BAB 6

Romance Completed 6325

“Ha’ah. Tanah tu memang mereka punya. Dulu kamu tak ingat ka. Kamu selalu main dengan cucu tuan rumah tu. Budak tu la bakal suami mu.” Tok Wa pantas menekup mulut. Dia sudah terlanjur kata. Terlajak perahu boleh diundur tapi kalau dah terlajak kata payahlah.

Aku terkejut mendengar ayat terakhir Tok Wa. Biar betik..

“betul ke budak tu bakal suami Iman?”Aku guna loghat KL je sebab kalau aku cakap Ganu semua tak faham. Hakikatnya ko memang tak reti cakap Ganu, Cik Armel Imani oii.. Sebenarnya aku tak ingat pun pasal budak tu tapi untuk mengorek cerita dengan lebih dalam buat-buatlah ingat.

Nak tak nak Tok Wa pun berterus-terang kesemuanya. Ni amanat arwah Tok Ya. Bila nak dilangsungkan Tok Wa tak bagitahu.

Adess keadaan makin rumit. Pening pulak kepala fikirkan tentang hal ni.

Tiga hari kemudian, babah dengan ibu tiba. Mereka terus ke sini selepas turun di KLIA. Kesemua sanak saudara belah ibu turut pulang. Meriah sungguh keadaan dikampung. Suasana disini jauh lebih tenteram daripada bandar.

Tak sangka dah empat bulan aku kat Malaysia. Ryan pun macam dah boleh menerima keadaan disini berbanding dengan mula-mula dahulu.

Dari jauh aku hanya memandang sahaja adiku, Aimi. Semenjak pulang ke sini aku dan dia masih tak bertegur sapa.Haih, kenapalah hati adik aku ni keras sangat. Aku dah cuba nak berbaik dengan dia tapi dia masih macam aisburg.

Ye aku mengaku. Aku terleka dengan keadaan sekeliling sebelum aku menyedari Asya sedang berlari diatas jalan raya untuk mengejar kertas lukisannya yang berterbangan ditiup angin.

Cuaca petang itu agak mendung dan angin bertiup kencang kelihatan hujan bakal turun tidak lama lagi.Aku tidak sempat untuk mengejar dan menyelamatkan Asya sebelum dia dilanggar oleh sebuah van. Kejadian itu berlaku dihadapan aku.

Aku juga sempat mendengar jeritan Asya yang memanggil nama ibu dan babah sebelum dia meninggal di tempat kejadian. Sejak dari peristiwa itu Aimi menyalahkan aku kerana menyebabkan kembarnya meninggal.

Kerana peristiwa itu juga aku membawa diri aku ke Scotland secara sembunyi disebabkan aku diselubungi rasa sedih dan bersalah sehinggalah dua bulan aku di sana. Aku mempunyai keberanian untuk menghubungi ahli keluargaku.

“Hah! duk berangan apa?” Sergah kak Sakura merangkap my future sister in-law. Dia tersengih mempamer barisan gigi yang putih. Terhenti lamunan tahun-tahun lepas.

“ Hei, kak Sakura ni.Terkejut Iman tahu.” Aku memarahi kak Sakura. Perangai dia 2×5 je dengan along patut la boleh kamceng. Kak Sakura ni ramah dan periang orangnya.Kalau nak tahu, Kak Sakura mix korea dengan melayu. Mak dia korean manakala babah dia Malaysian. Diorang menetap dekat Seoul Cuma kak Sakura je menetap disini tinggal dengan neneknya.

“Akak tahu. Ni mesti pasal Aimi. Cerita la kenapa.” Desak kak sakura.

“Tak de lah akak. Iman Cuma fikir bila hubungan kami akan baik. Dah bertahun kami dingin.”Perasaan yang terbuku aku luahkan kepada kak sakura.

Pelbagai nasihat diberi oleh kak sakura kepada aku. Dia sudah terbiasa dengan kes sebegini kerana masalah ini meliputi juga kerjayanya sebagai pegawai psikologi.

“Iman sabar la.Pasti ada hikmah disebalik semua ni.” Pujuk Kak Sakura. Aku hanya menundukan kepala. Benar kata kak Sakura.

Hari ini Tok Wa mengadakan kenduri kesyukuran dan kenduri untuk arwah Tok Ya. Dan kerana itu ibu beria-ria menyuruh aku memakai baju yang dibelinya semasa menunaikan umrah. Tak nak menghampakan perasaan ibu aku turutkan juga.

Selesai memakai baju tersebut tiba-tiba aku ditarik oleh Kak Zia duduk di meja solek.Pantas saja tangan dia melakukan tugasnya sebagai jurumekap sehingga membuat aku terpingga-pingga. Tak sempat aku nak menghalang. Kenapa pulak aku kena bermake up bagai, ni kenduri kesyukuran dan arwah je pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience