Bab 2

Romance Completed 27528

BAB 2

KANTIN sekolah dibanjiri para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Permata Indah. Semua bersesak untuk membeli makanan dan minuman, padahal sudah diberi arahan supaya beratur dahulu sebelum membeli. Adreena menggeleng kepala. Semua sudah besar tetapi arahan yang simple itu pun tak reti nak ikut. Mujur dia bawa bekal.

" Adreena, marilah duduk sini. " Aleeya memanggil. Adreena hanya menurut kerana itu sahajalah rakannya disini.

" Awak bawa apa? " tanya Aleeya.

" Nasi goreng belacan. " di hadapannya ada dua lagi pelajar sekelas dengannya. Mereka berbalas senyuman.

" Itu Aishah dan ini Nisa. " senyum lagi. Sesudu nasi goreng disuap kedalam mulut.

Gelak tawa yang bergema dari penjuru kantin menarik perhatian Adreena . Empat gadis yang tak reti nak slow down voice mereka itu memang gedik daripada pandangan Adreena.

" Jangan pedulikan mereka. Mereka semua itu pencemar nama sekolah. Sejak kehadiran mereka, sekolah ini hanya terkenal dengan masalah disiplin yang teruk. Mereka pembuli. Sesiapa yang berani buat report tentang mereka, memang akan merana. Seperti tahun lepas, kawan baik saya dihiris oleh salah seorang daripada mereka. Buka sahaja sesi persekolahan, saya dah tak nampak lagi kawan baik saya itu. Dia berpindah. " panjang lebar Aleeya bercerita. Adreena hanya setia mendengar. Tidak sangka mereka berempat itu sanggup mencederakan anak orang. Omel Adreena.

" Kami semua menyampah dengan mereka. " sambung Aishah.

" Mereka licik. Guru disiplin pun mereka lawan. " kini giliran Nisa bersuara.

" Nama geng mereka, Sakura. Syarat untuk masuk kedalam kumpulan itu mestilah berkulit cerah, berbadan kurus dan mendengar kata. " Adreena ketawa kecil. Berkulit cerah? Berbadan kurus itu masih boleh diterima lagi. Cerewet betul!

Selesai waktu rehat, Aleeya meminta Adreena menemaninya ke tandas. Dia menunggu dengan sabar. Telinganya menangkap bunyi gelak tawa yang amat dikenali. Dia sudah berpeluh. Kisah kawan baik Aleeya dihiris salah seorang daripada mereka cukup menyeramkan.

' Cepatlah, Aleeya! ' jerit hatinya.

" Eh, budak baharu ke? Tak pernah nampak pun muka. " kau boleh hafal ke muka-muka pelajar kat sini? Hebat betul!

" By the way, I'm Fatihah. Just call me, Tiha. " huluran tangan Fatihah disambut Adreena. Peramah juga.

Tangan kanan Adreena sakit akibat digenggam kuat oleh gadis bernama Fatihah itu. Dia mengaduh kesakitan. Mereka sama-sama menggelakkan Adreena. Lucu melihat memek muka Adreena.

" Dah, jangan buli dia! Dia budak baharu. " Aleeya berdiri dihadapan Adreena tanda menghalang geng gedik itu mencederakan rakannya.

" So, you don't know us? Let me introduce. This is Wahida, this is Athirah and my name is Ameera, the leader of Sakura's group. " ceh, speaking lagi kau! Ameera memeluk tubuh. Berlagak!

" Eh, dahlah. Malas aku nak layan budak-budak noob macam ni. " Wahida menarik lengan Athirah keluar dari dalam tandas.

' Noob dia panggil aku? Eh, aku pelajar cemerlang tahu! ' Adreena mendengus.

" Bye. " Fatihah melambai gedik kearah Aleeya dan Adreena. Wekk! Menggelikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience