BAB 5

Romance Completed 6325

“Along betul ke Iman dah bertunang sejak kecik?Aigoo wea…” Aku merunggut dalam bahasa Korea di depan orang yang fanatik dengan Korea sampaikan dia punya girl orang sana. Geleng kepala je kedua orang tuaku.

Anggukan dari along menambahkan lagi kekusutan. Aku tahu along tidak main-main dalam hal begini. Nampaknya, nanti aku kena tanya ibu sendiri tentang status aku.

Usai sembahyang subuh, aku mempersiapkan segala barang untuk diletakkan di dalam kereta. Ryan aku mandikan supaya nanti tak adalah kelam kabut.

Ibu dan babah tak dapat join sebab diorang tengah buat umrah dekat Tanah Suci Kota Makkah.

Aimi pulak. Dah sebulan aku balik tapi aku tak lagi nampak batang hidung dia. Ibu kata dia sibuk dengan assignment.

Rancangan along memang tak boleh pakai. Ada ke dah last minute baru bagi tahu nak balik kampung Tok Wa dekat Terengganu.

Dah tu boleh dibantai lagi nak bawak Kak Sakura Alia dia punya tunang. Aku tak kisah along nak bawak siapa at least bagi la tahu awal-awal.

Perjalanan dari Putrajaya ke Terengganu memang agak lama. Along pun dah sampai naik lenguh tengkuk dia.

Akhirnya along buat keputusan untuk berehat dulu di R&R. Dari tadi lagi aku dan Kak Sakura menyuruh along berhenti dimana-mana R&R, tapi along tu degil nak jugak tunjuk macho dia depan kak Sakura sampai tengkuk dah cramp baru nak berhenti.

“Lepas ni biar Iman pulak yang bawak. Lagi pun dah tak jauh.” Tuturku kepada along.

Apa jegil-jegil. Cucuk biji mata tu baru tak boleh bawak kereta sampai bila-bila. Kesian Kak Sakura dapat suami Mr.Blind.

Selesai mengerjakan solat bersama kak Sakura aku menolak stroller Ryan menuju ke medan selera. Dari jauh aku nampak along berbual dengan seseorang tapi aku tak nampak siapa orang itu sebab dia duduk membelakangi aku.Baru saja nak mendekati mereka orang tersebut telah pergi. Tapi dari susuk tubuh lelaki itu macam aku pernah lihat.

Selesai hal di R&R, Kereta honda city milik along aku pandu dengan selamat. Haha..Dapat jugak aku bawak kereta along.Semua berkat desakan dari kak Sakura. Tq kak… Ryan pula seketika sahaja along pegang lepastu diserahkan kepada kak Sakura.

Ceh siap suruh lagi Kak Sakura jaga Ryan katanya nanti dah anak sendiri senang.. Geli pembuluh darah aku dengan statement along. Merah muka kak Sakura, dia hanya menundukan muka memandang Ryan. Nak pandang along belum sah lagi, so Ryan pun jadi lah.

Aku memberi signal sebelum membelok ke sebuah lorong kecil. Sampai juga kami dirumah Tok Wa di Kuala Terengganu. Aku mengeliat kecil sebelum membuka pintu. Lengguh jugak pinggang..Kalau siapa yang tak biasa bawak kereta jauh boleh kena car lag bukan jet lag.

Dari jauh aku sudah nampak Tok Wa di pangkin bawah pokok pelam. Hish Tok Wa ni ,malam-malam pun boleh dia duk bersantai sorang-sorang dekat situ.

Along memberi salam seraya mengucup tangan tua milik Tok Wa. Dah tua rupanya nenek aku ni.Memang lah semakin tua takkan semakin memuda..

Aku mengajak Tok Wa masuk ke dalam rumah kerana hari semakin lewat tambahan pula budak kecil tak elok malam-malam duduk dekat luar.Penyakit nyanyuk Tok Wa semakin teruk pada penglihatan aku. Boleh dia kata sekarang subuh. Aku pulak di katanya kak Seri. Kak sakura dan along ketawa bila Tok Wa cakap macam tu. Macam-macam la nenek aku sorang ni.

Sewaktu aku sedang menyidai kain di ampaian tepi rumah ,baru aku perasaan rumah sebelah dah ada orang duduk. Kawasan persekitaran pun dah lain, kelihatan lebih luas dan kemas.

Dulu rumah tu usang,semak samun entah-entah ular pun ada buat sarang. Seriau jugak aku tengok. Pernah ada juga yang cerita sebenarnya rumah tu ada yang menunggu..

“Tok,rumah sebelah dah ada orang duduk ke?” Aku mengambil tempat disebelah Tok Wa yang duduk atas beranda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience