BAB 8

Romance Completed 6325

“Hadi tolong hantar akak ke Pekan eh??” Beritahu aku kepada Hadi. Berani dia tak nak hantar aku.. Dahla kena bayar double untuk buat semua ni.

“Ye lah kak Imani.. payment jangan lupa.” Hadi tersengih kecil. Kak Imani dari dulu sampai sekarang otak dia memang lain. Lain maksudnya boleh fikir diluar kotak fikiran orang lain. Rasanya tak de kot perempuan lari waktu first night kahwin sambil bawak baby..

Sampai di terminal bas, aku membuat haluan sendiri. Sempat juga aku memberi amaran kepada Hadi supaya tidak membocorkan plan yang aku rancang 8 jam tadi.

Sampai di rumah ibu, aku mengambil segala keperluan dan juga sepeket paket maggi yang aku sumbat ke dalam satu beg. Kesemuanya ada dua beg termasuk kelengkapan Ryan.

Sekali lagi aku mengunakan khidmat pak cik teksi yang menunggu aku sejak tadi untuk menuju ke lokasi seterusnya. Kali ni tempat tu agak jauh,lantak lah tambang tu berpuluh ganda asal aku tak perlu naik turun bas. Lagipun Ryan selesa sikit kalau naik teksi berbanding bas.

BUKIT MERTAJAM HEIGHTS. Teksi hanya dibenarkan berhenti di luar kerana itu peraturannya. Aku menuju ke post guard untuk meminta kebenaran pindah masuk. Selesai urusan dengan bangla yang bekerja sebagai guard aku menuju ke destinasi seterusnya. Cehh, dah macam main treasure hunt la pulak..

Masuk je kondominium ni aku terpegun sebab boleh dengar desiran ombak. Lawa dekorasi tempat ni dan tak sangka pulak aku Anne sekaya ni. Untung aku teringat yang Anne ada memberi segugus kunci dan beberapa dokumen berkenaan kondominium ni dalam sampul surat yang aku temui di bawah bantal dibilik Anne. Dari situ aku merancang untuk lari.Tak sangka ada hikmah disebalik semua tu.

Aku menuju ke master bedroom.Buka aje pintu bilik,rasa sebak bertandang tiba-tiba semua sebab aku ternampak gambar Anne yang tergantung disitu.

“Anne, kalaulah sekarang ni engkau ada mesti aku tak jadi macam ni. Aku terpaksa buat semua ni.” Aku menangis dan terus menangis sambil memeluk Ryan dan bingkai gambar Anne. Mereka berdua amat penting dalam hidup aku.Air mata yang deras itu aku kesat.

Yeah!! Hidup harus diteruskan. Semangat ku datang tiba-tiba. Esok aku akan uruskan soal pekerjaan. Sebenarnya pulang saja ke Malaysia aku sudah ditawarkan untuk bekerja sebagai doktor di Hospital Besar Pulau Pinang. Sengaja dulu aku memohon tempat ini kerana Penang merupakan salah satu negeri yang aku suka sebab dia unik. Tapi tak sangka semua nya ada hikamah.

“Ryan sekarang kita rehat dulu. Mesti anak mama penat.” Ujarku kepada si kecil lalu mengomol wajahnya.

“Umh,geramnya kenapalah Ryan ni comel sangat. Kan best kalau Ryan ni suami mama mesti mama boleh terima Ryan.” Ryan hanya mengerdipkan matanya sambil mengekek ketawa. Argh kalaulah aku ni baby macam Ryan mesti tak perlu fikirkan semua masalah ni. Terlalu banyak kalau…

“Apalah mama ni mengarut je.” Macam faham je budak kecik tu. Abaikan asal perasaan dapat diluahkan.Seketika wajah Ryan aku cium bertalu-talu sampai mengah juga dibuatnya. Mereng dah aku rasa..

Petang tu aku membawa Ryan pergi ke pasar raya untuk membeli barang keperluan. Takkan nak makan maggi je sepanjang masa boleh jem kejap otak aku. Amaran fakta ini tidak tahu benar atau tidak.

Ketika membuat bayaran dikaunter,aku terperasaan seorang lelaki yang berada di kaunter sebelah. ‘Macam pernah jumpa la lelaki tu waktu kat Aberdeen dulu.’Aku monolong sebentar. Nak tegur tak ??

Last aku pergi menyapa juga mamat tu. “ Encik kalau saya tanya jangan marah tau. Encik pernah belajar di Aberdeen ke?” Aku terus ke topik penting malas nak berkias nanti aku yang kena.Biarlah dia nak kata aku ni murai tercabut ekor ke apa ke lantak,asal niat ku tercapai.

“Emm. Macam mana awak tahu.” Jawab lelaki itu bersahaja.Bingo

“Saya dulu study di situ juga.Lagi satu soalan. Encik kenal tak Anne, perempuan berbangsa Irish.” Bila aku sebut je nama Anne riak muka lelaki tu jadi lain. Tak tahu nak ungkap macam mana. Dia terus pergi dari situ dengan menimbulkan tanda tanya??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience