Bab 28

Romance Completed 27528

BAB 28

" BILA kau nak bayar hutang kau, Husin? Lama dah aku kasi tempohnya. Bila nak bayar?! " pisau ditujukan ke wajah Husin, ayah Wahida.

" Sabarlah, Amri. Aku betul-betul tak ada duit ni. Bila aku ada duit baru aku bayar. Betul, aku tak tipu. " peluh dingin membasahi wajah Husin. Dia betul-betul takut jika ini adalah pengakhiran hidupnya. Dia mahu mati dalam keadaan khusnul hatimah. Dia sudah meninggalkan tabiat lama. Cuma satu perkara, hutang judinya masih belum dibayar.

" Ayat sama yang aku dengar. Aku bagi kau masa sampai esok. Esok tak bayar, keluarga kau dalam bahaya. " keluarga? Kenapa tidak aku? Jangan kacau keluarga aku!

" Kau nak buat apa dengan keluarga aku? Tolong bunuh aku aje tapi jangan keluarga aku. Aku sayang diorang. "

" Haha. Baru ingat keluarga ke? Selama ni, keluarga kau campak mana? "

" Tolonglah, Amri. Tempoh kau beri tu singkat sangat. " Husin tidak habis-habis merayu.

" Dah jom. Ingat eh. Esok. Kalau tak... " lelaki bernama Amri itu menunjukkan pisau itu lagi sekali dan terus berlalu bersama dengan kumpulannya.

PUAS sudah Husin memujuk keluarga mentuanya supaya diberikan sedikit wang untuk membayar hutangnya. Balasannya, dia dihalau. Husin menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Buntu. Mana nak cari RM1000 dalam masa yang singkat ini? Dek kerana keluarga, dia akan berusaha juga untuk mencari wang.

Husin terfikir. Bagaimana jika dia tak dapat bayar? Bagaimana rasanya keadaan keluarga dia nanti? Siapa yang akan menjadi mangsanya? Dia akan lindungi keluarga tercintanya. Takkan dibiarkan berada dalam genggaman orang lain.

24 jam sudah berlalu dan Husin masih belum selesaikan permintaan Amri. Habislah dia. Macam mana ni?

Wahida berjalan keluar dari dalam sekolah. Seorang lelaki berjaket menegurnya. " Kau anak Husin ke? " dia mengangguk. Kawan ayah kut.

" Roni, sekarang. " berkerut dahi Wahida. Apa yang dimaksudkan lelaki ini?

" Umphh...umphhh... " mulut Wahida ditutup oleh sehelai tuala kecil dan dia terus pengsan akibat ubat pengsan yang secara sengajanya dimasukkan ke dalam mulutnya.

" Jom! " pembantu Amri membaringkan tubuh Wahida di tempat duduk belakang. Padan muka kau, Husin.

HUSIN sekejap-sekejap duduk dan sekejap-sekejap berdiri. Dia masih tertanya-tanya mengapa Wahida tidak pulang lagi. Pukul 3.00 petang dah. Bekas isterinya menjadi hairan melihat bekas suaminya itu. Datang rumah orang tiba-tiba sahaja.

" Abang dah kenapa? " tanyanya.

" Kenapa Wahi tak balik lagi? Pukul berapa dah ni. Abang risaulah. "

" Dia melepaklah tu. Baliklah abang. Kami dah tak ada apa-apa dengan abang."

Husin mendapat satu mesej daripada seseorang. Handphone Nokia versi lama dikeluarkan dari dalam poket. Aplikasi mesej dibuka.

" Jom, pergi balai polis! " Azizah betul-betul hairan dengan suaminya itu. Tadi tak reti duduk diam macam cacing kepanasan, sekarang pergi balai polis pulak.

" Cakap dengan Zah, kenapa? "

" Wahi dalam bahaya! " terkejut Azizah. Tanpa berfikir panjang, mereka bergegas ke balai polis berhampiran. Asyiqin turut sama mengekori. Ketiga-tiga beranak itu berdebar-debar, memikirkan apa yang terjadi kepada Wahida. Harap Wahida selamat. Doa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience