Prolog

Romance Completed 27528

PROLOG

NADRAH diseret oleh Wahida . Habis kotor bajunya. Gadis itu merayu-rayu kepada Wahida supaya tak dicederakan . Lencun tudungnya dengan air mata . Dia ditolak kuat hingga terhantuk pada dinding bangunan .

" Beraninya kau bagitahu cikgu tentang kami! "

" Aku minta maaf , Wahi . Aku janji tak buat lagi . Tolong jangan apa-apakan aku Wahi . Tolong aku . " rayu Nadrah tidak diendah oleh gadis bernama Wahida itu , malah dikeluarkan sebilah pisau rambo yang tajamnya amat menyakitkan . Dia akan kerjakan Nadrah secukupnya .

" Tabahlah menghadapi cabaran ya Nadrah sayang . " Nadrah dihantukkan sekali lagi dan membuatkan gadis itu pening dan separuh sedar.

Pisau rambo dalam pegangan Wahida mula menghiris lengan kanan Nadrah . Tidak terkeluar suara Nadrah. Berkerut-kerut dahinya menahan pedih . Wahida mencampak pisau ketepi dan Nadrah menjerit sekuat hati . Menjeritlah kuat mana pun , takkan ada yang dengar kata Wahida dalam hati . Puas hatinya apabila dapat melunaskan dendam. Nadrah adalah orang ke-19 yang dihirisnya . Siapa agaknya ya selepas ini?

Nadrah yang separuh sedar itu ditinggalkan tanpa belas kasihan . Ah , nanti dia baliklah rumah . Omel Wahida . Dia melangkah kedalam tandas bersama ahli Sakura yang lain . Tandas menjadi bising oleh gelak tawa mereka . Kepala paip dipusingkan dan Wahida membersihkan pisaunya yang diwarnai oleh darah Nadrah . Air berwarna merah membasahi sinki .

" Kalau dia bagitahu mak dia , macam mana ?" Ameera ,ketua kumpulan Sakura bertanya . Harap aje ketua tapi tugas semua ahli lain kena buat .

" Dia takkan berani punya . Aku hiris sikit je . Lembut sangat dia tu . Cakaplah terkena bucu meja cikgu ke , apa ke . Diakan kelas pertama . " Wahida sedikit pun menunjukkan rasa tidak kisah namun separuh hatinya agak risau .

" Puas hati aku tengok Nadrah tu merana . Dialah yang selalu buat report dekat Awang dengan Rohana tentang kita . Benci duh . " Athirah mengherot mulut sambil berpeluk tubuh . Fatihah hanya membisu . Dia tidak mampu untuk menjadi seperti Wahida yang sebegitu berani mencacatkan fizikal orang . Dia hanya mampu mengejek dan menyepak orang sahaja , selebihnya tugas Wahida .

" Esok korang sekolah tak ?" Fatihah bersuara . Yang lain hanya mengangguk .

" Aku bosan duduk rumah sebab mak aku tu asyik suruh buat kerja je . Aku malas duh . " Ameera walaupun ketua , dia memang pemalas . Selalu memonteng kelas dan melepak dengan rakan yang lain . Belajar ? Jangan cerita . Apa pun tak tahu .

" Kalau macam tu , aku pun sekolah lah . " Fatihah , calon pt3 atau Penilaian Tingkatan 3 . Ibunya selalu berpesan supaya mengulangkaji pelajaran namun itu semua hanyalah mencurah air kedaun keladi . Sia-sia .

" Datang ajelah . Si Kamil tu asyik tanya pasal kau aje . Jemu nak menjawab . " Wahida yang masih dengan pisaunya memandang Fatihah . Pisau dilap oleh sehelai tuala kecil .

" Aku dengan Kamil cuma suka-suka ajelah . Tak mainlah couple-couple duh . " Fatihah mencebik . Entah mengapa ramai yang salah anggap dengan berkata Fatihah dan Kamil bercinta . Fikir logiklah , Kamil mahukan Fatihah yang teruk ini ? Kamil memang kacak cuma dia nerd tetapi sejak mengenali Geng Sakura , perangainya berubah . Tidak seperti Kamil yang dahulu .

" Apa-apa ajelah , Tiha . Eh , Wahi . Dah ke belum ?" Athirah mengusap perutnya yang bernyanyi riang minta diisi .

" Okey , sudah . " pisau dimasukkan kedalam poket . Mujur pisaunya tak besar sangat. Mereka keluar dari tandas bersama-sama . Mangsa seterusnya akan dicari pada esok hari . Siaplah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience