BAB 9

Romance Completed 6341

Dari cara reaksi yang dipamerkan tadi aku tahu dia mengenali Anne. Ada yang tersirat disebalik yang tersurat. Tak pe ada kapal terbang ada helikopter..Tunggu..

Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Aku baru selesai menidurkan Ryan. Aku sudah mula memberi susu formula kepada dia kerana tidak lama lagi aku akan mula bekerja jadi susah untuk dia menyusu badan setiap masa.

Aku mula memikirkan tindakan aku melarikan diri ini betul atau tidak. Tapi aku perlukan masa untuk menerima semua ni. Lagipun aku rasa macam tidak pernah kenal dia.

“Imani jaga Zafran” aku ingat lagi apa yang wanita itu kata. Aku agak mesti wanita emak kepada lelaki yang bernama Zafran berkemungkinan dialah suami aku. Aku cuba mengimbas ingatan ku sewaktu kecil. Tapi tidak pula aku kenal lelaki yang bernama Zafran.

Mesti harini kecoh pasal aku. Telefon bimbit aku on setelah seharian dimatikan. Berpuluh missed call dan mesej daripada ahli keluarga ku. Tapi nak buat macam mana kalau dah ego. Aku biarkan sahaja. Nanti aku tukar nombor baru. Aku terlena tanpa aku sedar.

Pagi aku pergi menguruskan urusan aku di Hospital Besar Pulau Pinang. Insya allah kalau tiada apa-apa mungkin lusa aku boleh mula bekerja.

Selesai hal itu aku memikirkan siapa yang bakal menjaga Ryan.Sedang aku berjalan sambil mengendong Ryan di tepi kolam seorang wanita menegurku. Untuk tidak menyombong aku menegurnya semula dan kami berbual panjang. Ryan juga tidak merenggek.

Baru aku tahu bahawa wanita itu pemilik Taska iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak Permata yang terletak di dalam kawasan kondominium . Bagai pucuk dicita ulam mendatang, aku terus menyatakan hasratku untuk menghantar Ryan disitu. Aku tiada masa untuk mencari pengasuh atau orang gaji.Dari pandangan aku Kak Iffa kelihatan seperti orang yang baik. Disamping ada Taska baru aku tahu ada juga gim, taman rekreasi dan kemudahan lain. Memang betul-betul memudahkan penghuni yang menetap disitu.

Alhamdulilah. Dah sebulan aku memulakan tugasku sebagai doktor. Tugasku setakat ini tiada masalah tapi biasalah sedikit memenatkan tambahan pula aku merupakan doktor yang dilantik bertugas di ward.

Ryan sekarang dah tembam. Dia kelihatan seronok berada di Taska. Kak Iffa ada juga memberitahu bahawa Ryan ni budak baik. Senang nak menjaga dia sebab tak banyak karenah. Alhamdulillah lega aku mendengarnya.

“Dr. Im, you dah ada jiran baru. Tadi baru masuk.. I sempat berkenalan sekejap je.” Beritahu Dr. Prasad, rakan sekerja ku merangkap jiran satu tingkat. Lelaki ini gemar mengajak aku berbual. Nasib baik dah kahwin. Kalau tak Parimala nak letak dekat mana mahu dia kejor aku nanti. Mereka suami isteri ni memang ramah sampaikan kadangkala Ryan akan bermalam dirumah mereka jika aku bekerja syif malam.

Parimala yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di sekolah berdekatan tidak kisah menjaga Ryan. Sementelahan mereka juga tidak mempunyai anak mungkin belum ada rezeki untuk menjadi seorang ibu. Setiap pasangan ada rezeki masing-masing. Kata-kata itu juga aku pernah ungkap kepada Parimala.

“You ni media express. Anyway our jiran tu lelaki atau perempuan?” Aku bertanya sekadar untuk mengetahui. Kita yang hidup berjiran kenalah kenali jiran kita juga supaya kemudian hari senang. Aku membetulkan stetoskop yang hampar terlorot.

“Dia lelaki. FYI single but not available.. You tak de chance la Dr.Im…” Tutur Dr.Prasad diselangi dengan usikan. Memang kuat mengusik sampaikan ada juga nurse yang tak tahan diusik oleh Dr.Prasad. Betul juga sebenarnya apa yang Dr. Prasad lakukan.Kita juga tidak stress,enjoy je buat keje.

“Ada-ada la you ni Prasad.” Dia tersengih memandang aku. Mentang-mentang muka macam Shahid Kapoor patutla Parimala suka.

“Ok lah Im,I nak continue kerja.” Prasad berlalu.Sejak aku bertugas disini aku mengunakan nama Im. Senang sikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience