Bab 12

Romance Completed 27528

BAB 12

KALI ini Noah menunggu diluar kawasan apartment Wahida. Seram pulak tengok sorang apek ni usha dia dari tadi. Wahida berjalan menuju ke guardhouse. Noah menunduk memandang simen. Bahunya disentuh lembut oleh Wahida.

" Asal pipi kau tu? " Wahida memegang pipi kirinya. Lupa pulak nak pakai bedak tebal-tebal. LOL.

" Tak ada apalah. " malas nak memanjangkan cerita.

" Orang bodoh aje bagi jawapan macam tu. Sekarang kau cakap dengan aku, kenapa dengan pipi kau tu? " dah nama pun seorang yang caring. Nak tak nak kena jawab jugak.

" Aku kena lempang. Eh, jomlah. " dia menarik tangan Noah jauh dari guardhouse. Nak pergi mana eh? Kenalah tanya empunya badan yang mengajak.

" Kita pergi tengok wayang? " kakak sedang lapar. Apa nak buat ni eh? Ah, perut dia. Lagipun dia dah besar. Mampuslah! Omel Wahida.

" Jomlah. Aku nak tengok Dilwale. Hihi. " orang Malaysia sekarang tengah demam Dilwale ni. Wahida tak mahu melepaskan peluangnya untuk menonton filem lakonan selebriti popular, Shah Rukh Khan dan Kajol. Tak sabarnya.

" Kau layanlah. Aku nak tengok Star Wars. " jantina pun lelaki. Mestilah minat yang hero-hero inikan?

" Please Noah. Dilwale jom. " dia meletakkan dagunya diatas dada Noah. Maklumlah rendahkan? Manja-manja sikit.

" Dilwale pun Dilwalelah. Nanti kau teman aku tengok Star Wars pulak eh? " Wahida mengangguk. Pasangan muda itu berlalu ke stesen bas dan tanpa disedari ada seraut wajah bengis sedang memerhati mereka berdua. Dia mendengus kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience