BAB 10

Romance Completed 6325

“Ma..Ma..”perkatan itu membuat aku tersenyum. Sejak semalam lagi Ryan cuba mengungkapkan perkataan itu. Tersengih anak itu memandang aku. Jari telunjuku digengam oleh jari kecil miliknya. Dia cuba hendak berdiri.Sebenarnya dia dah boleh berjalan tapi Cuma nak mengada-gada dengan ku.

“Ryan tunggu kejap ye mama pergi buat susu untuk sayang.”Sekilas ciuman aku beri kepada Ryan.Air yang panas perlahan aku tuang ke dalam botol.

“Comelnya dia..” Tiba-tiba aku mendengar suara asing didalam kondo ku. AKu menuju ke ruang tamu. Terkesima aku melihat lelaki itu mendukung Ryan. Siapa dia? Sesuka hatinya sahaja mengendong Ryan.

“Awak siapa? Macam mana awak masuk sini?” Lelaki itu juga kelihatan terkejut apabila aku menyergahnya. Pandangnya diangkat melihat aku.Seketika dia juga terkesima.Aik, dah kenapa?

“Pa..pa..” Suara Ryan yang memanggil dia papa benar-benar membuat aku terkejut. Mungkin ke anak kecil itu mengenali lelaki dihadapan aku ni.

“Maaf.Tadi saya nampak baby ni keluar dari rumah. Nasib sahaja baru sekerat dia berjalan.” Tutur lelaki itu.

Setahu aku tadi lepas keluar aku.. Hah aku tutup pintu tak rapat sebab nak keluar siram pokok bunga dihadapan.

“Oh maaf,salah sangka dengan awak.Tadi tu silap saya.” Berona merah wajahku. Ryan diberi kepada ku.

“Ryan sekarang dah pandai ye.Mentang-mentang dah dapat kaki. Jalan je..” Pipi Ryan aku cubit lembut.

“Haziq..Haziq..Mana kau ni.Suruh tunggu kejap dah lesap.” Laung satu suara diluar berhampiran rumahku. Lelaki dihadapan ku menoleh.Dia berjalan keluar.Langkahnya aku turuti. Mungkin ke mereka ni jiran yang Prasad cakap tu.

“An,sorry la.Aku tolong jiran kita tadi.” Tutur lelaki yang menemui Ryan atau namanya Haziq.

Aku memandang lelaki yang dipanggil An itu. Lelaki di pasaraya!

Dia melarikan pandangannya. Mungkin tahu aku mengenalinya. Seketika masing-masing terdiam.

‘Dia kenal An?’ Soal kata hati Haziq. Haziq memandang mereka berdua.

“Em. Jom kita berkenalan. Saya Haziq dan ini An. Awak?” Tanya haziq kepada aku.Orang bertanya takkan nak senyap pula bagilah respond.

“Panggil je saya Im. Si kecil, Ryan Firdaus. Selamat berkenalan.” Nak salam, maaf lah bukan mahram.

“Im,kami nak keluar makan nak join?” Haziq bagai mengharap aku turut serta. Pandangannya seolah-olah menyatakan sesuatu. Tapi aku tak faham..

Aku mengeleng. “Sorry,saya malas nak keluar. Lagipun Ryan perlu menyusu. Maaf sekali lagi. Mungkin lain kali.”

Sejahil-jahil aku,aku masih isteri orang. Aku tahu hukumnya buat aku. Jadi aku perlu mengelak biarpun aku tak sempat mengenali suami aku.

Bermula dari itu perhubungan mereka semakin rapat. Haziq selalu bermain dengan Ryan jika ada masa terluang. Kadangkala kami pergi berkelah di pantai bersama-sama Prasad dan Parimala. Lagaknya macam sebuah keluarga yang happening. Ryan juga kelihatan agak rapat dengan lelaki itu sehingga dia memanggil Haziq, Papa.

Soal lelaki bernama An? Lelaki itu terlalu misteri untuk aku mengenali siapa sebenarnya dia. Nak risik daripada Haziq nanti bocor pulak rahsia. Jalan selamat ialah tunggu aku berjumpa dengan dia lagi.

Hari itu, Haziq nekad untuk berterus-terang sementelahan dia sudah mula cinta dengan wanita yang seringkali mencuit hatinya. Dah hampir 2 bulan dia menahan rasa. Dia telah mengatur rancangan untuk pergi berjoging sambil beriadah bersama pada petang itu.

Setelah mengabiskan dua pusingan di tasik itu, Haziq duduk bersebelahan Iman dikerusi batu. Nafasnya masih lagi tercunggap-cunggap.Aku hanya mampu membuat satu pusingan. Tu la malas lagi excersice dah tak larat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience