BAB 20

Romance Completed 6325

“Betul la. Tu rumah baru kita. Esok baru boleh balik jadi sabar.” Aku cubit lengannya.Geram punya pasal. Suka usik aku. Hehe. Aku kucup pipi Haziq. Keras kejung terus badannya. Nak main-main sangat. Ni Iman la.

“Abang nanti mesti Iman rindu Babies. Iman nak babies dekat dengan Iman sentiasa.”

“Sabarlah, sekejap je. Mungkin selepas dua hari babies boleh balik.”Haziq mengusap kedua belah pipiku.

“Home sweet home.” Laung Haziq di sisi ku. Ryan yang berada dimuka pintu segera berlari memeluk ku. Sungguh aku rindukan kenakalannya. Perlahan aku membongkokdan memeluk Ryan. Nak dukung, badan aku bukannya kuat lagi buktinya tadi ketika hendak keluar dari kereta pun harus dipapah.

“Rindu mama dekat Ryan. Ryan sekarang dah jadi abang, so mama will call you big brother.” Aku kucup lagi pipinya. Geram.Dah tembam pipinya. Haziq hanya tersenyum malas nak ganggu kegembiraan mereka berdua.

“Mama, nak tengok adik?” Si kecil itu meminta. Aku tahu hari tu dia hanya dapat melihat dari jauh kerana ke empat-empat adiknya itu berada dalam inkubator.

“Sorry sayang. Adik masih kat hospital.”

“Adik duduk dalam kotak lagi ya ma?”Aku angguk. Kesian dia semangat nak tengok adik-adiknya punah.Ryan berlari masuk ke dalam rumah. Katanya nak tunggu aku di ruang tamu.

Hari yang ditunggu tiba jua. Si kembar dah boleh balik. Letih juga terpaksa berulang alik ke hospital.Semua nurse yang bertugas merawat bayiku mengucapkan tahniah dan ada juga yang memberi hadiah buat si kembar. Katanya sepanjang bertugas jadi jururawat baru kali ni dapat tengok bayi kembar empat sebab kes begini jarang berlaku.

Tiba- tiba aku terfikir masa akan datang macam mana agaknya anak-anak kembar aku tu. Tadi je aku dah terkeliru. Nasib baik haziq mengingatkan. Mana taknya yang perempuan semuanya muka sama. Hanya Naufal Hazqi je yang senang nak kenal sebab dia lelaki.

“Sayang, dukung Nawra dan Haliena biar abang dukung naufal dan Imanina.” Dia menghulurkan satu-persatu puteri ku. Kecil je lagi. Aku kucup hidung yang masih kecil itu. Perlahan aku menapak masuk.

“Kenapa tak panggil ibu tadi. Awak tu bukannya sihat sangat.” Dah mula la tu nak bebel Puan Seri Mariam oi. Rindu agaknya ibu nak bebelkan aku.

“hehe, Iman ingat ibu sibuk tu yang Iman dukung sendiri.” Tuturku. Ibu mengambil Nawra dari tangan ku. Puteri sulungku itu hanya diam sahaja tak banyak merengek macam Haliena. Antara tiga puteri ku muka dia paling manis walaupun muka keempat mereka hampir serupa.

Terdengar suara putera ku merengek. Ada la tu yang tak kenanya.

“Sayang ambik naufal. Abang rasa lampin dia basah.” Naufal aku baringkan. Lampinnya aku check.

“Haah.Putera abang ni beyak.” Aku mengomol pipinya.Tangan aku lincah menukar lampin Naufal. Aku sudah biasa sewaktu menguruskan Ryan ketika dia masih kecil. Tu pun atas bantuan Sarah.

“Little brother dah wangi.” Ujar Ryan. Dia mencium dahi Naufal. Tak lama lagi ada geng la nak buat main. Selama ni main sorang-sorang je mana tak bosan

Telefon bimbit yang berada di sisi segera aku angkat apabila telefon itu menjerit untuk diangkat. Aku tersenyum.

“ hello along. Bila nak datang jenguk iman. I miss u lot.” Tutur ku kepada abang Hariz.

“kami on the way la ni. Abang pun rindu iman. Banyak benda abang nak story dengan Iman.”

“ Ye la tu. Kak sakura kan ada. Story la dengan dia.” Aku tersengih.

“Dengan dia mana boleh kena tungguh lepas kahwin.. Auch..” Aku terdengar along menjerit sambil ketawa mana taknya mesti kena cubit dengan kak sakura. Padan muka..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience