BAB 1

Romance Completed 6341

Hidupku sejak 72 jam yang lalu bagai tak tentu arah. Bagai masih terngiang-ngiang suara rahan dari Ibu meminta ku melakukan satu perkara yang aku secara jujurnya masih belum bersedia. Bagaimana harus ku turutkan kata ibu bila mana aku terpaksa korbankan masa depan dan kebebasan ku ini.

“Ibu nak , balik nanti Iman kahwin.” Ayat yang aku tidak boleh lupakan semasa ibu telefon aku tiga hari lepas.Ibu mahu aku berkahwin dengan lelaki yang tidak aku kenal.

Walaupun zaman dah moden ibu masih berfikiran tipikal mahu mengaturkan perkahwinan aku. Babah tak bising pun suruh kahwin. Lagipun aku masih muda.

Ada ke orang lelaki nak kahwin dengan aku yang berbadan chubby. Dengan budak perempuan Maleyu kat sini pun aku kena kutuk. Nasib je orang-orang putih kat sini baik belaka. Mereka tidak kisah sama ada orang itu gemuk atau kurus. Tapi kurus tu kan satu bonus.

“Anne,macam mana ni. Ibu tak sudah-sudah ingatkan aku dengan perkahwinan tu.” Aku mengadu kepada Anne housemate merangkap kawan baik yang paling baik yang pernah aku kenali.

“Armel Imani! Kenapa you gelabah sangat ni. LOOK you just kahwin je okey.” Jawapan Anne lagi membuatkan aku tidak senang duduk.Dia ni bukan nak bagi buah fikiran yang terbaik dari otak geliga dia tu.

“Anne kau tahukan aku macam mana.” Air mata sudah bertakung di kelopak mataku.Perlahan-lahan aku memeluk Anne yang duduk berhadapan dengan aku.

“Imani, ibu you mesti cari lelaki yang boleh terima you. Mana ada ibu yang tidak mahu anaknya bahagia.”

Tapi I gemuk. Mana ada lelaki nak perempuan yang gemuk.” Ucapku. Tangan Anne tidak berhenti mengusap bahuku.

“Imani. You jangan cakap macam tu. Ini adalah takdir yang ditentukan oleh Tuhan untuk umatnya. Terima dengan hati yang terbuka. ” Tutur gadis yang berbangsa Irish ini.

Anne aku akan ikut cakap kau. Aku akan bersetuju dengan hal ni. Semoga kau bersemadi dengan tenang. Aku akan ingat kau kerana kaulah sahabat baik yang paling baik aku.

Aku melangkah keluar dari bilik Anne.

Anne telah pergi selama-lamanya meninggalkan aku dan seorang bayi lelaki yang baru berusia selama dua hari. Anne meninggal kerana mengalami komplikasi sewaktu hendak bersalin. Patutlah dia mahu aku menjaga anaknya kerana dia tahu dia akan pergi meninggalkan kami. Aku pun tidak menyangka dia akan pergi dalam keadaan begitu.

Seketika suara tangisan Ryan bergema didalam bilik. Segera aku melangkah menuju ke bilik Ryan. Perlahan aku pangku Ryan di ribaku. Mulutnya seolah olah mencari sesuatu.

“Alololo.. Mesti anak mama lapar ya.” Tutur ku kepada anak kecil tak berdosa itu. Aku mencium pipi Ryan sebelum menyingkap baju ke atas lalu menyusukannya.

Walaupun belum berkahwin tetapi tidak salah aku menyusukan seorang bayi yang dahagakan susu seorang ibu. Aku tak mahu Ryan membesar tanpa merasa susu daripada seorang ibu kerana susu ibu itu mempunyai banyak kelebihannya daripada susu formula.

Aku mengelus lembut pipi Ryan yang putih itu. Walaupun dia lahir tak berbapa namun aku akan sedaya upaya membesarkan dia dengan sebaiknya.

Setelah selesai menguruskan hal disini aku dan Ryan bertolak menuju ke aiport. Sempat aku bertegur dan mengucapkan selamat tinggal kepada jiranku Sarah. Gugur air mataku semasa meninggalkan rumah yang aku diami selama enam tahun. Pelbagai kenangan berada disitu.

Setelah berjaya menamatkan pelajaranku setahun yang lepas kini aku dan Ryan akan pulang ke Malaysia. Umur Ryan tahun ini genap setahun setahun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience