BAB 19

Romance Completed 6325

Haziq mengucap syukur apabila anak-anaknya selamat dilahirkan. Sangkanya hanya dua rupanya empat. Tiga puteri dan seorang putera. Isterinya juga stabil walaupun berlaku sedikit komplikasi ketika pembedahan.

Semua anak-anaknya sudah diazan dan di iqamatkan. Papa, mama, babah dan ibu serta saudara yang lain tidak berhenti mengucapkan tahniah dan ada yang mengatakan ia suatu keajaiban.

Ryan juga tidak ketinggalan gembira melihat adik-adik barunya. Haziq tidak akan menetapkan nama untuk mereka selagi isterinya belum sedar. Dia tetap akan sabar menunggu, firasatnya mengatakan sebegitu.

Hari itu Haziq tidak sempat untuk menjaga Iman waktu pagi kerana ada mesyuarat tergempar yang memerlukan kehadirannya.

Perlahan-lahan mata di buka. Tekak aku haus namun tidak berdaya untuk memanggil hatta mengangkat tangan sekalipun. Mata ku kembali terpejam setelah tidak berdaya menunggu.

“Sayang abang datang ni. Abang bawak bunga kesukaan sayang. ” Seketika Haziq menuju ke bilik air untuk membersihkan tangan.

Aku membuka mata perlahan. Tercancap bunga daisy putih terletak di meja yang berada di hadapan ku.

“Ab..a..bang.”Panggil ku perlahan. Haziq yang baru keluar dari tandas itu terkedu melihat isterinya sudah sedar.Menitis air matanya. Dengan pantas segera dia memeluk Iman.

“Abang.. Iman Haus.. Nak minum..” Ceh ayat cliche macam dalam drama sedar je nak air. Tapi itu memang hakikatnya apabila terlalu lama tidak menyedarkan diri, mulut akan menjadi kering dan haus.

“Ya. Abang ambilkan.” Haziq mengambil air kosong. Habis jugak dalam empat gelas. Tergelak jugak Haziq dengan gelagat aku.

“Iman ok..” tanya suamiku.

“Ok My dearly hubby.”

“dah lama tak dengar ayat tu. Iman ingat tak anak-anak kita.”

“Iman ingat! Setiap apa yang abang cakap dekat Iman. sayang dengar sekali pun tak pernah miss.”

“ Abang nak tengok baby boleh. Iman nak jumpa Ryan sekali.” Permintaan itu akan haziq tunaikan. Petang nanti dia suruh mama bawak Ryan datang.

“Sayang. Abang tak letak lagi nama baby kita. Abang nak letak sama-sama dengan sayang.” Nurse menghantar satu-persatu anak-anaku.Haziq tidak bagi tahu bahawa aku mengandungkan kembar empat. Bila tengok sampai empat mahu tak terkejut.

“abang, biar betul sampai empat.”

“betul sayang.Abqng pun tak percaya waktu tu. Tapi tu lah di namakan kebesaran tuhan dan keajaibannya.”tutur Haziq. Bayi –bayi ku hanya boleh dipandang kerana mereka masih dalam inkubator.

“Jom sayang kita namakan anak-anak kita.” Senyumnya melebar sampai ke telinga.

Setelah membuat kira-kira dan perbincangan akhirnya dapat pun nama yang sesuai.pertama, Nawra Armani. kedua, Nawra Imanina. Ketiga, Naufal Hazqi. Keempat, Nawra Haliena.

Senyum bersama air mata gembira aku melihat mereka. Haziq sesekali mengucup pipi ku. Sungguh aku rindu dirinya.

“tadi abang dah tanya doktor. Baby tak boleh balik lagi sayang. Babies masih dalam observation. Kalau tak de hal esok sayang boleh balik. Tapi bukan rumah kita ” Aik pelik bukan rumah kita kemana pula haziq nak bawa kami.

“Bukan rumah kita?? Habis tu mana?”

“Syurga Cahaya Kita.” Saja nak main-main pulak cik abang ni.

“Betul-betul la.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience