Bab 13

Romance Completed 27528

BAB 13

WADUH-WADUH aku bosan si. Noah hampir terlentok kepalanya keatas bahu Wahida. Bosanlah tengok hindustan. Sekejap-sekejap dia memandang jam tangan Fossilnya.

" Em, lama lagi ke nak habis? " pertanyaan yang diselitkan sedikit sindiran di dalamnya.

" Mungkin. Kau relax jelah. Tidur dulu. Nanti aku kejut. " popcorn yang dibeli untuk dua orang telah pun habis dikebumikan di dalam perut. Noah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuat 'silent' tanda menghormati orang sekeliling yang sedang leka menonton filem yang amat membosankan baginya.

2.30 petang sudah. Setengah jam lagi habislah tu. Best jugak lagu Janam Janam tu eh. Haih, tadi bukan main bosan. Noah meletakkan kepalanya diatas bahu Wahida. Bermanja-manja sikitlah.

" Beratlah kepala kau. Tepilah! " Wahida menolak kepala Noah, namun lelaki itu tetap berdegil. Bukan selalu.

" Kepala aku dah jatuh cinta dengan bahu kau. " merapu ke apa ni? Tidur ajelah!

" Kau ngantuk eh? "

" Yelah. Bosan kut. " Wahida tersengih di dalam kegelapan panggung wayang.

" Jomlah. Bosan jugak. " dia bangun dan segera menarik tangan Noah. Mujur dia duduk dibarisan belakang sekali. So, tak ganggu orang lain yang sedang menonton.

" Keluar sahaja dari tempat panggung, Noah bertanya, " Eh, Wahi. Kalau aku tanya sikit boleh? " matanya merenung kesan lebam dipipi Wahida.

" Apa? " sambil itu mereka berjalan keluar dari dalam mall.

" Siapa lempang kau? " Wahida memandang Noah kemudian dia mengeluh.

" Kakak aku. Aku terkurang ajar dengan dia. " ha menipu lagi, Wahi! Jahatnyalah aku ni.

" Serius? Tipu ah! " hm.

" Cakaplah betul-betul. Kalau kau sayang aku baik kau bagitahu. " sebab aku sayang kaulah aku tak nak bagitahu perkara sebenar.

" Betullah. " Wahida cuba memerah otak untuk menukar topik perbualan.

" Okey. " fuh, lega!

Noah terasa bahunya dipegang selepas menghantar kepulangan Wahida. Apabila dia memusing belakang untuk melihat empunya yang menyentuhnya itu... Dush! Cecair hangat megalir keluar dari bibirnya.

" Mana kau bawak anak aku?! " garau suaranya. Dia kenal lelaki itu kerana telah menyebut perkataan anak bermakna itu adalah ayah Wahida.

Wahida yang perasan akan adegan itu segera mendepakan tangannya tanda melindungi Noah.

" Kenapa ayah tumbuk dia? Dia kawan Wahi! " perkara yang sama berlaku ketika dia baru habis berdating dengan ex-nya, Hazim .

" Kau tepi. Jangan kacau daun! " lelaki yang berambut kusut masai itu menolak Wahida sehingga gadis kecil molek itu terjatuh kedalam kolam.

Noah tersedar akan sesuatu. Dia pernah nampak lelaki ini. Ya, memang pernah. Ketika dia lalu dihadapan kedai yang menjual nombor-nombor ekor. Kut.

" Kau! Apa kau dah buat dengan anak aku? " Wahida tidak tahu berenang. Noah tidak menghiraukan soalan orang tua itu. Segera dia terjun kedalam kolam dan mengangkut Wahida keluar. Wahida pengsan.

" Jangan sentuh anak aku! " satu tendangan kuat tepat terkena perut Noah. Noah gagahkan diri untuk bangun. Dia berdiri dalam keadaan terbongkok-bongkok di hadapan orang tua itu.

" Saya tak buat apa-apa dengan anak pakcik. Dia kesunyian! Sunyi sebab ada bapak tak guna macam pakcik! " entah dari mana datangnya beraninya melawan orang tua itu.

" Sial! " satu lempangan hebat tepat mengena pipi kiri Noah. Barulah dia tahu empunya yang melempang Wahida adalah orang tua itu. Ayah Wahida.

" Pukullah saya selagi mampu pakcik. Saya nak Wahi gembira aje. Dia sendiri cakap yang dia terseksa duduk dalam neraka buatan pakcik tu! Kehadiran saya buat dia gembira. Bila dia jumpa saya mesti dia tersenyum sampaikan dia pernah kata pada saya yang dia tak mahu pulang. Pakcik telah memusnahkan masa depan dia dengan membuat dia terseksa. Pakcik berjudi dan berhutang, apa pakcik dapat? Kerjalah. Ramai lagi orang diluar sana yang susah untuk dapat makan dan minum tapi pakcik yang sempurna anggota badan ni, langsung tak mahu berusaha nak cari rezeki. Rezeki haram yang pakcik pungut! " ambik kau!

Ayah Wahida terdiam. Barannya hilang entah kemana. Dia memandang anak bongsunya yang dibela sejak gadis itu kecil. Sungguh dia rasa bersalah. Bersalah pada keluarga satu. Kedua, Tuhan yang Maha Esa, Allah S.W.T. Rezeki tidak datang bergolek-golek jika tiada usaha daripada kita semua. Lelaki bertubuh kurus itu meraup wajahnya. Menyesal. Apa yang aku dah lakukan ini, ya Allah? Bantulah aku.

" Sekarang pakcik tengok anak pakcik tu. Dia selalu gembira ke kat rumah? Pakcik sudah sedia maklum yang dia jarang ada di rumah kerana kesunyian. Susah sangat ke pakcik mahu tinggalkan tabiat buruk pakcik tu? Berjudi itu haram, pakcik. Sejahat-jahat saya, saya masih tahu mahu hormat orang tua tetapi pakcik dan overdose! Anak yang tak bersalah menjadi mangsa pakcik. Apa yang pakcik rasa jika tiada keluarga tercinta disisi? Sunyikan? Macam itulah yang Wahida rasa! Dia sunyi! Hidup dia hanya bersuluh dengan kehadiran saya dan kawan-kawan dia. Bukan keluarga! " lagi sekali Noah ' membasuh ' orang tua itu. Best pulak.

" Pakcik mintak maaf. Pakcik dah banyak dosa. Dosa pada kamu, pada anak, keluarga dan Tuhan. Apa yang patut pakcik lakukan? " air matanya mengalir. Sedih memikirkan dosa silam.

" Nanti saya beritahu. Sekarang kita kena bawa Wahida ke hospital. " Wahida terbaring kaku dalam keadaan basah kuyup. Dia tidak sedar apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience