BAB 15

Romance Completed 6325

“ Dah la tu. I dah lama maaf kan you my dearly wify.” Aku melagakan pipi aku dan pipinya. Dapat aku rasa kehangatan haba di wajahnya yang putih kemerahan itu

“Hey nak goda abang ke sayang oii.” Sudah, lain pulak difahami oleh mr. Dearly hubby ni. Sebelum berlaku adegan 18 sx didapur baik aku lari dulu.

“Nak kemana pulak tu. Dia dah goda abang pastu nak lari. Jangan harap .” Sepantas kilat dia mencempung tubuhku. Dah keluar dah miang kucingnya tu.

Belum sempat Haziq melangkah menuju ke peraduan kami, Ryan menjerit kecil di muka pintunya. Segera Haziq melepaskan aku.

“Mama, nak susu.” Rengek Ryan. Jam aku pandang. Huh, patutlah dah pukul 4 petang waktu dia minum susu. Ni semua Mr.dearly hubby punya pasal aku terlupa.

“Ok. Ok. Tunggu mama pergi buat ye sayang.” Jelingan aku berikan kepada Haziq.Namun sempat pula dia berbisik kepada ku

“ Tak pe malam kan ada. Hehe..” Ish.. tak habis-habis lagi dengan usikannya itu.

“Jom Ryan kita masuk bilik. Papa temankan Ryan tidur. Malam karang nak temankan mama tidur pulak.”

“ Abang!!!” Hanya tawa lelaki itu kedengaran di telingaku. Sajalah tu.. Macam tak tahu

“Iman, we need to talk.”

Panggilan daripada An tadi benar- benar menganggu kosentrasi ku. Ada apa dia nak jumpa dengan aku. Tak kan dia nak tanya pasal Anne. Aku pun belum pasti bahawa dia kenalan Anne atau bukan. Ah bercelaru fikiran aku.

Anne kenapa kau tinggalkan aku dengan semua ni. Aku merungut tapi aku tahu kepergian Anne adalah disebabkan ajalnya sudah sampai. Itu memang tidak boleh dipertikaikan lagi.

House Cafe tempat yang dijanjikan untuk berjumpa.

“Kenapa awak nak jumpa saya An?”Aku tembak dia dengan soalan yang dari tadi berlegar-legar dalam ruang kepala ku.

“ Saya nak tahu pasal Anne. Saya tahu awak kenalan Anne. Mana Anne.” An balas soalan mengunakan machine gun bertalu-talu mengena aku.

“Awak ni siap nak tahu pasal Anne. Dulu saya pernah tanya tapi awak tak mengaku awak kenal Anne.” Aku lontarkan bom tangan tempat mengenai mukanya. Nasib badan.

“Please la Im, saya nak tahu sangat. Dulu tu bukan tak nak jawab tapi saya terkejut.” Lelaki itu kelihatan sayu wajahnya bila nama Anne seringkali disebut-sebut. Tanggannya juga di angkat memohon.

“Awak tak jawab lagi soalan saya macam mana saya nak jawab soalan awak.” Bengang aku di buatnya. Dah la akhir-akhir ni aku tak de mood. Ni datang dia terus menaikan kemuncak tahap bengang ku.

“Please la Im. Saya sangat menderita sekarang ni.” Tangannya mengenggam tanganku seolah mohon pengertian. Tapi caranya salah membuatku menepis tangannya dengan kasar. Melampau pulak dia ni.

“Maaf, saya tak sengaja. Tapi awak harus beritahu saya mana Anne.” Desaknya lagi.

“ Baiklah, kalau awak nak tahu sangat. Anne dah mati!” An sudah tidak mampu menahan sebaknya.

‘Anne, kenapa sayang tinggalkan abang.’ Hati An turut menangis tanpa sesiapa sedari bahkan Iman sekalipun. Dengan pantas kerusi di tolak dan dia berlari meninggalkan Iman yang masih terkedu.

“Argh!! Siapa perempuan tadi tu. Apa kaitan dia dengan An siap berpegang tangan bagai. ”Erni meluahkan marahnya. Habis buku diatas mejanya dibaling.

Ketika dia mahu pergi lunch secar tidak sengaja matanya ternampak akan wajah lelaki yang seringkali menjadi igauannya sejak lelaki itu menyelamatkannya daripada menjadi tempat habuan kutu-kutu dadah. Sejak itu mereka berkenalan dah hatinya sudah menyimpan tempat istimewa buat lelaki itu. Tetapi kejadian tadi membuatkan dia berasa terancam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience