“Siapa aku? Aku Erni, kekasih An.” Wajah mama dan papa berubah tidak percaya dengan omongan Erni.
“Kalau kau kekasih An kenapa pulak nak lempang isteri aku?” Sudah hilang awak saya. Tadi Haziq cakap baik-baik tak nak dengar.Sekarang rasakan.
“Kau nak tahu kenapa? Nah ambik ni. Dasar perempuan tak baik!” Sempat lagi dia melemparkan kata-kata nista. Sampul surat yang di berikan Erni segera Haziq capai. Berubah rianya setelah melihat gambar tersebut.
“Percayakan, isteri kau ada hubungan dengan An.” Erni ketawa jahat.
“Aku tak pernah ada hubungan dengan An!!” Aku menjerit. Kelibat An segera aku cari.Namun hampa An tiada di situ. Ibu babah dan semua yang melihat gambar itu seolah tidak percaya kepada aku. Satu persatu wajah mereka aku pandang.
“Jangan nak tipu la. Tu dalam tu siap pegang tangan lagi. Apa buktinya??”
“Engkau jangan nak fitnah aku sebarangan. Abang jangan percaya cakap dia ni. Maklumat tu palsu.” Tutur ku bersama linangan air mata. Haziq hanya menunduk. Kenapa begitu mudah hilangnya kepercayaan mereka terhadap aku..
“Mama..” Jeritan Ryan menyentak perasaan aku. Wajah itu aku cari. Segera aku peluk Ryan yang sedang berlari. Di belakangnya An sedang memegang Ais krim.
“ Iman kenapa awak nangis?” Ini semua sebab awaklah An. Namun aku hanya mampu jerit dalam hati.
“An, awak kena ikut saya. Tolong jelaskan kepada mereka kita tidak ada apa-apa hubungan!” Pinta ku kepadanya.
An menuruti langkah kakiku. Dia tercengang apabila melihat semua mata memandang ke arah mereka berdua. Seram pun ada. Namun matanya tercancap kepada Erni.
“An, explain kepada kami semua apa sebenarnya semua ni.” Papa meluahkan amarahnya. Terkedu An seketika apabila melihat gambar yang berterabur di atas lantai.Tahulah dia apa yang sebenarnya berlku.
“yes, An mengaku waktu tu An pegang tangan Iman. Tapi itu tak sengaja.” Mulanya tadi aku pun nak naik angin tapi nasib baik dia bagi tahu yang sebenar.
“Apa yang berlaku An?” Sayu sahaja suara mama. Luluh hatinya tadi mengetahui anaknya melakukan perkara tidak senonoh.
“Sebenarnya waktu tu An paksa Iman beritahu hal yang sebenar.”
“Hal apa maksud kau tu!” Terjah haziq, panas dengan adiknya itu.
“Anne!An tanya pasal Anne.” Jerit An. An mula menangis. Sebak aku tengok keadaan dia.
“Betul mama. An jumpa Iman untuk tahu pasal Anne. Bila Iman bagitahu Anne dah meninggal, An terus larikan diri.”Aku cuba memberitahu hal yang sebenar. Aku ambil peluang ini untuk mengetahui siapa sebenarnya An.
“ An, soalan saya dulu awak masih tidak menjawabnya? Anne tu siapa pada awak?” An memandang aku. Nampaknya inilah masa untuk dia berterus terang.
“Mama, papa. An minta maaf sebab tidak mengutamakan mama dan papa. Sebenarnya, Anne atau Aneesa Zahra adalah isteri An.” Semua yang mendengar tercenggang.Sudah ku agak dia mesti ada hubungan dengan Anne tapi tak sangka sejauh itu.
“ An dengan Anne kahwin masa dekat Aberdeen dulu. Kami nikah senyap sebab abang Anne menentang agama Islam.”
“sampai hati kamu tak bagi tahu kami, An.” Ucap mama dalam keadaan sebak.
“An takut mama dan papa tak boleh terima wanita yang berbangsa Irish itu, kerana perbezaan agama dahulu.Namun, Anne memilih untuk memeluk agama islam setelah dia menyedari betapa indahnya islam itu.”
Share this novel