BAB 7

Romance Completed 6341

Sementara keadaan diluar sibuk dengan rombongan dari pihak lelaki. Mereka saling berbalas pantun kerana mengikut adat melayu la katakan. Iman tidak tahu bahawa harini dia akan ditunangkan dan terus dinikahkan. Ini semua dirancang oleh Puan Sri Mariam dan Datuk Sri Arifuddin secara senyap-senyap.

Aku menatap penampilan aku dalam cermin. Apasal rasa berdebar ni? Kenapa aku rasa macam ada something yang tak kena. Dah macam orang nak menikah aje pakai baju putih ni.Malunya nak keluar kalau macam ni. Tak keterlaluan ke pakaian aku.

‘Betul ke dengan apa yang aku buat ni.. Bila lagi aku nak ikat dia.’ Monolog Haziq Zafran. Tok kadi juga sudah sampai untuk memulakan acara.

Ibu memanggil aku keluar dari bilik. Saat kaki aku melangkah ruang tamu aku tersangat terkejut melihat keadaan itu. Aku didudukkan oleh ibu diatas tilam khas.

Sepantas kilat,belum sempat aku menganalisis apa yang berlaku aku sudah sah menjadi isteri kepada lelaki yang membelakangi aku.

Dalam keadaan sekarang aku betul-betul kaget.Kenapa macam ni???

Ibu pula tiba-tiba mencium pipi aku. Dalam keadaan yang bingung datang pula seorang perempuan memeluk aku berkata “Imani jaga Zafran baik-baik ya.”

Dah sudah siapa pula Zafran?? Nak kata kawan aku memang aku tak ada kawan nama Zafran..

Sedang aku berfikir siapa Zafran,seseorang yang memakai baju melayu cekak musang yang berwarna sedondon dengan aku duduk berlutut dihadapan aku.

Ibu menolak tangan kanan milik aku untuk disarungkan cincin. Aku memang terdiam habis. Selepas tu disuruhnya pulak aku cium tangan si dia di hadapan aku ni. Nak atau tak aku buat juga sebab waktu tu semua mata sedang difokuskan kepada aku.

Kemuncaknya apabila si dia mengucup dahi dan waktu tu jugak orang yang hadir bertepuk tangan. Dah kenapa diorang tu.. Ingat tengah tengok Tv apa part romeo dan juliet bersatu tetapi hakikatnya mereka mati!!

‘ya Allah. Kenapa kenduri arwah jadi kenduri kahwin pula.’Aku tidak puas hati. Sampai hati ibu buat aku macam ni.

Selesai je majlis tu, aku terus mencari along. Aku peluk along sambil menangis.. Hanya along sahaja memahami aku.

“Along. Kenapa ibu buat Iman macam ni..Iman anak kandung ibu bukan anak angkat.” Aku mengadu kepada along. Air mataku percuma saja turun tak perlu dibayar.

“Iman percaya cakap along, mesti ada sebab ibu buat macam tu.” Along mengosok lembut kepala ku.

“Along back up ibu ke?” Aku bertanya dengan suara yang serak.

“Hey, mana ada along back up siapa-siapa tapi cuba think positive boleh tak??” Nasihat along. Tapi aku still x puas hati dengan sikap ibu yang suka buat perkara tanpa persetujuan aku..

“Tengoklah macam mana.” Aku terus blah dari belakang. Kali ni ibu memang dah keterlaluan. Menyesal balik Malaysia..

“Ryan tolong mama eh? Ryan jangan bising tau kalau tak semua orang dengar habis plan mama.” Tuturku perlahan kepada Ryan yang sedang berkelip-kelip matanya memandang aku.

Hemm, malam ni aku akan jadi catwomen. Nasib baiklah Mr. TDK (tidak dikenali) tu tidak bermalam disini kalau tak masak aku. Di sebabkan itu, kesempatan yang ada ni aku raih sebelum terlambat.

Dengan berhati-hati aku melangkah ke pintu belakang sambil mengendong Ryan.Fuhh lega tak de yang terbangun atau saja-saja nak bangun. Keadaan kat luar malam-malam sunyi juga. Memang lah sunyi dah pukul 1.00 pagi cik kak oi.

Sampai dekat simpang depan tu sebuah teksi milik Hadi telah menunggu aku.Persiapan ni semua aku sudah buat dengan mantap. Nasib je,aku terjumpa Hadi merangkap adik sepupu aku dua hari lepas dan sempat la juga berbual tentang pekerjaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience