BAB 16

Romance Completed 6325

“hehe. Tak pe.” Erni gelak kecil. Gambar yang dia ambil tadi akan di poskan kepada keluarga lelaki itu. Bukan dia tidak tahu bahawa mengenai latar belakang An. Semuanya ada dalam poket hatinya. Dia sudah selidik maklumat lelaki itu dengan mengupah penyiasat persendirian

“Abang dah balik.” Aku melangkah ingin mendapatkan my dearly husband. Tangan ku sua untuk menyalam namun disambut acuh tak acuh oleh Haziq Zafran. Ciuman pulang kerja pun tiada.Selalu kalau pulang kerja mesti dahiku,pipi serta bibir akan menjadi mangsa ciumannya.

‘ Kenapa pelik sangat suami aku hari ni. Sibuk kut.’ Aku menyedapkan hati ku yang mula rasa tak menetu itu.

“Abang na..” belum sempat pun aku mengajak dia makan ,pintu bilik ditutup kasar. Tahu lah aku ada yang tak kena dengan dia. Hampir aja kolam mataku dipenuhi air namun sempat aku halang.

Lauk di atas meja di pandang sepi. Sudah sejam aku menunggu suamiku untuk makan bersama. Tanpa berlengah kerana tahap kebosanan sudah melebihi aku bangun menuju ke bilik.

Aku pandang katil kosong. Seketika aku persaan pintu balkoni tidak bertutup.

“Abang!” Aku terjah. Saja nak buat dia terkejut namun hampeh sikit pun tak dipandangnya aku.

“Abang kenapa? Iman ada buat salah ke?” Tuturku sambil perlahan aku memeluk tubuhnya yang tinggi dari belakang.Sungguh aku rindukan kemesraan lelaki itu. Hari ni sepatah pun tidak dia bercakap denganku keran pagi tadi dia keluar awal kerana ada kecemasan.

“Huh..” Aku dengar akan keluhannya itu.

“Tak de apa-apalah Iman. Abang letih banyak kerja so abang nak tidur.”Jawapannya itu sedikit menguriskan hati ku.

Lantas aku berlalu. Bilik Ryan aku tuju. Malam ni aku nak tidur dengan Ryan. Aku merajuk. Sampai hati abang buat aku macam ni.

“Iman maafkan abang.Tapi masalah ni berpunca dari Iman. ” Tutur Haziq perlahan. Memang dia membiarkan wanita kesayangannya itu pergi.Tapi sedikit sebanyak perasaan rindunya tidak dapat di tahan lantas dia menuju ke bilik Ryan.

Perlahan pintu di tolak. Kelihatan isterinya itu sudah tidur sambil memeluk Ryan.Di pandang lama tubuh yang membelakanginya itu. Sungguh cintanya buat wanita itu tidak pernah terpadam dari dulu lagi.Haziq mengucup lembut pipi isterinya dan juga puteranya itu.

Hampir seminggu kes itu berlanjutan kerana selepas kejadian itu Haziq pergi outstation di Sandakan. Aku sendiri tidak tahu puncanya. Aku sms dia tidak reply. Aku telefon memang lah berangkat tetapi Haziq diam seolah tidak mahu bercakap dengannya.

Aku benar-benar buntu. Selama seminggu dia pergi aku cuba meniti kesalahan diri tapi satu pun aku tidak tahu kesalahan aku.

‘Ya Allah engkau bantulah hamba mu dalam menghadapi dugaan. Sesungguhnya aku mencintai dia selepas aku mencintai mu.Engkau tabahkan hati aku dalam mengharungi liku-liku rumahtangga.’ Amin. Aku melorotkan telekung ku dengan segera apabila terasa loya tiba-tiba. Segera aku berlari menuju ke tandas. Berkali aku melakukan perkara yang sama. Berdebar-debar rasa di dada ku. Kepala ku juga terasa seakan berpusing.

Badan ku mula letih kerana terlalu banyak isi yang di keluarkan. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku.Serasa aku tadi aku hanya makan Mee Racun yang di bawa oleh Suriati. Tak kan lah pulak dalam tu memang ada racun.

Astarfirullahalazim. Mengarut. Mee Racun tu Cuma nama makanan je, yang sebetulnya dia hanya mee yang ada kuah berwarna hitam yang amat popular di Melaka.

Aku merebahkan diri di atas katil. Bantal yang selalu digunakan oleh Haziq aku cium seraya memeluknya sehinggalah aku terlena.

Suara tangisan dan jeritan Ryan membuatkan aku sedar. Segera aku bangun mencari anak kecil itu. Namun langkah aku termati apabila melihat seorang lelaki bertopeng sedang menggeledah ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience