BAB 2

Romance Completed 6341

Aku tidak tahu apakah reaksi keluargaku nanti apabila mereka melihat Ryan. Aku tidak pernah menceritakan soal Ryan kepada mereka.

Tambahan pula hubungan aku dengan adik perempuanku tidak begitu baik setelah kematian adikku yang keempat. Dia menyalahkan aku di atas kematian Asya.

Tepat jam 9.00 pagi pesawat yang kami naiki mendarat di lapangan terbang KLIA. Kepulangan ku tidak diceritakan kepada sesiapa.

Sedang aku menolak troli sambil mendukung Ryan ,tiba-tiba troli aku dilanggar dari tepi dan aku hampir terjatuh, mata aku pejam dengan kejap kerana takut. Aku memeluk Ryan sekemas yang mungkin.

Kenapa lambat sangat pergerakan jatuh aku dan mengapa aku rasa ada tangan asing di pinggangku. Tangan asing!!

Cepat-cepat aku membuka mata yang dipejam. Aku menoleh dan pandangan aku bertaut dengan pandangan orang yang sesuka hati memeluk pinggang anak dara orang.

Ketika itu waktu seolah berhenti untuk memberi ruang kepada aku dan si dia. Aku tidak peduli dengan orang di sekeliling.

Renggekkan daripada Ryan menyedarkan aku dengan pantas aku menolak tangan si dia. Dia turut terkejut dengan apa yang berlaku.

‘Astarfirullahalazim. ‘ Ucap hati Haziq Zafran. Apa yang aku dah buat tadi. Niat aku hanya nak menyelamatkan dia dan anak dia daripada terjatuh. Tapi aku pulak seolah terjatuh sekali.

Kepala digelengkan dua tiga kali.

“Maaflah tadi saya peluk awak. Niat saya nak selamatkan awak.” Jelas Haziq Zafran sambil tangannya ligat mengaru kepala.

“Eh. Tak pe. Terima kasih selamatkan saya tadi. Kalau tak tak tahu lah apa jadi tadi.” Ucapku kepada si dia.Tak salah aku memaafkan dia lagipun itu tindakan spontan.

Senyuman yang di berikan aku balas dengan senyuman. Aku meminta diri kerana aku tidak mahu lambat tiba ke rumah.

Ryan juga masih tak biasa dengan cuaca di sini kerana di sana pada waktu ini adalah musim sejuk. Kanak-kanak sekecil Ryan apabila bertukar cuaca mereka akan cepat demam kerana tidak biasa dengan perubahan tersebut.

Usai membayar tambang teksi. Aku menekan loceng rumah sebanyak dua kali namun pintu pagar tetap begitu. Masuk kali ketiga aku menekan baru pagar tinggi itu terbuka.

Kenapalah babah pasang pagar mahal-mahal kalau nak bukanya malas. Bukan nye susah Cuma tekan butang. Ada baiknya pasang pagar biasa. Buka sendiri, manual kan senang tak payah nak berpanas lama-lama dekat luar.

Aku menarik bagasi menuju ke pintu rumah. Nasib beg ni ada roda kalau tak, dah lama aku biar kat pintu pagar. Tak kuasa aku nak tarik sambil dukung Ryan. Kalau nak ambik pun mungkin dua tiga jam lagi tak pun esok pagi.

Hey melampaunya kau ni Imani. Sebab beg aje nak merunggut.

Ala aku acah je. Kalau aku tinggalkan, ada orang lain yang ambik beg tu, tambah bila Auntie Siu lalu. Cornfirm di rembatnya beg aku tu.

Auntie Siu seorang wanita berbangsa Tiongha. Berumur dalam 50 an. Seorang yang sangat peramah. Satu sikap yang orang lain tak kan buat ialah Auntie Siu ni akan mengambil barang yang orang letak dekat luar rumah. Senang cerita sampahla atau barang yang tidak dipakai.

Setiap hari, waktu pagi confirm dia dengan basikal tua dia akan lalu dekat kawasan perumahan disini. Nak kata auntie Siu ni miskin tak juga, rumah dia teres dua tingkat lagi.Anak dia seorang study overseas dan seorang lagi bekerja di pelantar mintyak sebagai jurutera. So apa yang susah tak tahu le..

“Assalamualaikum.” Salam aku beri untuk menghormati tuan rumah. Lagipun memberi salam itu sunat manakala menjawab salam itu wajib.

Salam ku dijawab oleh Kak Seri maid yang diupah oleh ibu untuk mengemas dan mencuci.Ketika aku mahu masuk Kak Seri halang aku tak cukup tangan dengan kaki pun jadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience