Epilog

Romance Completed 27600

EPILOG

" BERSABARLAH korang. Sudah seminggu Wahida hilang. Polis masih tak dapat cari identiti yang menculik Wahida tu. " Fatihah mengusap-ngusap belakang Ameera. Ameera tidak habis-habis menangis kerana kehilangan Wahida.

" Aku dah banyak buat salah dengan dia. Aku nak minta maaf dengan dia. " tangisan Ameera semakin rancak. Adreena, Aleeya, Aishah dan Nisa hanya mampu melihat adegan itu. Sejak kehilangan Wahida, Ameera dan bekas ahli Sakura kecuali Wahida terus sahaja meminta maaf kepada Geng Rose.

" Kita kena banyak berdoa supaya Wahida selamat. Tak ada guna menangis. " Adreena bersuara.

" Aku tahu. Aku dah insaf dan setiap malam aku doa kat Tuhan supaya lindungi Wahi. Aku harap sangat dia selamat. " kepala Ameera dilentokkan ke atas bahu Fatihah. Kamil, Imran, Hakimi dan Faris Daniel memerhati sahaja. Mereka turut bersedih dengan kehilangan Wahida. Noah sudah dimaklumkan tentang hal ini, lelaki itu risau bukan main lagi.

" Dah, berhenti menangislah Meera. Allah ada bersama Wahida. Aku yakin dia selamat. " kata Fatihah lagi.


WAHIDA tersedar dari pengsannya. Sudah seminggu dia tidak menjamah masakan ibu. Dia hanya terbaring di dalam pondok usang ini. Apa yang penculik kasi makan, dia makan.

" Sini kau! " rambut Wahida ditarik kasar. Penculik bernama Amri itu mengheret Wahida ke arah sebatang pokok besar. Dia pernah nampak pokok itu. Sekolah!

" Biar Husin tahu betapa sakitnya hati aku bila dia tak bayar hutang aku dan rampas Azizah daripada aku. " Azizah merupakan kekasih Amri sewaktu mereka muda dahulu tetapi dirampas oleh Husin. Tidak disangka mereka mempunyai hubungan tersendiri.

Wahida menangis tersedu-sedan. Badannya menggigil ketakutan. Kepalanya disarung oleh sebuah beg plastik berwarna hitam lalu...

Bersambung....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience