ramai. Dalam kekalutan tubuhnya di langgar seseorang.

"Err.. sorry, I tak pe..ra..san," gagap tiba- tiba apabila melihat figura yang bertembung dengannya. Luth Zareef buat apa kat sini. Aku tak jemput dia pun.
"Lara,we need to talk," ujar Luth Zareef.
"Sorry? Antara kita dah tamat Zareef. I tak tau macam mana u boleh muncul kat sini,dan please jangan ganggu hidup i lagi, please go now," entah mengapa geram benar dia dengan lelaki itu. Lara berlalu namun tangannya di tarik kemas. Luth Zareef seolah memaksa.
" Apa ni. Sakit lah,"
" U tipu i kan,u cakap u orang biasa- biasa, rupanya u anak tan Sri,kenapa u buat i macam ni,"
" Buat apa i nak bagitau semua orang siapa parent i? Is that bothering u now? Why? Malu? Its too late, Zareef,I jijik dengan u,i kecewa,tolong lah jangan ganggu i lagi,please go,just go," halaunya. Mujur saja tiada orang di kawasan tersebut. Luth Zareef tiba-tiba menjadi berang. Dia terus menarik tangan Lara supaya mengikutnya.
" What the hell are you doing,let me go," dia meronta ingin melepaskan diri.
" I love you,Lara. Still love u. U tak paham ke,i nak u,i tak nak orang lain," seperti orang kurang siuman Luth Zareef menengking. Lara terkedu. Ya Allah. Mana kau ni Shafiq,cepat la tolong aku. Rintihnya dalam hati. Air matanya mula menitis. Malangnya tiada sesiapa yang dapat membantu. Luth Zareef terus membawanya menuju ke kereta. Saat pintu kereta si buka satu tumbukan padu singgah di wajahnya. Lara tergamam.

"Kau nak bawak dia pergi mana?" tanya Shafiq. Dia beralih kearah Lara. "Sayang,u ok?" Lara mengangguk. Demi keselamatan dia perlu mengikut tindakan dan situasi.
"Kau siapa? Bukan urusan kau,ni antara aku dengan Lara" Luth Zareef mengesat darah yang sudah memercik di tepi bibir.
"Excuse me? Kau bukan dah ada bini ke? Apehal nak kacau bakal bini orang pulak?" sekali lagi Lara tergamam. Bakal bini siapa pulak dia ni.
"Sorry? Bakal bini? Lara ni hak aku tetap akan jadi hak aku," balas Luth Zareef. Lara berlari ke belakang Shafiq.
"Balik la Zareef,ni majlis i,jangan buat kecoh," suara Lara sudah tenggelam timbul.
"No,u ikut i,"
" Eh eh kau ni tak paham bahasa ke,Lara ni bakal bini aku,dah kau berambus," ujar Shafiq selamba.
" Betul ke apa dia cakap,baby?" Lara hanya mengangguk.Terpaksa dia merelakan jika tidak lain pula ceritanya nanti.
" Baby.. baby,dia dah besar la. Bukan baby. Huh . dah pergi balik sana, kau kacau Lara lagi aku bagitau bini kau," ugutnya. Luth Zareef terus melepaskan lengan Lara yang sudah kemerahan. Wajahnya juga merah menahan amarah. Saat matanya menentang mata Shafiq,Lara cepat-cepat menyorok di belakang bahu Shafiq. Luth Zareef lantas berlalu pergi. Sebaik kereta lelaki itu berlalu,Shafiq memaling ke arah Lara.

"Kau kenapa lambat? Eihh.. ntah macam mana mamat tu boleh ada," marahnya. Shafiq ketawa. "Gelak pulak,eihh kau ni," bertubi-tubi memukul bahu Shafiq.
"Aduh,sakit lah sayang,"
"Sayang kepala hotak kau,nasib baik dia tak apa-apakan aku,kau kenapa lambat?" suaranya mula mengendur. Namun dia memandang cara pemakaian Shafiq,kemas lengkap berkot membuatkan hatinya mula mencair.
"Kau hensem-hensem ni nak pegi mana?"
Shafiq menekup mulutnya. "Oi,cik Lara Karlina,tak penat ke bertanya,aduhhhh.. " usiknya.

***************

Lara memandang lelaki ini atas ke bawah. Hmm.. boleh tahan kacak jugak dia ni. Shafiq meneruskan suapan demi suapan makanan tanpa menghiraukan pandangan mata wanita itu.

"Kenyang ke tengok aku je," sapanya saat melihat Lara asyik memandangnya lama. Lara tersedar. Tertunduk malu.

" Yang kau tu lapar sangat ke sampai makan tak toleh kiri kanan," dia menyindir pula. Lalu menjeling.

"Aah,lapar la tolong selamatkan orang tapi takde pun ucap terima kasih,thank you ke love you ke," selamba badak Shafiq membebel.

"ye lah,terima kasih selamatkan hamba yang buruk ni wahai tuan hamba yang kacak bergaya," ulahnya membuat Shafiq berdekah.

"Baru tahu ke?" uji Shafiq
"Tahu apa?" Lara kurang mengerti.
"Aku kacak?" jawab Shafiq bangga.
"Hmmmm.. ada yang minta makan pakai straw kejap lagi ni, hmm.. " jarinya sudah mula mahu memulakan serangan ketam. Saat cubitan itu mendarat di lengan Shafiq,Shafiq sudah meringis menahan pedih.

"Woi,sakit lah..aduhh gurau pun tak boleh errr.. "
Baru dia mahu bersuara. Seseorang menegurnya. Lara berpaling. Dia terus berdiri. Gugup. Lelaki sebelahnya di pandang. Apa ni bawak mak pulak. Mana aci. Getus hatinya. Aci kat india. Balas Shafiq sambil menjelir lidah.

"Puan Sri,err... terima kasih sudi dtg.. errr... maafkan saya tak perasan," ucapnya sambil tunduk hormat.

"Takpe Lara, panggil aunty je, tak yah berpuan sri bagai, tahniah ye pembukaan cafe baru," Ps Khadijah sekadar berbasa basi menghilangkan rasa gugup wanita itu. Lara tersenyum.

"Terima kasih Puan Sri,eh aunty.. jemput lah makan,Puan Sri dah makan eh aunty dah makan," jujur dia malu dan segan berdepan dengan ibu lelaki ini.

"Hah,gagap pulak,muka cantik tapi gagap,kesian.. " usikan Shafiq menambahkan kegeraman Lara. Nanti kau.

"Fiq,awak ni suka betul kacau anak dara orang,nanti dia merajuk baru tahu.

"Ala,gurau je ma,kan sayang kan," Lara menayangkan penumbuk di muka Shafiq.

"Nasib mak kau ada kalau tak pecah muka kau," bisiknya.

"Aunty berbual dulu la ye. Saya nak ke depan," dia lantas berlalu. Dadanya di pegang. Laju detak jantung. Lagi- lagi saat melihat wajah tampan Shafiq yang berpakaian formal. Mencair hatinya. Mommy,daddy i think im in love.

sorry lama tak update. komen please. happy reading guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience