BAB 3

Romance Completed 6325

“Kak seri dah kenapa? Bagi lah orang masuk.” Ujarku sambil cuba menolak lembut tangan kak Seri.

“Loh. Kok kamu tahu nama aku.” Balas kak Seri. Muka dia pun blur saat tu.nak tak nak kena lah aku ulang balik sesi perkenalan kami semasa ibu ambil kak Seri bekerja.

“Hello.Embak cakep. Aku Nini. Kamu celup-celup. Nini celup-celup.. Nini…” Muka Kak Seri tak payah cakap mulut pun dah terlopong je sepuluh ekor lalat pun muat masuk boleh kenyang tiga hari. Ayat itu tanda perkenalan sewaktu mula-mula Kak Seri bekerja disini.

“Imani..” kak Seri bertanya sambil muka diseriuskan.

Aku mengangguk. Dengan pantas Kak seri memeluk aku. “Aduh kangannye ama kamu Imani. Lagian kamu udah kurus si. Makin cantik. Hampir aja embak ngak kenal.”

“ye.. ye.. Kak seri.” Aku melepaskan pelukan risau takut Ryan berasa lemas apabila terhimpit begitu.

Setelah itu kak seri mengajak aku masuk ke dalam. Beg semua Kak Seri yang bawak.Thank You kak Seri. I love u, hehe..

Kak Seri beritahu semua ada dekat rumah Cuma Aimi je yang tak de.

“Hah Seri! siapa datang tu.” Laung Puan Sri Mariam dari ruang tamu. Itulah dia ibu aku. Semua nak kena ikut je cakap dia. Pasal kes kahwin pun sama. Nasib je aku tak balik sebaik graduation. Kalu tak sekarang ni mungkin aku dah memegang status isteri.

Sayang ibu punya pasal ikut je lah. Ibu satu je dalam dunia tak akan sama dengan ibu yang lain sebagai contoh ibu tiri, ibu susuan dan ibu angkat.

Ketika sampai diruang tamu banglow itu, mata mereka terarah kepada aku. Nak tak nak aku balas senyuman mereka.

“Babah sihat?” Aku bertanya kepada babah kerana mukanya kelihatan pucat. Nampak macam tak sihat.Ingin sahaja aku memeluk tubuh babah. Rindu kepada babah punya pasal.

Apabila aku mengalih pandangan aku ke arah ibu ternyata ibu dalam keadaan tercenggang.

“Siapa awak ni. Tiba-tiba mengaku suami saya bapa awak. Setahu saya, dia hanya ada seorang isteri iaitu saya.” Beritahu ibu kepada aku. Sifat berjaga-jaga ibu semakin menebal sampaikan tidak mengenali aku.

Ayat ibu tadi membuat aku tergelak nakal. Aduh lawak benor ibu aku ni, ingat aku ni anak dari isteri lain babah. Along dengan babah tergelak bila ibu cakap macam tu. Ingat aku tak nampak , apa yang diorang buat.

“Apa la ibu. Ini Armel Imani anak ibu.” Aku berterus terang malas nak berkias-kias karang melarat ke lain pulak.

“Armel Imani. Tapi Imani tak macam awak. Imani tu comel sikit orangnya.” Ibu masih lagi musykil tentang siapa aku.

Nak tak nak aku tunjukkan bukti bahawa aku benar-benar anak babah dengan ibu. Aku keluarkan ic dari dompet. Semua speechles bila tahu aku ni Imani.

Ibu dan babah gembira melihat perubahan aku.Dulu bukan main payah lagi nak suruh aku kurus tapi ada hikmah juga disebalik kejadian itu.

Maklumlah Imani sekarang dah lain. Ya, sekarang aku dah tak cubby. Faham-faham sendiri lah macam mana keadaan aku sekarang malas nak explain.

Ni semua sebab sibuk menjaga Ryan dan study. Waktu tu aku terlampau sibuk sehingga tiada masa untuk diri aku.

“Ibu, babah. Imani harap bu dengan abah tak marah Imani.” Tuturku. Aku harus memberitahu tentang Ryan kepada mereka.

“Kenapa Man?” Along pula bertanya setelah sedari tadi mendiamkan diri.

Aku bingkas bangun dan menuju ke arah kak Seri. Tadi aku menyuruh Kak Seri menjaga Ryan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience