BAB 25

Romance Completed 6341

EPILOG.

“Mama,mana alang ni? Kitaorang dah tunggu lama dah ni.” Ujar Naufal Hafizd anak aku dan Haziq yang ke 7. Alhamdulilah, Allah memberi aku dan Haziq rezeki yang tidak ternilai. Naufal Hafidz lahir ketika umat Islam sibuk untuk menyambut aidilfitri.

Semua masa tu kelam kabut. Mana taknya nak buat persiapan raya alih-allih sibuk hal aku nak beranak pula. Syukur yang tak ternikmat kerana aku di beri peluang untuk melahirkan dia secara normal.

“ Adik tak reti nak sabar ke? Biasalah perempuan nak bersiap mesti ambil masa lama. Nanti esok adik dah kahwin baru tahu macam mana.” Tutur Nawra Imanina merangkap alang yang baru turun daripada tangga.

“Letih la tunggu alang ni. Kalau adik kahwin nanti, adik tak nak dia make up beria sangat macam alang. Tak punctual langsung kan mama.” Naufal Hafidz mencebik. Lengan aku di peluknya seraya menjatuhkan kepala ke bahuku.

“Dasar anak manja. Umur baru 17 tahun ada hati fikir pasal kahwin. Belajar dulu bagi habis.” Tutur Nawra Haliena yang menunggu di sofa sambil tangannya memegang sebuah buku. Anak aku yang ni memang tak di nafikan memang ulat buku. Kemana-mana pergi mesti ada satu atau dua buah buku dalam beg. Mana taknya di sebab kan minat membacanya tahap melampau ,darjah tiga dah pakai spek mata. Haru betul budak sorang ni. Kakak dengan abang kembar dia tak da la pula terlebih rajin. Sekarang ni Nawra Haliena baru habis Phd.

“Dah-dah jom bertolak. Nanti lambat pula sampai. Adik move your hand from mama hand.” Tutur suamiku. Naufal Hafidz mengikut apa yang disuruh oleh papanya. Lantas Haziq mengambil peluang itu untuk memeluk lengan aku.

“Papa tak aci main tipu. Adik yang dapat dulu tadi.” Naufal Hafidz merengek. Bapak dengan anak sama je, manja terlebih. Macam-macam perangai diaorang ni.Yang peliknya semua anak lelaki aku manja berbanding dengan anak perempuan yang terlebih manja dengan Haziq.

“Papa and adik enough. Nak manja ke apa ke nanti-nanti okey. Along dah telefon tanya bila nak sampai.” Laung anak ku yang ke enam, Naufal Hazriq. Rupanya sedari tadi Hazriq menunggu di luar rumah, patutlah tak nampak batang hidungnya. Yang ni lagi kuat manjanya. Kalau sebelum tidur mesti nak peluk dulu.

“Papa, abang Hazriq jelous dengan kita.” Sempat lagi Naufal Hafidz mengumpat abangnya itu.

Naufal Hazriq di luar hanya menjeling tajam. Tuhan je yang tahu betapa penatnya dia menunggu di luar alih-alih lambat sebab yang lain tengah duk mesra kat dalam. Panas betul hati ni.. Dah la baru balik dari bertugas. Naufal Hazriq memilih untuk menjadi askar. Aku pun tak tahu macam mana anak aku tu bila dia nak tidur.

Tepat jam 10 pagi keluar juga kami dari rumah. Orang di sana dah bising kenapa tak sampai lagi. Mana nak sampainya kalau semua pakat nak bermanja.sepanjang perjalanan menuju ke destinasi riuh saja kereta itu dengan suara anak-anak ku. Sesekali letih juga mendengarnya.Teringat waktu mereka masih kecil dulu. Macam-macam lagak dengan 4 kembar tu ditambah pula dengan dua orang lagi adik tak ketinggalan along mereka iaitu Ryan.

Tapi yang bestnya bila time hari raya memang meriah tambah-tambah bila balik kampung Tok Wa di Terengganu. Berkumpul dengan adik beradik. Mula la macam-macam aktiviti di buatnya dengan main meriam buluhnya, masuk hutan. Ya Allah, nakalnya tak terkira.

Along sekarang ni sedang berbahagia dengan Kak Sakura menunggu cahaya mata yang ketiga. Syukur akhirnya kahwin juga mereka walaupun beberapa kali bertangguh.

Aimi pulak menetap di luar negara bersama suami Mat salehnya, Muhd Adam Miguel Abdullah.Perkenalan mereka boleh dikatakan agak sweet kerana suaminya itu adalah bosnya. Baru dikurniakan seorang anak lelaki. Muka memang putih tambah pulak dengan rambut perang-perang. Ibu dan babah tak membantah perkahwinan mereka kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.Tambahan adik ku itu seorang yang agak panas baran.

“Assalamualaikum.” Tutur Ryan dari luar tingkap sambil tangannya mengetuk cermin tingkap Alphard. Kami menjawab salam sambil keluar dari kereta.Tangan aku dan haziq di tarik untuk disalam. Pipi aku juga dikucupnya.

“Mama ,papa dengan adik-adik kenapa lambat sangat. Risau along tunggu.” Beritahu Ryan sambil melepaskan lelah. Songkok di tanggal dan dipakai balik.

“Takkan along tak tahu, perangai adik-adik macam mana. Tu yang lambat.” Tuturku. Sapu tangan di dalam beg diambil dan peluh yang merenek di dahinya aku sapu. Aku tahu dia nervous.

“Thanks mama. Love u.” Aku tergelak apabila Ryan sempat lagi mengeyitkan mata kepada adik-adiknya. Muka Naufal Hafidz paling tak puas hati.

“Dah jom masuk. Pukul berapa nak startnya?” Tanya suamiku yang berjalan sambil memeluk lenganku di sebelah kirinya. Manakala di sebelah kiriku Ryan. Adik-adik kata bagi can sebab ni kali terakhir along manja dengan mama. Lepas ni manja dengan bini dia pulak.

“Start pukul 10.30. Angah dengan achik dah ada dekat dalam.” Beritahu Ryan. Hari ni merupakan hari bersejarah buat Ryan dan pasangannya Syifa Aqilah. Mengikut cerita Ryan mereka merupakan bekas rakan sekolah dan bertemu kembali apabila Ryan yang bertugas sebagai pilot bertembung dengan Syifa Aqilah secara tidak sengaja di dalam pesawat.

“Mama dapat tadi mesej angah katanya dia dengan Nazrin bertolak dulu dari Damansara. Achik semalam dah bagi tahu mama dia nak pergi awal katanya nak teman Ryan maklumlah along dengan achik kan rapat. ” Ryan dan Naufal Hazqi sememang sangat rapat hubungan mereka. Kerana mereka sering berkongsi masalah bersama. Naufal Hazqi mengikut jejak langkah ku menjadi doktor bahkan dulu dia menyambung belajar di University yang aku menuntut.

Angah pula merangkap Nawra Armani mengikut suaminya yang berkerja sebagai pensyarah dan menetap di Kuala Lumpur. Mereka berkahwin ketika masih belajar. Sekarang angah menguruskan Taska miliknya. Itu merupakan cita-citanya dan Nazrin tidak menghalang. Tidak lama lagi aku dan Haziq akan menjadi atuk dan nenek muda kerana Nawra Armani dan Nazrin bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Dengan sekali lafaz, akhirnya Ryan berjaya melafazkan akad berwalikan bapa pengantin perempuan. Ryan memeluk An,terlebih dahulu sebagai bapa kandungnya barulah Haziq dan saudara mara lain. Ryan tetap tinggal dengan ku biarpun mengetahui An adalah bapanya. An juga tidak menghalang kerana dia risau akan mengabaikan Ryan maklumlah orang dah single. Sampai sekarang An masih setia terhadap Anne. Dia tidak mahu menggantikan tempat Anne sebagai pemilik tahkta hatinya.

Erni pula.Selepas mengetahui kisah yang sebenar,dia memohon maaf atas kesilapannya. Namun itu tak bermakna An akan menerima dirinya. Dia membawa diri ke Perlis. Dengar kata sudah berkahwin dengan orang sana.

Kami mengabdikan kenangan ini di dalam foto. Dari gambar single ke gambar beramai-ramai. Tidak lupa juga gambar keluargaku bersama pengantin.

“Lepas ni bertambah la ahli keluarga kita, kan mama.” Usik Naufal Hazqi kepada pengantin baru.

“Asal pulak achik??” Tanya Naufal Hazriq yang sedikit blur. ‘Bukan ke memang dah ramai’. Getus hatinya.

“Blur la, Hazriq ni. Maksud achik tambahla cucu mama lepas anak angah. Bakal menyusul anak along pula.” Naufal Hazriq ketawa. Benar kata achik.

Syifa Aqilah yang sedari tadi mengenggam kemas tangan Ryan tersipu malu. Rona mukanya bertukar merah. Ryan menunjukkan penumbuknya tanda bergurau. Mahu tak malu kena usik.

“Dah syifa tak yah layan. Anak –anak mama memang macam ni kuat mengusik.” Tutur ku pula.Sesekai aku menarik nafas melihat kebahagian Ryan.

‘Anne, Ryan sekarang tengah berbahagia dengan pilihannya.’ Monolog ku didalam hati.

“sayang..” Meleret suara Mr. Dearly hubby. Dia melingkar tangannya di pinggangku. Kepala juga di jatuhkan ke atas bahuku sebelah kanan. Mana tak anak-anak manja, bapanya raja manja sedunia.

“Abang bahagia dengan Iman?” Soal ku. Memang sudah lama soalan ini ingin aku tuju namun tak kesempatan/

“Kenapa tanya macam tu, of course i am happy as you beside me.” Balasnya sambil mengeratkan pelukannya.

“Tak de la, Iman curios sangat kenapa abang nak kahwin dengan Iman sampai sanggup cari Iman.”

“Actually, sayang kita dulu saling kenal. Dulu orang panggil abang Aran..Sebab sayang perrnah selamat abang.” Beritahunya sekali gus menyikap memori zaman persekolahan mereka yang sudah lama berlalu.

“Ingat tak dulu , sayang ada selamatkan seorang budak lelaki dari dipukul oleh gengster sekolah. Budak tu ialah abang.” tindakan Iman telah menyelamtkannya daripada dibelasah dengan lebih teruk. Aku dibelasah kerana hanya aku menjeling ketua mereka. Disebabkan itu aku nyaris hilang nyawa.

“Humm..” Berkerut-kerut muka aku sampaikan mulut pun ikut bergerak membuatkan suamiku itu tertunggu-tunggu. Aku berfikir. Ada ke?? Dulu aku memang budak baik… Hehe perasan je lebih padahal aku dulu pun nakal tahap gaban. Tiba-tiba ingatan ku tercancap sehelai kertas.

‘Terima Kasih. Tindakan awak telah menyelamatkan nyawa saya.’

-Aran-

Ingatan itu sekaligus membawa kepada memori ku yang lain seolah aku sedang berputar untuk kembali ke masa lepas. Kebetulan aku ternamak kejadian dimana seorang budak lelaki di belasah oleh abang Naga aka ketua gengster sekolah. Aku pun tunda dulu nak pergi port aku macam selalu. Memang aku akan melepak di bawah pokok mempelam yang terdapat di situ lepas tamat persekolahan. Hanya kerana aku sedikit cubby aku tiada kawan. Hanya disitu tempat aku menghabiskan waktu sambil menikmati pemandangan sawah padi.

Aku pun patah balik menuju ke kawasan sekolah. Kebetulan pengetua ada dekat post guard. Apa lagi kami bergegas ke belakang sekolah.

“Oh abang la, Aran yang bagi surat dekat Iman dulu. Nasib baik Iman sempat kalau tak alamatnya arwah dulu baik orangnya.” Aku tersengih. Haziq menolak bahu ku dengan bahunya.

“Main-main pulak dia.”

“Kebetulan juga arwah tok Ya jodohkan kita dari kecik. Bila dah besar abang dapat tahu umpama pucuk di cita ulam mendatang abang terima. Janji yang dibuat harus di tunaikan.” Tutur Haziq lagi. Banyak juga pertemuan aku dengan Mr. Dearly Hubby.

“Abang tak kisah ke kena kahwin dengan budak cubby ni?” Tertanya juga aku.

“ Sejak Iman selamtkan abang masa tu juga abang dah tanamkan hasrat untuk memiliki Iman. Bagi abang Iman ni comel dan lain lagipun lama juga abang stalk Iman.” Beritahunya jujur.

Pengakuannya membuat aku bertambah terpaku.

“ Satu lagi kita pernah jumpa waktu dekat airport. Waktu kita jumpa bila masing-masing dah lain memang abang tak kenal sampailah hari kita akad nikah barulah abang tahu perempuan yang dukung baby yang abang selamatkan tu Iman.”

“What? Jadi abang la lelaki yang rambut panjang tu. Kecil betul dunia ni kan? Tapi jujur masa tu abang taklah tampan macam sekarang ni cuma tang mata dan gigi putih elok tersusun tu buat hati Iman cair. Tapi Alhamdulillah selepas sesi ‘makeover’ abang jadi kacak bergaya, insecure Iman jadinya.’’ Selorohku membuatkan dia tertawa malu lalu mencubit telingaku.

‘’Terima kasih kerana mencintai abang, di dunia pinjaman Allah yang sementara ini, Allah mengutuskan bidadari menjadi peneman, abang harap kekallah sayang menjadi bidadari abang di syurga nanti. I Love You.’’ Ucapnya dan ku balas dengan kalimah yang sama lalu ku kucup pipinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience