“Abang, Iman tanya abang jawab tau. ” Lelaki itu mengangguk lalu kembali memandang hadapan. Pelukan di tubuhku diperkemaskan.
“Kenapa lepas je kita jadi rapat, Iman dah tak nampak An. Sebenarnya siapa dia dengan abang?” Saat ini adalah waktu yang sesuai untuk mengorek cerita.
“Kenapa Iman nak tahu? Ada feeling kat dia ke?” Dagunya diletak di atas bahuku.
“Hish abang ni mana ada.”aku tampar lembut lengannya yang sedang erat memeluk ku.
“Em..An tu sebenarnya adik tiri abang.Ibu abang dah meninggal waktu lahirkan abang. Lepas ibu meninggal papa kahwin dengan mama.Mama baik sangat dan dia tak pernah bezakan kasih sayang antara kami biarpun segelintir orang berpendapat keluarga tiri tu semua jahat. Keluarga belah Terengganu semua kaum kerabat mama.” Sebak seketika.Barulah aku tahu ceritanya. Memang mama sangat baik.wanita itu sangat ramah malah ceria.Pantas aje dulu dia suruh aku jaga anaknya itu. Sekarang ni An tu adik ipar aku la kiranya.
“Abang pun tak tahu mana An pergi. Balik je dari Scotland dia suka jadi chipsmore. Tapi abang tahu dia ada masalah namun sikap dia yang tak suka berkongsi masalah membuatkan abang tak nak ambik tahu.”
“Oww..” Kepala aku terangguk-rangguk.Namun untuk seketika.Dia mengucup lembut di leherku beralih pula ke bahu. Aku tahu kemahuannya tapi sengaja dibiarkan nak tengok sejauh mana aksi kucingnya itu.Dengan melepaskan rangkulan dan memusing tubuh ku berhadapan dengannya. Jarinya menari-nari di atas lengan.
“Abang kenapa?”Tanya ku.Debaran didada semakin kencang.Bulu roma pun meremang. Memang dia ni jenis yang suka menggoda. Tapi goda aku la. Kalau orang lain aku bagi back hand, flying kick dan kung fu Ip Man.
“Abang rasa Ryan nak adik. Dia pun mesti sunyi dan bosan main dengan kita je.” Alasan.Aku nampak sengihan nakalnya itu.
“Ye ke. Iman tengok happy je dia.” Aku mahu mengenakannya.Namun sekejap sahaja apabila dia mencium bibir. Aku melingkarkan tangan ke lehernya. Lama kami berkeadaan sebegitu maklumlah sekrang kami berdua-duaan. Ryan ikut ibu dan babah pulang.
Angin yang menderu kuat menyedarkan kami. Nasib saja balkoni ini tinggi dan tidak menampakkan apa yang sedang dilakukan.
Dia berdiri lantas mendukung aku dan letak di atas katil.Cermin ditarik menutupi balkoni.Setelah itu perlahan dia menaiki katil. Kelakar je laki aku ni. Tak sia-sia rupanya aku melarikan diri kalau tidak mungkin saat ini aku masih belum menerima dirinya.
Aku dan Haziq mengambil keputusan untuk menetap di Pulau Pinang. Cadangannya aku turuti kerana katanya susah untuk aku yang bekerja sebagai doktor untuk meminta tukar malahan dia juga suka dengan negeri itu kerana keunikannya.Lagipun di situ banyak tempat yang menarik kalau nak honeymoon hari-hari pun senang.
“Sayang, sebenarnya kondo yang sayang dengan Ryan duduk dulu tu milik siapa? ” Aku yang sedang mengacau sup dia atas dapur berpaling melihatnya. Ya aku harus jujur dengannya. Tapi mengenai An, aku kena tangguh dulu sebab aku sendiri tidak tahu nak bercerita tentang itu.
“humm. Itu kondo Anne. Kawan Iman merangkap ibu kandung Ryan.” Kerusi di hadapannya aku tarik lalu melabuhkan badan disitu.
“Kenapa abang tanya?”
“Tak de la, abang ingatkan itu Iman punya so kalau Iman punya kita jual or sewakan sebab kan sekarang Iman dah kembali kepada abang.” Ucapnya tulus. Perkataan kembali itu membuatkan aku sebak. Cintaku memang milik dia. Aku bangun lantas memeluk belakang haziq.
“Hey, my wify why are you crying?” Aku diam untuk seketika.
“Mr.Dearest hubby, Iman mohon maaf atas sikap Iman larikan diri dulu. Iman rasa bersalah sangat.” Tangan aku yang berlingkar di lehernya di pegang kemas.
Share this novel