BAB 4

Romance Completed 6325

Aku mengambil Ryan dari riba Kak Seri.Aku mengucup dahi Ryan sambil berjalan menuju ke ruang tamu kembali.

“Bah, bu ini anak Iman.Iman harap sangat babah dengan ibu boleh terima Ryan.” Aku meluahkan kebenaran. Muka pun sudah habis serius takkan nak gelak pulak sat lagi makan penampar ibu pulak.

Raut wajah masing-masing sudah berubah. Mungkin terkejut dengan perkhabaran itu.

“Man jangan nak main-main. Apa yang Iman dah buat sebenarnya dekat sana?” Ibu bersuara tegas. Muka pun dah merah.

Kecut perut jugak la bagi siapa yang mendengar.

“Apa Man cakap tadi betul bu. Man tak sampai hati nak biar badan kebajikan ambik Ryan setelah ibu dia meninggal sebab nak lahirkan dia. Lagipun dia adalah amanah yang perlu Man jaga.”Sejujurnya sekarang ni aku rasa sebak sangat.Air mata yang bertakung tunggu masa je nak menitis.

“Apa maksud Man?” Babah pula yang bertanya mahu penjelasan yang lebih terperinci. Aku tahu hal ini begitu sukar untuk mereka terima.

“Sebenarnya Ryan anak Anne. Anne dah titip Ryan untuk Man jaga sekiranya dia meninggal. Lagipun Ryan dah jadi anak susuan Man. Sukar untuk Man berpisah dengan dia sebab Man jaga dia sejak dia masih merah lagi.” Aku mama Ryan. Aku tak nak dipisahkan dengan dia.Sejenak menitis juga air mata yang cuba di tahan tadi.

Ibu dan babah bangun lalu memeluk aku.

“Babah tak sangka anak babah dah dewasa. Babah bangga dengan tindakan Imani.”

“Ibu pun sama. Maaf tadi ibu agak kasar.” Tutur ibu sambil mengelap air mata yang bersisa.

Ryan didukungan diambil oleh babah. Mata si kecil itu memandang atuknya. Terkekek si kecil itu ketawa apabila babah mengusik dia. Ibu dan along pun mengambil kesempatan untuk memegang Ryan.

“Bang, dah la tu. Bagi la saya pula pegang cucu kita.” Ryan beralih tangan.

Bahagianya aku rasa bila keluarga aku boleh terima Ryan. Ibu siap cakap lagi malam ni dia nak tidur dengan Ryan.

Selesai makan malam aku duduk di sebelah along yang bersantai di tepi kolam ikan. Hurm semenjak ibu dah boleh terima Ryan langsung tak lepas-lepas Ryan dari dukungan mereka.

“Along boleh Man tanya?”Perlahan aku duduk bersila di sebelah along.Aku meletakkan kepala di bahu along. Maklumlah aku ni memang manja dengan along. Dia je satu-satunya abang aku.

Along membiarkan saja perlakuan aku. Dia pun sebenarnya rindu dekat aku sebab tak de teman nak luahkan perasaan dan bergaduh. Aku lah tempat di bergusti dan berjiwang.

Kalau dia berjiwang dengan adik kami, Aimi memang dah buang tabiat. Silap-silap monyet pun garu kepala.

Melihat along mendiamkan diri aku terus menuju ke main point.

“Ibu masih nak teruskan rancangan untuk kahwinkan Iman ke?”

“Humm. Along pun tak tahu.Tapi along rasa ibu tetap dengan keputusan dia.Iman nak tahu, sebenarnya Iman dah bertunang sejak kecik.”

Whats!! Kenyataan dari along ,membuat aku terkejut.Tangan aku secara tak sengaja tertolak along masuk ke dalam kolam ikan.

“Iman!!” Jerit along dari dalam kolam. Aku sengih sambil menggaru kepala. Tu je tindakan yang aku boleh buat.

Aku hulurkan tangan untuk menarik along. Masam saja muka along. Mungkin bengang dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience