BAB 23

Romance Completed 6325

“Tapi kenapa awak tinggalkan Anne. Menderita dia dulu.” Aku sedkit menjerit. Kesian kau Anne.

“Bukan saya tinggal tapi saya terpaksa. Malam tu abang datang dan bawa saya menuju ke suatu tempat. Dlam keadaan yang tidak stabil kerana waktu itu Ronnie mabuk kenderaan kami naiki kemalangan. Ronnie mati dalam nahas tersebut manakala saya cedera parah. Bila saya sedar, saya memang tak ingat apa yang berlaku.Saya hanya ingat keluarga saya disebabkan itu saya ikut mama dan papa pulang Malaysia.”

“Macam mana pulak awak boleh teringat pada Anne sedangkan waktu itu awak hilang ingatan?”Aku memang tak puas hati..

“Entah kenapa walaupun saya gembira disini tapi jiwa saya rasa macam kehilangan sesuatu. Sampailah saya selamatkan Erni daripada kena rogol. Pada masa yang sama saya teringat bahawa saya pernah menyelamatkan seorang wanita daripada di perkosa oleh lelaki mabuk dan dia adalah Anne.” An menyeka air matanya. Dia bukanlah cengeng tapi sekarang melibatkan isterinya yang telah meninggal dunia.

“ Apabila saya mula ingat tentang Anne. Saya kembali ke Aberdeen namun dia tak de. Seorang daripada teman kita pun tak tahu mana Anne menghilang sampailah awak tegur saya dekat pasar raya dulu. Bila awak tanya pasal Anne.” Sebak aku dengar ceritanya.Anne terlalu berahsia dengan ku.

“Awak memang lelaki yang setia begitu jugak dengan Anne walaupun saat dia menghembuskan nafas terakhir didalam hatinya hanya ada awak.” Tuturku ikhlas.

“An, Anne ada tinggalkan permata yang berharga untuk awak.” An mendongak memandang wajah ku.

“Ryan adalah anak kandung awak. Ryan Firdaus berbinkan Muhd Farhan. Maaf selama ni saya cuba tarik tali dengan awak.” Saat kenyataan itu terbongkar, An terus memeluk Ryan. Aku nampak Anne didalam mata An. Kini barulah aku boleh menarik nafas dengan tenang selepas menyelesakan masaah yang begitu rumit. Mama dan papa sejak awal memang sudah menerima kehadiran Ryan tetapi sebagai anakku. Tapi kini kehadiran Ryan memang bermakna kerana Ryan merupakan zuriat An yakni cucu kandung mereka.

Selepas menyusukan keempat-empat bayi ku segera aku masuk ke dalam bilik. Aku nak mandi bersihkan diri. Otak aku memang penat dengan apa yang berlaku hari ni. Tuala aku ambil dan berlalu ke dalam bilik air.

Haziq memulas tombol pintu bilik. Puas dia mencari isterinya tadi. Dia tahu dia bersalah kerana serkap jarang. Di jenguk ke kamar anak-anaknya namun tiada di situ.Dia berlalu ke bilik mereka. Apabila pintu di buka dia melihat isterinya berdiri dihadapan almari.

Perlahan tanngannya melingkari pinggangku. Mulanya aku terkejut namun haruman BOSS itu membuatkan aku enggan berpaling. Meremang juga bulu romaku apabila keadaan bisu dan dia mula mengucup leherku satu persatu.

Aku hanya mendiamkan diri.

“Sayang abang minta maaf sebab tidak dengar penjelasan sayan. Abang tak pernah bagi peluang untuk Iman jelaskan. Maafkan abang.” Beritahunya. Air mata mula bergenang.

“Sampai hati buat Iman macam ni. Abang tahu tak betapa terseksanya Iman bila abang buat tak endah dengan Iman.” Air mata yang mengalir semakin lebat namun dengan pantas jari kasar miliknya menyeka air mata ku.

“Shuss.. Abang tahu abang salah tapi abang sayangkan Iman. I’m truly love you, Iman.” Kata-katanya membuatkan aku terharu.Macam mana nak merajuk lama-lama kalau lelaki ini bermulut manis.

“Iman dah lama maafkan abang. Iman tak nak hilang abang. You’re are my khalifah and only the man that I love. Abang,I Love you till Jannah.” Pipinya aku kucup. Dan seperti biasa badannya akan menjadi kaku.Aku memeluk tubuhnya.

“Lain kali biar abang yang kiss Iman.” Tuturnya sambil mengucup lembut kepala ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience