BAB 12

Romance Completed 6325

Merata kami cari Iman sampai Tok Wa jatuh sakit sebab tertekan. Dia berasa seolah dirinya penyebab Iman lari.”

“Apa Tok Wa sakit!” Jeritan ku itu tidak diendahkan. Haziq meneruskan bicaranya. Terus termati soalan yang aku ingin tuju kepadanya.

“Tapi bila abang cakap tentang perkara sebenar barulah Tok Wa pulih sedikit demi sedikit. Abang beritahu yang abang dah jumpa Iman dan Iman boleh terima abang.” Wajah yang mulai kendur itu sedikit bercahaya.

Aku memang terdiam. Speechless.. Pada masa yang sama aku kagum dengan dia sebab sanggup cari aku.

Haziq bangun dan berlutut di hadapan ku.

“Iman. Dah lama abang pendam perkara ni dan dengan ini Haziq Zafran ingin memberitahu bahawa dia sangat menyintai Armel Imani setulus hatinya. Dari dulu sampai sekarang perasaan tu tak pernah berubah.” Dia mengenggam tanganku. Untuk seketika menitis mutiara jernih yang sangat bermakna.

Perlahan aku duduk berlutut sama dihadapannya.

“Dengan ini juga Armel Imani menyatakan bahawa dia sudah jatuh cinta dengan seseorang..” Berubah terus riak wajah haziq. Nampak macam kecewa. Rasakan sanggup lagi tipu aku.

“Seseorang yang selama ini sentiasa berada disisi Iman. Seseorang yang sentiasa membuat Iman terasa hilang segala penat lelah apabila mendengar tawa halusnya bersama Ryan dan seseorang yang dipanggil Papa oleh Ryan. Ya, Haziq Zafran orangnya. Maafkan Iman atas apa yang Iman cuba buat selama ni. Tapi bila abang datang sini, Iman dah tertarik dengan abang.” Tangannya aku kucup lembut. Dia memeluk tubuhku dan menghadiahkan ciuman diubun-ubunku. Dia melepaskan rangkulan seraya membuat sujud syukur. Terharu aku melihat keikhlasannya. Ya selama dia menjadi jiranku hati ku memang dah terdetik satu rasa. Rasa yang aku sendiri tidak boleh ungkapkan sehinggalah semuannya terlerai saat tadi.

“Mana sayang tahu abang ni suami sayang. Abang ingatkan dah tak kenal.” Tutur jejaka yang sudah mendapat tempat yang paling dalam di lubuk hati aku.

Aku mengeluarkan telefon miliknya dan menunjukan kepadanya. Tersengih dia memandang aku. Tapi sengihan itu sebenarnya telah memberi aku satu sinaran yang tak pernah aku rasa selama ni.

‘Ya Allah, jika benar dia jodoh yang sudah ditetapkan sejak di Lufh mahfuz , engkau berkati dan rahmati lah hubungan kami.’ Doaku .Sisa air mata aku sapu perlahan. Tersenyum aku apabila pandangan kamai bertaut.

“Sayang, mana little boy?” Panggilan sayang itu membuat aku tersipu tetapi aku cuba menutupnya. Hah,subahanallah aku terlupa.

“Abang ,Iman tinggal dia sorang dekat rumah. Dah la pintu terlupa nak tutup. Cuai betul Iman kan.” Aku berlari menuju ke rumahku. Fuh, nasib baik tak terjadi apa-apa. Ryan juga sedang lena diulit mimpi seperti yang aku tinggalkan. Perlahan aku mengangkat Ryan namun terhenti apabila tangan yang bakal memimpin ku itu meminta untuk mengendong Ryan.

Pelik aku dengan suamiku itu. Kemana nak dibawaknya Ryan tu cik abang oi??

“Abang, nak pergi mana?” Aku bertanya lurus.

“Ikut jelah. Sayang jangan lupa kunci pintu rumah.” Aku mengikut saja arahannya.

“Aik??” Kenapa masuk rumah dia pulak??Aku mengurut dagu. Apa melihat sahaja apa yang dilakukan.Selesai menyelimut Ryan dia menutup suis lampu dan memasang lampu bilik.

“Abang nak mulai malam ni sayang duduk sini. Kita tinggal bersama dan jaga Ryan bersama.” Aku terus memeluk dirinya.Aku sungguh terharu dengan penerimaannya terhadap Ryan. Air mata yang meleleh di seka oleh ibu jarinya.

“Sayang jom lah tidur.Huargh…” Dia menguap luas sambil mengenyit mata. Nampak sangat dibuat-buat.Sedang aku memikirkan alasan untuk mengenakannya aku terasa diriku di awangan. Rupa-rupanya dia terlebih dahulu bertindak ya.. Sengihan nakalnya membuatkan aku mencubit pipinya.

“Awal lagi,baru pukul sembilan.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience