BAB 17

Romance Completed 6325

“Mama!!” Aku melihat Ryan disuatu sudut.Dengan segera aku mendapatkan Ryan dan memeluknya erat.

“Ya Rabb, kau lindungilah kami.”

Lelaki tadi tiba-tiba betindak untuk menyepahkan barang diatas meja yang dipenuhi dengan bingkai gambar dia aku dan Haziq serta Ryan.

“Jangan! Aku kata Jangan!!”

“Kau diam! Kalau kau tak nak mati!” lelaki itu meneruskan niatnya tadi namun tangannya terhenti bila kau menarik kuat tangannya.Tanpa banyak kata lelaki itu terus menghayunkan kayu yang dipegang ke arah kepala aku. Dunia yang aku lihat selama ini tiba-tiba menjadi gelap.

“Mama.. Bangunlah ma..Mama..” Berkali-kali Ryan cuba mengejutkan mamanya. Namun mamanya seolah tidak bergerak,kaku. Tubuh mamanya juga di gerak-gerak kan namun tidak berhasil.

Ryan menangis. Dia takut. Tangisannya semakin kuat..

Haziq yang baru memulas tombol pintu terkejut mendengar suara Ryan yang menangis.

“Hoi! Kau siapa? Berani kau pecah masuk rumah aku.” Teriak Haziq apabila melihat lelaki bertopeng yang memegang kayu.

Lelaki tersebut cuba melawan Haziq untuk melarikan diri.Hanya pintu itu sahaja jalan keluarnya. Masakan dia mahu terjun ke bawah.

Prasad yang kebetulan keluar untuk melihat kekecohan segera menghubungi pegawai keselamatan dan juga pihak polis. Segera dia masuk untuk menolong Haziq. Dengan kudrat mereka berdua lelaki tersebut berjaya ditumpaskan.

Haziq sekali lagi terkejung apabila melihat Ryan menangis disisi Iman. Isterinya sudah berlumuran darah dan tidak meyedarkan diri. Perasaannya tidak enak.

“Papa.. Mama..”

“Iman.. Iman .. Bangun sayang..” badan Iman di gerakkan berkali-kali namun kaku. Haziq sudah mula mengigil. Pantas jarinya merasa denyutan nadi Iman. Alhamdulilah masih berdenyut. Tanpa berlengah segera di cempung tubuh isterinya untuk dibawa ke hospital.

“Prasad. Help me.. Iman tak sedar kan diri.”

“Cepat bawak dia ke hospital. She’s injured. Ryan biar I bawak, you go quickly.”

Tanpa berlengah segera dia berlari. Nak tunggu ambulans dirasakan terlalu lambat. Tambahan lagi hatinya takut apabila Prasad mengatakan Iman dalam keadaan serius injury.

Sudah empat jam menunggu di luar pintu bilik kecemasan. Tiada sebarang berita lagi yang keluar.Kesemua ahli keluarga yang dihubungi tadi sudah sampai. Masing-masing terkejut dengan berita itu. Sempat dia menuju ke surau untuk bersolat dan berdoa untuk isterinya.

Mama hanya di tenangkan oleh Papa. Ryan berada di pelukannya saja. Tidak dilepaskan kerana dia takut sesuatu menimpa Iman. Sudahla dia berasa amat bersalah kerana membiarkan isterinya begitu. Teringat apa yang di perkatakan oleh isterinya di telefon malam sebelum dia pulang.

“Abang. Iman nak pohon maaf andai kata Iman bersalah sepanjang kita menjadi suami isteri. Kalau apa-apa jadi pada Iman, abang kuatkan hati dan tolong jaga anak kita. Iman sayang abang.”

Kata-kata Iman ketika itu seolah menjerut lehernya. Dia tidak sangka itu merupa kata-kata akhir Iman. Sesungguhnya dia benar-benar menyesal tidak berbincang masalah mereka malah dibiarkan Iman tertanya akan kesalahnnya.

Kelibat doktor yang baru keluar dari bilik itu segera di terpa oleh Haziq dan yang lain-lain.

“ bagaimana dengan isteri saya doktor. She’s okey right doc.” Haziq berharap yang doktor memakai tag nama Irham itu mengatakan isterinya ok. Doktor itu mengeluh.

“Sebenarnya, Puan Iman baru melepasi tahap kritikal.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience