BAB 13

Romance Completed 6325

“Dah tak awal tu. Kita nak menjalankan misi yang tertunda. ” Oh. Baru aku faham niatnya. Blushing pipi aku.Muka aku sorok didadanya.Terdengar suamiku itu tertawa kecil dengan gelagat ku.

Perlahan aku diletakkan di birai katil. Aku memandang sekeliling sehingga mataku tercancap pada gambar akad nikah yang dibesarkan dan digantung berhadapan katil.. Sekali lagi air mata ku tumpah. Lelaki ini benar-benar menyentuh qalbu ku..

Tangannya membuka tudung yang aku pakai.Terurai rambut panjangku yang beralun yang diikat tocang satu. “Sayang nampak comel.Macam budak sekolah.” Dia memuji.

Tulus dia mengucup dahiku.kemudian beralih kepada kening, hidung,kedua belah pipi dan akhirnya bibir kami bertaut kemas.Aku membalas rangkulan yang dirasakan semakin erat.

“Izinkan abang” Aku mengangguk. Aku memang miliknya selepas babah melepaskan aku kepada dirinya.

“Abang,bimbinglah Iman sampai Jannah.”

“Insya allah sayang,kita jaga masjid kita until Jannah.” Selepas itu dia membaca sepotong doa.Bersama berlayar dalam keindahan dalam hubungan yang halal.Moga aku boleh menjadi isteri yang baik buat dirinya.

“Sayang tengahari ni,kita bertolak pulang Terengganu okey. Tok Wa dah rindu cucu dan cicit dia.” Tutur Haziq sambil memeluk dari arah belakang. Sesekali dia memberi ciuman di pipiku. Aku terasa seakan leherku dikucup olehnya. Mood romantik nampaknya masih belum habis.

“Abang, Iman tengah suap Ryan makan nestum ni. Janganlah ganggu.” Aku menolak tangannya yang merayap diatas tanganku.

“Ala, nak manja-manja pun tak boleh. Mama ni suka buat papa macam ni kan Ryan.” Dia menjuihkan bibir seolah macam budak tak cukup seringgit yang sedang merajuk. Ryan yang tidak faham apa-apa itu pun turut ketawa terkekek.

“Nak manja sangat, nah.Sedap tak sayang.. Muah..” Aku suap mulutnya dengan nestum seraya mencium pipinya. Merah wajahnya menahan..

“Sedap la sayang..Sedap yang kena kiss tu. Nak lagi boleh?” Tercengang aku.

“Tak boleh. Kiss seperti itu bila dalam keadaan tertentu okey.” Aku cemberut lantas bangun meninggalkan dia bersama Ryan. Memang indah bila terasa diri disayangi. Sesuatu yang luar biasa ada Anak segera dan suami segera. Tapi mereka inilah yang bakal menceriakan hari yang bakal mendatang.

“Ibu,Iman minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Iman buat keputusan terburu-buru dengan larikan diri. Iman betul-betul rasa bersalah.” Untuk kesekian kali menitis air mataku apabila melihat Ibu berdiam diri. Ahli keluargaku yang lain sudah memaafkan perbuatan ku melainkan ibu.

“Dah habis? Boleh ibu cakap .” Luah ibu. Aku terus terdiam.Reaksinya dari tadi begitu serius seolah aku ini tidak akan dimaafkannya.

“Ibu marah sangat dengan Iman! Sanggup Iman tinggalkan kami sekali lagi. Cukuplah dulu Iman pergi disebabkan rasa bersalah. Kali ni ibu akan ikut cakap Iman meskipun Iman nak bercerai, ibu tak kan bantah.” Kata-kata ibu itu membuat aku terpana. Bercerai! Setelah apa yang berlaku aku disuruhnya bercerai. Sesungguhnya aku sudah mula menyayangi suami ku itu.

“Apa yang ibu cakap ni? Bercerai! Ibu selama Iman larikan diri, Iman cuba muhasabah dan boleh menerima apa yang berlaku bahkan Iman sudah mula menerima Haziq Zafran dalam hidup Iman dan Ryan. Sekarang ni Iman nak ucapkan terima kasih atas apa yang telah ibu buat terhadap Iman. ” Ucapku tulus. Mataku sempat bertembung dengan mata Haziq yang ternyata menunjukkan rasa bahagia atas apa yang aku luahkan tadi.

Ibu mendakap tubuhku yang sedari tadi melutut dihadapannya. Dahiku dikucup lembut.Terima kasih ya Allah kerana tidak membiar aku menjadi anak yang menderhaka.

Buat masa ini aku mahu menghabiskan masa bersama keluargaku sebelum kembali bertugas selepas empat hari. Cuti ini memang aku pohon kerana aku mahu menghabiskan masa bersama Ryan namun sebaliknya yang terjadi. Kami sekeluarga pergi bercuti di Pulau Tioman. Rupa-rupanya percutian ini dirancang oleh suamiku tanpa aku ketahui. Gembira aku rasa apabila ada yang melindungi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience